Sian Naim..tak semena-mena dapat bengkak

Kesnya bila naim dapat injection untuk 18bulan ari Sabtu lalu..Tengok semalam dah ada merah-merah sebesar tapak tangan mama di sekitar kawasan dia dapat suntikan tu..Menjelang malam tempat bengkak tu dah terasa keras, lalu kami bawa Naim pergi berjumpa doctor untuk sahkan kesan tu sebab ape sebenarnya..

Sebagai ibu, aku memang cuak juga semalam...Doctor yang merawat tu cakap, kesan ni sebab ada infection tapi kesannya mungkin tak memudaratkan..Jadi tak perlu bimbang. Naim diberikan 3 ubat..Budak yang suka makan ubat ni seronoklah, dapat antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak...Siap mintak nak lebih lagi ubat-ubat ni...

Alhamdulillah pagi ni bila buka seluar Naim untuk tengok tempat bengkak tu, tengok warna kulit Naim dah bertukar warna biasa, yang warna kemerahan ada sikit je lagi...Bahagian yang terasa keras bila dipegang pun tak sebanyak semalam..arapnya kesan ubat tu akan menjadikan Naim macam biasa semula.. tak adalah membawa kepada yang lebih teruk lagi...risau tul sekarang ni, macam-macam...

update:  keadaan tempat Naim kena cucuk tu tak elok lagi..tadi tengok semasa dia tido, tak perasaan keadaan sebenar..masih bengkak dan sebenarnya bila tengok dia berdiri tanpa seluar, ketara bengkak sebelah bontot dia, nampak besar yang belah bengak tu..warna merah cuma dah kurang tak semerah semalam.aduii...kena pantau lagi sehari, doktor semalam pesan kena tengok kesan ubat tu dua hari sebelum datang balik jumpa dia.....Naim lak boleh je main macam biasa, cuma dia banyak dilihat menggaru-garu tempat bengkak tu...arap tak la melarat atau jadi ape2 yang lebih teruk...

Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?