belian barangan bayi

Arini saya dah mula beli barangan bayi. Rasanya dah sesuai untuk mula beli sikit sikit. Lagipun dua minggu lagi bayi dah 28 minggu. Bukan beli banyak pun tadi, sebab fikirkan minggu depan kami nak pergi ke Baby Fair di MidValley. Dan ada sebahagian barangan Naim masih lagi elok dan boleh la bagi adik guna lak.. Boleh kami berjimat...hehe

Tapi seronok betul tadi.. Barangan bayi ni cantik cantik. Kecil dan comel. Ikutkan hati nk beli banyak, tetapi kalau baju dah tahu bayi akan cepat membesar, baju tak leh pakai lama. Betul kan? Yang ada pengalaman akan tahulah.

Comments

  1. Salam cikgu...

    barulah dapat cari blog kamu, Kancil payah mahu akses...mengapa tu? Mungkin ada yang tersalah tekan.

    sal barangan bayi tu..memang betul...kita beli banyak2 pun anak tu akan membesar. Beli ala kadar je..

    ReplyDelete
  2. ooo..yeke, sya pun tak pasti ada salah tekan ape..

    doakan sya mudah bersalin ye.... risau ni nk tggu 3 bln lebih ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?