Nak latih anak bersabar

"Sorry sayang, mama lupa buat ais krim", itulah yang dapat saya katakan bila Naim bertanya pasal ais krim yang dijanjikan apabila saya mula sampai di rumah petang ni. Beriya mama kamu berjanji semalam ya, tapi akhirnya mama lupa nak buat ais krim ya. Terus rasa bersalah bersarang di hati ni. Dah la dah lama diorang ni tak minta saya buatkan ais krim, bila diminta saya lupa pulak nak buatnya pagi tadi. Naim ni memang ingat sangat, terus dibuat muka penuh harapan yang saya pun rasa bersalah sangat.

Jadi, tanpa buka tudung, shawl lilit lagi kat kepala terus saya cuci tangan dan buatkan ais krim untuk dua anakanda ni. Barulah Naim mula senyum kembali. Comel sangat senyuman gembira Abang ni tau. Tapi, masalah mula timbul. Oo penat nak menghadapi. Memang payah nak diatasi.

Mulalah fasa merengek. Bukan seorang. Tapi dua orang. Naim dan Nazif sekali merengek meminta ais krim. Diorang ni kan, ingat dalam 5 minit je ais dah membeku jadi ais krim??  Nazif lagi drama king, siap berguling-guling lagi depan peti sejuk tu. Naim pula, duk buat fasa tanya sama pokok. Mula-mula tanya nak ais krim, saya jawab tak leh. Dia tanya seterusnya, bila nak beku. Kemudian kenapa tak beku. Kemudian disuruh mama ambik. Kemudian lagi, dijawabnya Naim tahu sudah beku. Pendek kata meriah jadinya.. masa saya nak pergi naik atas untuk mandi dan solat ni pun, Nazif meraung minta ais krim, padahal biasanya dia nangis nak ikut saya naik.

Diberikan makanan lain yang dia suka pun ditolaknya. Saya bagi ayam goreng ipin(paha) pun Naim tak nak. Katanya, " Naim makan ais krim dulu ya. Nanti Naim makan ayam goreng".

Sabar jelah ya nak.. konsep penyejukbekuan ni korang belajar perlahan-lahan. Apa pun cer belajar sabar sikit..

Comments

  1. Dua beradik tu kecik lagi AN..anak2 acik yang dah beso pun tak menyabo nak tunggu beku..cuma x nangis je la hi hi

    ReplyDelete
  2. hehe cian dorang nk mkn aiskrim ibu buat ye hehe

    ReplyDelete
  3. cian bebudak tu AN!apapun mamanya pun kena byk sabar dgn kerenah ank2...

    ReplyDelete
  4. budak2 mmg mcm tu kan aisy....dieorg jenis ingat janji3 dieorg....berani la nak buat2 lupe nanti kite yg kelam kabut bile mereka tuntut hehehhehehe takpe tu menunjukkan budak2 ni bijak sbb daya ingatan die kuat ingat ape yg kite dah janji dgn die....

    ReplyDelete
  5. Budak-budak AN apalah sangat yang difahamnya. Kalau dah kata nak, memang nak. Tak mahu dah terima jawapan 'tidak'. Nak suruh mereka bersabar, memang kitalah yang kena banyak menyabarkan diri. Kalau tidak, mahu angin satu badan. Lagi susah. Marah-marah lepas tu menyesal :(

    ReplyDelete
  6. kesian kat diorang kan
    mesti dia ingat aiskrim tu beku otomatik

    ReplyDelete
  7. hahahaha opsss sorry tergelak, budak2 kan...sama la si Jelita ni. kadnag2 tu tengah I cuci muka dalam bathroom dia pun datang pastu minta nak berus gigi dan dan tu jugak, I yang tengah pedih mata tangan bersabun ni hanya mampu menyiku dia supaya diam opsss. hahahah

    ReplyDelete
  8. Mesti sedap sangat ais krim buatan mama tu ek?...kalu tak takkan tak sabo2 tunggu beku...

    ReplyDelete
  9. Mmg kna byk sabar dgn kerenah ank2 kak.. kdg tu mmg agk mcabar iman.. tp apa2 pom cuba kawal diri lg.. lagi2 dia org kecik lg kan.. mna reti nk bljar sabar.. y dia nak tu.. nk ada dpn mta skarabg gak.. hehe..

    Kak wak aiskrim malaysia ye.. lmanya x buat..

    ReplyDelete
  10. Alahai.. kesian... dorang mmg ingat benda tu masuk je trs beku... hihihi comel.. tapi mamanya ka tak tahan nak ngadap karenah dorang tu... mama pun kena sabar juga.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Budak budak dengan aiskrim mana boleh dipisahkan AN..... haruslah ada drama king depan esbok hehe....kalau tidak bukan budak namanya. Amboi mama !!! baik baik bukak shawl tu lawan pusingan jam kang ada yg terbelit leher hehe

    ReplyDelete
  12. Aiskrim.. Dah la lambat bekumya. Mmg kena kuat dan tinggi sabarnya tu

    ReplyDelete
  13. hahaha..pernah terjadi kat IbuNoey..Firas sibuk benar nak aiskrim padahal baru je buat..sabo je la..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1