pertimbangan semasa pilih perabot rumah

Kata namanya cikgu, tapi korang jangan gelakkan saya sebab kat rumah saya tak ada meja belajar. hihi.. sebenarnya sebelum ni ada saya rancang nak beli meja untuk memudahkan saya nak tanda buku anak murid, tapi asyik tak jadi je.

bukan apa yang menyebabkan tak jadi tu. Naim ni sejak kecil lagi suka panjat meja. Saya selalu fikir, kalau ada meja dalam bilik takut dia panjat dan ada risiko dia jatuh, bahaya pula, kan?

Namun akhirnya saya beli juga meja sebab memikirkan kepentingannya. Tapi demi menjaga keselamatan Naim, saya pilih meja yang boleh dilipat jika tak nak guna tapi pada masa yang sama dah terpasang di dinding rumah. Rasanya meja ni menepati keperluan saya, serta selamat untuk Naim, dengan syarat jangan lupa tutup semua selepas guna supaya Naim tak dapat naik ke atasnya.

Sementara anak-anak masih kecil ni rasanya saya memang takkan tambah banyak perabot dalam rumah ni. Selain banyak ruang untuk anak anak bermain, harapnya dapat kurangkan risiko anak cedera juga. Biarlah orang nak cakap yang kat rumah saya ni tak ada banyak barang ke, tak guna barangan mahal ke, yang penting anak-anak saya selesa.. Korang macam-mana?

Comments

  1. rumah munna pun tak banyak perabut... mmg nak bagi anak2 selesa... lagi2 diaorg main beskal pun dlm rumah....

    ReplyDelete
  2. kalau anak2 masih kecil...mmg kena pikirkan keselamatan mereka sblm 'menghias' rumah..
    akak kesian kes kanak2 maut ditimpa rak tv minggu lps...

    ReplyDelete
  3. meja lipat tapi dah terpasang kat dinding rumah? camne tu kak? kira terus skru/drill/paku kat dinding ke? xdapat nak imagine la..sebab bila mention meja lipat, otometik terbayang meja lipat kat kedai makan..hehehe

    ReplyDelete
  4. bagus juga meja pilihan Aisy tu..
    kat rumah saya pun perabot tak banyak..sekarang ni anak kecil suka sangat buat aksi lask2..

    ReplyDelete
  5. bagus mcm tu. tak perlu byk sgt perabot kan. lagi2 bila ada anak kecik
    sama ngan umah sepupu nik. dia doctor.kalau ikutkan lebih dari mampu la nak hias rumah ngan mcm2 perabot tapi dia lebih pentingkan anak2.

    suka rumah yang luas tanpa perabot yg byk.

    ReplyDelete
  6. rumah saya pun tak byk perabot... biar bebas anak-anak nak berlari sana sini :)

    ReplyDelete
  7. Kakak jujur ni Aisy. Rumah kakak tak banyak perabot dan tak ada ruang banyak pun utk meletaknya. Beli jika perlu dan guna sehingga hancur.

    Lebih baik simpan duit sebagai simpanan masa depan anak-anak dan diri kita daripada kerja membeli perabot yg belum tentu diguna selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju sangat dengan kak zakie...
      kalau belanja ke atas perabot yg tak perlu, lagi baik simpan duit tu

      Delete
  8. rumah lebih luas dan selesa...hehe..kalau ada banyak perabot sangat nanti nampak padat..hehe

    ReplyDelete
  9. perabot banyak sgt nanti ruang sempit pulak kan

    ReplyDelete
  10. rumah akak pun sama aisy..hanya ada sofa dan almari pinggan diruang tamu,supaya senang anak bermain,nak mengemas pun senang tak banyak tempat yg perlu disapu habuk heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?