macam mana nak fahamkan anak kecil: ELEKTRiK TAK ADA

Semalam lepas maghrib tiba-tiba tak ada elektrik. Bila dah tak ada letrik ni, tentulah suasananya gelap, rasa sunyi dn panas. Tapi mujur juga waktu tu baru lepas hujan lebat dan sebenarnya masih lagi hujan renyai -renyai kat luar, jadi taklah terasa panas sangat.

Orang yang paling kecoh semalam ialah Naim. Beriya-iya dia minta lampu. "mama, bukalah lampu, gelaplah". berkali-kali dia cakap, " mama, naim nak buka lampu". Bila saya cakap, " naim, tak ada elektrik sekarang ni" , dia sendiri pula panjat sofa untuk tekan suis lampu. Berkali-kali jugalah dia tutup buka suis lampu tu.

Tak puas hati lagi dengan kedaan gelap tu dia himpunkan semua alatan elektronik yang ada supaya lebih cerah. Yang lagi kelakarnya, masa pekerja syarikat penghantaran datang hantar barang semalam tu, kecoh Naim mengadu rumahnya gelap tak ada lampu.

Padahal ni bukan kali pertama elektrik tak ada sejak Naim besar ni. Mungkin ni dah sampai masa di mana dia terasa nak tahu situasi ni. Kalau sebelum ni tak pernah pula Naim sekecoh ni bila bergelap. Rasanya mungkin kalau melalui situasi ni beberapa kali ni budak kecil macam naim akan mula faham apa itu tak ada elektrik. Dia cuma tahu nak tengok video di Youtube dalam keadaan cerah, tentulah rasaa lain macam bila tak dapat melakukannya di saat elektrik tak ada.

Payah juga nak terangkan tentang elektrik kepada budak tiga tahun ni rupanya. Kita bercakap istilah sains memang diorang takkan faham. jadi, rasanya sebaiknya di belajar dari pengalaman. 

Comments

  1. betul tu...
    kita kena kreatif, cari cara mudah untuk diorang faham. cuba ni.. kalau masa elektrik dah ada, suruh dia buka lampu. cerita la yang lampu nyala sbb elektrik ada. pastu, ingatkan balik yang masa xde elektrik. tekan2 pun x menyala. cerita balik la kalau xde elektrik, panas, gelap etc... cerita ikut apa dia lalui semalam. kot2 la berkesan

    ReplyDelete
  2. cer try bg contoh lampu suluh yg dibuang bateri....kot2 ler dia boleh paham hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Ada benda susah nak terang.
    Pernah ditanya oleh ustaz, apa alat ukur atau ujian untuk melihat jumlah iman & kandungan akidah dlm hati....
    *___*
    -Berkait ke? Hik3

    Moga Allah kasih
    (^___^)y

    ReplyDelete
  4. susah gak nak terang tu kan.
    tapi pengalaman smlm tu harap dia boleh faham la kan

    ReplyDelete
  5. betol. budak budak fikiran dye unik. jadi kite kene kreatif utk sampaikan sesauatu :)

    ReplyDelete
  6. akak bgtau jer lampu tak sihat..kata la lampu tu demam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terfikir pula nk cakap macam tu ..cadangan ok ni..budak kecil boleh fhm istilah demam tu....

      Delete
  7. tapi kan Naim sangat genius sebab apa tau.sebab dia cuba kumpulkan alat2 menan elektronik dia untuk dapatkan cahaya..hehe.bravo naim!

    ReplyDelete
  8. susah juga kan kalu mcm tu..sian naim siap mengadu tu yg rumahnya dia gelap

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?