anak kecil cenderung kepada alatan elektronik

Sama ada kita perasan atau tidak, anak-anak zaman sekarang sememangnya cenderung untuk bermain dengan alatan elektronik. Malah seawal umur satu tahun lebih pun,anak-anak telah tahu melihat rancangann kegemaran mereka di tv atau internet.. Malah tidak pelik lagi kita melihat anak-anak dua atau tiga tahun bermain permainan di i phone, galaxy tab atau i pad..

Pernahkah kita terfikir tentang kesan jangka panjang daripada senario ini. Saya tergerak hati untuk menulis entry ini kerana melihat minat yang mendalam anak saya sendiri dengan note book. Di sekolah, saya mendapati murid yang kurang bergaul dan kelihatan lemah untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan, kebanyakkannya ialah mereka yang lebih banyak menghabiskan masa dengan internet dan permainan komputer.

semestinya kita tak ingin anak-anak kita kelihatan terasing dan tak ramai kawan apabila besar nanti. Ini mungkin kerana kelemahan komunikasi. Malah dari dari aspek kesihatan, mata anak yang terlalu kusyuk dengan alatan elektronik ni akan bermasalah, mungkin perlu memakai kaca mata sejak awal remaja atau kanak-kanak lagi.

Adakah senario seperti ini menunjukkan tahap kemajuan ekonomi atau kecanggihan teknologi? Perlukah kita menyalahkan kecanggihan teknologi? Atau pun senario ini berlaku kerana kita ni tak nak tewas atau ingin seiring dengan rakan-rakan yang memanjakan anak-anak kecil dengan alatan seperti ini?
 Sama-samalah kita fikirkan

Comments

  1. Salam,betul akak budak2 skekarang dah advanced..susah nak sekat kehendak diorang..tapi parents kena pantaula...plan aktiviti riadah sikit..mungkin tu bermaanfaat kot..akak sihat?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, akak sihat je..cuma penat slalu dgn keje di sekyg makin menimbun smpaikan blk umh dh xlarat nk bt ape dh. Ape lg ni menulis di blog, mmg kenaa curi ms

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1