belajar tinggi tapi tak ada adab...sadis tul...

Belajar ilmu di sekolah dan universiti sememangnya tak sama dengan belajar adab.. setinggi mana pun ilmu seseorang tu kalau tak ada adab, tak ada maknanya..

Nape tetiba cakap macam ni? ...ni sebabnya tak lain pasal malam tadi bawa Naim ke klinik untuk diperiksa kesan bengkak aritu. Kami pergi ke klinik yang sama tapi doktor yang merawat kali ni doktor lain. Doktor malam tadi garang dan boleh dikatakan tak ada adab. Bagi aku kalau nak berlagak macam tu, elok je dia tak payah kerja.. kita sbagai pesakit datang dengan rasa sakit dan susah hati...bukan datang nak dimarah oleh dia..tak ada maknanya pun dia merawat dengan marah-marah. Takkan seusia dia tu tak leh tahu lagi keadaan keluarga pesakit, entah ape lagi nak dikata. dah bertahun-tahun merawat orang, takkan menjadikan dia tak berfikiran tenang..kalau penat, elok balik rehat je kat rumah.

Mungkin Naim sekadar pesakit yang entah ke berapa, langsung tak ada simpati di hati dia melihat keadaan Naim. persoalan aku tentang keadaan Naim dijawab dengan nada sinis dan marah. Kami tadi diminta membawa Naim ke mana-mana hospital untuk rawatan lanjut kerana bengkak tu masih ada.. Bayangkan sebagai ibu bapa yang bekerja, berita yang secara tiba-tiba ni agak mengejutkan..nak kena minta cuti dan banyak kerja akan tertangguh.. lagi-lagi cikgu yang tak banyak cuti tahunan, memang payah untuk memohon cuti..Doktor biadap tu tadi marah bila aku tanya pasal mc..tak nak bagi tu hak dia, tapi tak payah la nak guna ayat-ayat yang menyakitkan hati orang lain...dia ingat kami ni kerja sendiri ape? boleh sesenang bercuti? mujur bos Papa jenis baik, bila dimaklumkan hal Naim terus izinkan Papa bercuti esok..arap-arapnya urusan di hospital esok cepat baik, aku kena masuk sekolah. Musim PMR ni dah ramai cikgu yang tak ada..kesian la kawan-kawan lain yang menggantikan bagi pihak guru yang tidak dapat datang ke sekolah..

Comments

  1. ntah ape2 la..klo mls kje, breti kje je la..drp xikhls kje..tul x??

    ReplyDelete
  2. tau xpe...ingat dia pesakit ni suka2 nak g klinik dia..bayangkan kalau dia pun sakit n dilayan tak baik, baru dia tahu...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?