Sesungguhnya rakyat Malaysia pemurah


Alhamdullillah. 
Gembira dan syukur sangat saya hari ni.
Tak sangka sebenarnya, Papa N berjaya tolong saya. Terima kasih papa...

Projek PIBG sekolah saya tahun ini adalah membuat kutipan derma sebenarnya. Mula-mula dengar tu memang langsung saya tak bersetuju. Malu eh nak kena bawa kad pergi kutip derma dengan orang lain! Anggapan saya masa tu. Tapi, apa kan daya, undian ramai memilih juga kutipan derma ni. Jadi, kenalah terima je dengan berat hati. Mulanya saya memang dah berhasrat akan keluarkan wang sendiri untuk memenuhi jumpa kutipan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 

Tapi, selepas dapat ilham daripada kawan sebelah, Zilla ni, saya pun mencuba nasib. Saya suruh Papa N bawa kad dan sampul surat ke pejabatnya. Kena pujuk juga tau. Mulanya Papa N pun segan nak meminta-minta katanya. Saya pujuk dengan katakan, bukan kena merayu meminta ni, tunjuk saja sampul kepada sorang kawan dan suruh je pass kepada yang lain. Sekolah tinggi semuanya, pandailah diorang baca dan kalau ikhlas akan ada yang bagi sumbangan tu.

Hasilnya seperti di atas.. alhamdulillah. Legalah saya, hampir memenuhi target pihak sekolah walaupun dalam beberapa jam sahaja. Kalau betul cikgu wajib kutip RM 100, sikit lagi tu saya tambah sendiri sahajalah. Lebih ok daripada semuanya saya hulurkan sendiri ya..

Memang pemurah rakyat Malaysia ni. Terima kasih..Semoga Allah merahmati semua yang ikhlas menderma kali ni. InsyaAllah warga sekolah kami akan memanfaatkan derma anda ini untuk kemajuan anak-anak didik di sini. 


Comments

  1. kat opis sy pun mmg selalu ada mak ayah yg bawak surat derma dr sekolah anak
    so far ramai je yg sudi bantu, derma@sedekah tidak akan buat kita miskin
    dlm rezki kita..ada rezki org lain

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Org malaysia ni mmg pemurah... moga mereka yang memberi tu sentiasa dimurahkan rezeki... amin insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..kalau hulur kat acik pun boleh AN..acik bagi ..dah biasa kat opis pun ada..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...warga yg prihatin gitu!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kak..
    lya msa sekolah dulu biasa buat mcm ni.. murid2 pon kena kutip derma gak.. hehe.. tp xigt dah utk projek apa..

    kak long lya cikgu gak..baru2 ni ada gak sekolah dia wak camni.. mintak derma dgn adik beradik & company kat ofis lya jugak.. lg pon utk kegunaan pelajar jugak. xpela.. hehe

    ReplyDelete
  6. AN, kalau ada kawan-kawan yang unjuk nak kutip derma macam ni memang terasa lain macamlah nak menolak. So memang derma jugalah jawabnya :) Ada juga kawan-kawan saya yang bawa kad kutipan derma anak-anak mereka ke pejabat. Dah unjuk kat kita, memang macam tak leh nak kata tidak je. Senang cerita, anggap je bersedekahlah. Habis cerita :)

    ReplyDelete
  7. pandai cikgu2 ni ye kutip masa perayaan..byklah colection

    ReplyDelete
  8. Betul betul ...rasa malu jugakkan nak meminta minta ni....nasib Papa N baik hati...dibawak jugak benda tu hehe ....Sapa tak sayang bini heh hehe.....
    Dulu dulu anak anak ada gak bawak benda tu balik rumah. Tapi la ni mcm tak de jer....
    Fuh lega dahlah ni yeh

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.bagus papa N..suami mithali katakan

    ReplyDelete
  10. Mmg org senang je nk derma tp bab nk g mintak tu mmg susah la sikit. Sek selalu suruh budak berdua tu jual kupon itu ini. Last2 kami je byr sbb mls nk bg ank ni g merayau kutip derma. Bahaya kot.. X sesuai ngan usia

    ReplyDelete
  11. Klu ikutkan, sy pun liat klu bab minta derma ni. Heheheh~ Lagi kesian klu murid2 yg kena mtk. Teringat ms skolah dulu.

    ReplyDelete
  12. ini derma untuk mssm ke aisy
    moga dimudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  13. tu la kan bab meminta ni mmg segan sikit,tp Alhamdulillah ada papa N sudi membantu,betul la yg org2 Malaysia ni bukannya kedekut sgt pun.hehe

    ReplyDelete
  14. lieya setuju sgt yg org malaysia ni pemurah aisy....tgk aje laa kalo minta derma tru fb tu...viralkan jek status tu...tgk2 dlm akaun dahramai yg menderma.....alhamdulillah kan....

    lega jugak tu aisy punye problem dah settle...tapi respek kat aisy sebab sanggup nak keluarkan duit sendiri tu pada awalnyer heheeheh

    ReplyDelete
  15. kena upah la papa N lepas ni.. kalau tak, byk juga RM yg melayang dari poket sendiri... hihihi, gurau aje lah :)
    Setuju, rakyat M'sia mmg pemurah... Ramai yg tahu nikmatnya bila bersedekah :)

    ReplyDelete
  16. wah,lama tak nampak kad kuning macam tu.dulu masa kat kampung,ada gak nampak sebab kadang abang kandung yang kerja cikgu tu kadang bawa balik kad tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1