anak nakal ke penjaga yang tak beri perhatian?

korang tengok gambar-gambar ni...
kesian Naim, balik dari taska dua hari ni bercalar mukanya.
hari Isnin ada sikit, semalam saya tengok bertambah lagi calar di mukanya.
Ikut kata papanya yang ambil diorang, cikgunya bagitahu yang Naim dan kawan bergaduh, sebab tu muka jadi macam tu.

Ni kali pertama kes macam ni terjadi.
Setakat ni, saya memang tahu Naim kadang-kadang nakal tapi kami sentiasa pantau apa dia buat.
macam mana sampai boleh banyak calar singgah kat muka dia tu?
tengah pikir ni...






Comments

  1. Replies
    1. tahla kak... try bgtahu cikgunya dulu arini.. nkntrybtak komplen byk tp bg dia lebih alert...

      Delete
  2. cuba tanya cikgu dia..Kalau saya memang tanya la..

    ReplyDelete
  3. laa...budak2 mmg mcm tu..lasak,nakal..tp org dewasa yg mengawasinya kena la bertindak...jgn biarkan ja kalau budak2 bergaduh ke...panjat2 ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, memang saya sependapat dengan akak.. budak kalau dh jumpa kawan mmg selalunya main macam macam.. tapi penjaga yg dibayar sepatutnya awasi apa budak buat, kan?

      Delete
  4. siannya....
    tanya aje, sekurang-kurangnya kita tau punca dan pengasuh pun tahu yang kita ambil berat hal ini.
    budak-budak mmg nakal, tapi, kena la pantau.

    kalau adam, mesti dah nangis2 ngadu..

    ReplyDelete
  5. Tak boleh biarkan Aisy. Jng sampai dah serious baru nak bertindak. Menyesal kemudian tak berguna. Nakal macam mana pun budak - so org dewasa kena ambil tahu. Bayangkan kalau kawan dia guna pensel atau yg tajam ke arah yg sensetif apa akan jadi...

    Kena ambil tahu Aisy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tya kak.
      Masa htr diorang baru td..
      Saya dh pesan kat cikgunya supaya lebih tengokkan diorang.
      Memang risau, harapnya diorang selamat di bawah jagaan taska.

      Delete
  6. Ish, np mcm tu sekali? Menakutkan....better siasat.

    =(

    ReplyDelete
  7. inilah yg cikgu risau kalau nak antar nursery ke taska ke.....hurmm kesian anak aisy.......mungkin lepas ni cikgu kat situ lebih alert kot..... mungkin terlepas pandang agaknya ...wallahua'lam

    ReplyDelete
  8. Salam..ish x boleh biar ni..kena selidik la lain..risau juga kalau apa yg depa kata x betul…

    ReplyDelete
  9. situasi biasa bila letak anak kat nursery.... kalau boleh, slow talk dgn pengasuh tak nak perkara sama berulang...

    ReplyDelete
  10. jangan pengasuh tu dera udah ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak... mmg bukan kes dera, akak citer kmudian k... ada plan bt entry pasal hasil siasatan ni..

      Delete
  11. kesian Naim..kena siasat perkara sebenarnya ni..
    tunggu Aisy buat entry ni nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?