Perlu ke marah anak?
Ada masanya yang kita sebagai ibu bapa perlu marahkan anak tetapi dengan syarat marah tu perlulah kena caranya serta perlu bagi anak yang dimarah tu faham sebabnya mengapa dia dimarah.
Saya ni kadang kadang bila balik dari sekolah, malam terutamanya saya banyak bersuara lembut dan mengambil pendekatan memujuk walaupun Naim ada kalanya aktif dan nakal. Seharian berdepan dengan ratusan murid saya rasa dah tak nak lagi meninggikan suara. Dah penat marah atau berpura pura marah untuk mengawal kelas. Bila dengan anak sendiri, saya rasa lebih baik menggunakan pendekatan yang lembut selagi dia tak melebihi batasnya.
Tapi bila masa tertentu yang saya rasa Naim dah tak kena dengan kaedah berlembut ni, saya memang meninggikan suara untuk halang kenakalan dia. Tapi ada masanya sebagai ibu, rasa sedih bila marah anak yang kecil macam tu. Selalu saya rasa yang budak manja macam Naim ni nak perhatian lebih dan dia sebenarnya menunjukkan cemburu dengan perhatian lebih yang diberikan kepada adiknya dengan cara mengada-ngada.
p/s: entry selepas mama marah Naim himpit Nazif tadi.

Itulah dilemma seorang ibu. Camne nak buat kan...Kadang-kadang kena jugak angkatkan tangan sikit. Kalau tak melampau. Tapi kesian pulak bila fikir balik...
ReplyDeletePasal sekarang semakin membesar semakin mereka belajar menda baik atau buruk..
akakpun sama gak, kadang2 terpaksa tinggikan suara buat anak2 tapi itulah.. walaupun segarang manapun si ibu, anak2 tidak takut berbanding ngan bapanya..
ReplyDeleteakak dok umah teres...walau geram mcm mana pun kat anak..terpaksa kontrol suara hehe..tak mau dengar oleh jiran2...
ReplyDeleteSetuju. Ye la... anak dua2 kecik. Berebut2 perhatian.
ReplyDeleteakak pun sama aisy..kdg2 terpaksa marah dan pukul adam,bila dia tolak adrien yg baru bertatih tu sampai terjatuh dan menangis..tp akak cakaplah kenapa akak pukul dia tu,sbb kalu tak dimarah dan dipukul nanti dia ingat dia bole buat mcm tu
ReplyDeleteseronok pulak baca entry kawan2 yg ada anak2 ni...huhu...nak kena belaja dengan ain banyak nih..:)
ReplyDeletesekali sekali kena jadi gorilla jugak, hehehhe
ReplyDeleteSaya lebih suka denda kalau anak buat salah, kalau marah pun buang karen ajer... nanti dia buat balik :)
sekali sekala garang tu bolela..
ReplyDeletemarah tanda kita sayang pada dia..kalau tak marah nanti dia akan perkara tu boleh buat..
Saya tetap marah kalau dia buat salah tapi bila dah reda saya akan kembali jadi kawan dia. Saya rasa sapa jadik cikgu mesti dah tak kuasa nak marah anak macam suami saya jugak. Saya yang lebih2 tapi suami banyak tenangkan keadaan. Memang tak senang nak didik anak zaman sekarang. Dugaan terlalu hebat.
ReplyDeleteUsah kata Naim yg masih kecik itu - anak kakak yg dah besar pun ada kalanya kakak marah juga. Mana boleh tak marah kalau dah terang dan nyata ianya memang salah. Kalau tak dengar kita cakap lembut memang jadinya meninggilah suara kita kan.. kakak pun sama.
ReplyDeleteanak2 pun sedang menguji kita... kita kena banyak bersabar dan mohon agar Allah mudahkan kita menjaga mereka...
ReplyDeleteperlu marah anak..banyak kes yg aku nampak, anak terlalu dimanjakan..usahkan kata pukul, marah pun xpernah..alasan, kesian and xsampai hati nak marah..padahal benda tu perlu..
ReplyDeleteaku rasa apa akak buat tu betul..kita perlu marah bila suatu perkara tu perlu untuk dimarah..tapi kena pujuk balik la..sebab anak2 memang nak dimanja..:D
aku ni cakap macam aku dah ada anak jer..hehehe