Jangan berhenti berdoa dan membantu!!

Allah hu Akhbar...
Mula-mula sekali saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya khabar semasa saya tak sihat. Episod demam dah berlalu, 3 hari je namun masih belum sihat sepenuhnya. Namun, tak usah dibicarakan sakit saya yang tidak seberat apa yang ditanggung oleh saudara mara kita, kalau tak ada pun insan yang korang kenal terlibat banjir, anggaplah diorang saudara seagama dan saudara senegara.

Allah hu Akhbar.
Jangan kita berhenti berdoa ya. Doakan yang baik-baik. Saudara mara kita selamat. Doakan moga cuaca cepat baik dan juga doakan moga air bah ni akan surut sekelip mata.

Allah hu Akhbar.
Cubalah membantu sedaya upaya yang kita mampu. Moga sampai kepada mangsa banjir dengan segera.

..... saya tak mampu nak tulis panjang. Hati sangat tak tenang kerana tak tahu keadaan ibu, ayah, adik lelaki, keluarga dua orang kakak dan saudara mara yang lain di Pasir Mas macam mana. Semuanya sudah tidak dapat dihubungi sejak 3 hari yang lalu.

Comments

  1. Allahu akbar...walapon takde saudara disana,kita tetap doakan meraka,walapon tiada saudara hati sangat sedih tengok keadaan disana hingga menitis airmata,apatah lg yg punya saudara tp taktahu khabar berita.,,sabarlah aisy akak doakan semuanya selamat dan akan pulih segera

    ReplyDelete
  2. Insyaalah semoga keluarga AN sentiasa dibawah lindungan rahmatNYA..Semoga dipermudahkan dan semoga banjir cepat surut

    ReplyDelete
  3. Sama lah AN...
    Hanya doa mampu kita panjangkan buat saudara mara dan kawan2 yang kena banjir...

    ReplyDelete
  4. Kita doakan yang terbaik buat mereka, aamiin..

    mgkn sebab beberapa hari ketiadaan bekalan elektrik, tel x dpt dicaj..

    ReplyDelete
  5. Tak leh contact lagi ke?try call bilik gerakan pasir mas.saing tadi call bilik gerakan pasir mas.dia kawasan tok uban.Katanya ada yg kena pindah dan ada yg tak kena pindah..saya pun sedih saing dengan dua anak kecil kami tak dpt hubungi..sian sgt.dia area lemal

    ReplyDelete
  6. Moga Aisy cepat sihat & dapat hubungi keluarga.. Saya pun tumpang simpati dengar bah teruk di Kelantan. Sama²lah kita doakan agar semuanya berakhir.. Amin..

    ReplyDelete
  7. Insya Allah, AN tiada apa-apa yang berlaku. Moga keluarga AN di Kelantan sentiasa dalam peliharaan-Nya. Awak tu baru je baik dari demam, janganlah risau sangat. Ya, memang kalau terjadi perkara begini, memang hati jadi tak keruan dibuatnya.

    ReplyDelete
  8. sedey sesangat dgr citer mangsa2 banjir ni AN!mkn pun xselera..nak menulis pun tiada semangat..

    ReplyDelete
  9. Tak tahu nak kata apa.. teruskan bersabar...sama2 kita doakan

    ReplyDelete
  10. saya tak tahu camne nak kurung kegusaran cikgu AN
    saya harap semua ahli keluarga selamat
    mungkin kerana talian telefon terlalu sibuk
    atuk saya di kuala lipis pun saya tak dapat hubungi sebelum ni
    tapi alhamdulillah, mereka dalam keadaan sihat walafiat

    ReplyDelete
  11. tak dpt nak kata lebih
    hnya doa mampu dikirim

    ReplyDelete
  12. Dah dapat khabar berita kak AN? Adik sya X kena banjir tahun ni.. Mujurlah.. Risau juga dgn berbadan dua dia tu..

    ReplyDelete
  13. insyallah..sekarang ramai pihak tampil membantu

    ReplyDelete
  14. Syukurkan AN....kita masih ada lagi sedara seislam khususnya rakyat Malaysia yg mendoakan dan membantu mereka yg menjadi mangsa banjir...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?