Salam keberkatan di hari Jumaat ni. Ai, senangnya dalam hati, sesi 2015 dah nak habis. Anak-anak dah nak mula peperiksaan hari ni.. maka pagi ni masa cikgu nak berhoray-horay.. Ai, lupa pulak nak tanya, korang sibuk ke semua? Alang-alang ni masa bergembira sebelum menerima bungkusan kertas soalan pepeiksaan, semalam saya minta suami muat turun cerita Hindustan. Dah lama betul tak tengok filem hindustan ni sebenarnya. Kesnya, semalam masa saya dan rakan-rakan buat kerja-kerja pengurusan di bilik kerja guru, kami buat kerja sambil mengimbau kenangan lalu. Kebetulan masa buat kerja tu, salah seorang rakan pasang radio. Channel lupalah namanya, tapi langsung tak ada iklan sepanjang dua jam lebih masa kami kat situ. Ketika terpasang lagu lama hindustan, maka kemainla masing-masing cakap seronok dengar. Itulah dengan tiba-tiba salah seorang rakan bagitahu antara cerita terbaru yang sedap, katanya BAJRANGI BHAIJAN ni. apa lagi, balik je semalam, mintaklah suami muat turun. ...
untungkan siape dpt ustaz don tu . hihi
ReplyDeleteHaha...btl2, tenang hdp klau dpt suami yg byk ilmu agama n sebarkn lak pd org ramai..
ReplyDelete