Mencuba makanan korea@ the street cafe

Nak sangat cuba makanan korea, bila terbaca tentang The Street Cafe dalam majalah Rasa, kami tadi pun buat keputusan nak mencuba makanan halal korea ni. Restoran yang terletak di jalan SS 15/8 ni nampaknya menarik hiasan dalaman yang bercirikan korea dan sepanjang kami makan pun lagu- lagu penyanyi korea yang dipasang.


Buku menunya pun menarik, berbentuk jalan raya yang boleh dibuka untuk lihat senarai makanan dan harga lengkap.
Makanan yang saya makan tadi.. Namanya bulgogi deopbab atau BBQ beef  , kena dengan selera dan sedap. Kuantitinya banyak dan harga RM 16.90 rasanya tak mahal sebab banyak bahan yang terdapat dalam nasi goreng ni. Namun satu je yang tak sedap di mulut saya, iaitu kimchi yang dihidangkan sebagai sampingan tu. Sebelum ni saya tak pernah cuba kimchi, jadi sebelum ni tak dapat bayangkan macam mana rasanya. Kalau macam ni rasanya bagi saya makan tanpa kimchi pun tak apa. hehe , peminat kimchi jangan marah saya ye..


Papa naim pula makan ni.. Namanya  ikan Saba... Sedap juga katanya. Masa saya ada cuba rasa sikit tadi, macam biasa je.. Selera masing masing kan?

Naim pula makan sosej berkeju dan ais kacang korea. Saya ada cuba sikit tadi, ais kacangnya sedap, lebih kurang rasa ais kacang tempatan juga, cuma ada tambahan jeli bubble yang meletup dalam mulut bila dikunyah...



Masa kami menunggu makanan tadi, terlihat kat dinding cafe ni, ada pertandingan rupanya. Dah ramai yang cuba habiskan makanan dan yang berjaya, gambar diorang dipaparkan di papan kat cafe ni.. Antaranya ada seorang je yang saya kenal, iaitu pengacara tv dalam rancangan Sarapan tu..

Comments

  1. Zaman bujang dulu saya pernah cuba. Rasanya saya silap pilih menu. Langsung x kena dek tekak. Akhirnya rasa nk nangis. Hihi... sbb lapar dan mengenangkan sayang mknn x bersentuh. Nk order lain mmg x berani. Last2 mkn kedai lain.

    Lain kali nk try lg... tapi kena Tanya2 kawan2 yg biasa makan dulu la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..MA komen ni baru saya teringat. Mula mula tadi saya pun takut tak sedap juga.. Maklumlah benda tak pernah try. Tu yang salah tak nak ambil risiko pilih yg pelik, saya pilih makanan yang top recommended.. Mujur ok dengan tekak.

      Tapi, walaupun ok, tetap rasa lagi sedap makanan malaysia kita.

      Delete
  2. nyam..sedap tengok menu korea tu..
    first time pula tengok buku menu mcm tu..menarik..
    menu pilihan Naim tu pun menarik

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa...
    Kalau la kat JB ada, boleh la kami pegi.. (mungkin ada kot).

    Tapi mmg nampak sedap la menu ni Aisy, selalu nampak diorang makan kat
    drama2 korea tu mcm tak berapa.

    ReplyDelete
  4. Salam ain...bestnya..kak intan penah g makan makanan Koreakat the gardens midvalley..sedap..nasi yg ada sayur mcm2, telur kat tengah dan gaul sekali bila nak makan..tatau apa nama dia...kak intan lak suka kimchi..hehehe,...

    ReplyDelete
  5. nampak sedap. tapi takut nak cuba.takut tak memenuhi selera tekak.kan membazir lak..hehe
    tapi adik bongsu nik mmg gila makanan korea

    ReplyDelete
  6. xpenah lagi saya try makan makanan korea

    ReplyDelete
  7. tak pernah try lg..buat masa sekarang mmg tak bole nak try la nampaknya

    ReplyDelete
  8. salam , saya skrg tgb buat kerja kursus pasal makanan korea . tumpang tanya majalah rasa itu edisi berapa . sebab sy nk cari buat rujukan ilmiah . thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya majalah rasa edisu bulan feb 2013.. Kalau tak u cuba tgk jan 2013..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1