Lega satu perkara

Ai semua..assalamualaikum.. hari kedua hampir berakhir. Makin lama agaknya saya akan makin biasa dengan rutin kedua-dua anak comel ni.

Haha.. intronya macam hari ni berjalan lancar je kan? Haha, taklah sehebat itu, namun sikit sebanyak boleh dikatakan hari ni ialah hari yang lebih baik. Ahmad kecil dah makin kurang buat perangai, jadi mamanya taklah rasa stress sangat hari ni. Saya ikit nasihat Diana, hari ni jadi guru disiplin.

Jadi sedikit sebanyak bolehla saya bagi tumpuan kepada Naim juga. Kesian Naim semalam, memang macam diabaikan, sebabnya memang adik yang dapat sepenuh perhatian. Maka hari ni, mamanya usahakan nak buat aktiviti yang Naim suka. Kami tengok Pink Panther bersama-sama. Sebelum tu sempatla saya main tulis-tulis dengan Naim. Dia nak saya sebut apa bendanya dan dia nak menulis. Layankan sahaja sementara Naim ni dalam mood yang baik.

Apa yang saya lega tadi ialah hari ni Naim dah mula tulis E dengan betul. Risau saya bila sesi yang sama dibuat semalam, Naim tulis huruf e tu terbalik. Mula la risau kot disleksia.. semalam saya ajar Naim tulis e dengan betul, hari ni ok saja dia tulis semua 26 abjad tu. Tulisan budak lelaki, biasalah. Apa-apa pun lega mama korang.. jadi mak ni kan, benda kecil pun boleh jadi risau kan? Asalkan berkenaan anak.. kalau anak dah kawin nanti entah macam manalah ya?

Comments

  1. I ni.. dah lama sangat abaikan si Jelita... sedar, dan tahu.. tapi nak melayan dua2 serentak aduuuuuh.. bendera putih. dah la time dia balik, time tu I mula sibuk nak masak la semua. Alamak.. now rasa teruk sangat jer bila cakap ni huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too.. kebanyakan masa memang melebihkan adiknya.. naim dah pandai protes kdang-kadang, katanya Naim nk mama... sedih dan mmg tahu diri teruk.

      Delete
  2. betul sangat tu aisy..macam akak ni dah 3 orang yg paling kesian adrien sebabnya, abg adam ok la anak yg pertama sepenuh tumpuan semua pada dia,tapi masa adrien sekejap je..papa pun masa adrien lahir terlebih kasih syg pada abg adam,mama la yg kena beri perhatian lebih sikit pada adrien,pastu dpt adelya..dah tumpuan beralih byk pada adelya pula,tp bagusnya adrien ni dia tak pernah merungut buat hal sendiri je,berbeza dgn abg adam yg lebih manja..
    hmmm..ntah la terkadang rasa bersalah pada anak2..itulah kadang2 ada waktu terluang,akak cuba beri sepenuh tumpuan pada setiap anak,itu yg kadang2 kena main masak2 dgn adrien tu..
    tapi jadi payah bila waktu yg sama semua nak minta perhatian..haru mama dibuatnya,mana nak susukan adelya..mana nak layan abg2...
    harap2 kita dapat jadi mama yg terbaik buat anak2..hoih pjg pulak akak membebel nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah membebel kak..

      Saya yang dua pun sesak nafas, akak yg 3 anak lagilah.. sekali sekala meluahkan perasaan ok apa.. kekangan masa dan keadaan, kita memang niatkan yang terbaik utk kesemua anak kita tapi itulah.. nak buat tapi ada masa kena tangguh dulu.apa pun harapnya ank2 kita ni faham dan membesar dengan baik

      Delete
  3. ai AN jauh kedepan mikir nmpak!ala,budak2 tu kecik lg sabar bebanyak ya.

    ReplyDelete
  4. Usia macam Naim tulis terbalik e, s, b,d, j, g tu biasalah Aisy tapi kalau dan sekolah setahun contohnya masih terbalik itu yg baru risau..

    ReplyDelete
  5. susah jgkkan nak membahagi masa dgn anak2....tapi itu le nak buat apa2 aktiviti anak,buatlah bersama2 semua dgn anak....

    ReplyDelete
  6. ye setuju dgn k,. zakie tu..
    kdg cpt prosesnya, kdg lmbt pemahamannya..
    umminya rajin oklh... jgn putus asa... azhan dulu pun terblik d jadi b.. butang bju pun tk pndai, pki selipar terblik... selalu usik dia dgn cerita terblik dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...dah lapang ni macam2 la yang saya fikirkan

      Delete
  7. cerita pasal disleksia ni kan saya teringat afif.
    saya ni kategori paranoid juga, masa umur dia 3 tahun dok suspek dia autism
    pepandai buat assumption sendiri, mujur doktor confirm bukan

    masuk tadika, dia tulis hampir kebanyakkan abjad dan nombor terbalik
    naik seriau mama dia ni ditambah pula dia ambil masa yang lama nak paham arahan
    dia ada banyak tanda yang buat saya rasa memang disleksia
    tapi sekarang nampak dia menulis okay aje
    boleh kenal huruf dan abjad tanpa hafal, maksudnya dia paham

    mungkin masa tu dia kecil lagi
    moralnya, usah panik especially bila belum dapat
    pengesahan mereka yang bertauliah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan setuju dengan YY...
      Pengalaman kita tak banyak, itu yang mudah panik kalau hal2 berkait anak2..

      Delete
  8. tulisan budak lelaki biasa nya macam tulisan omputeh ..hehheh..Anak saya dulu masa umur 5,6 tahun pun sama tulis terbalik..banyak la..huruf j, s , b..lama 2 dia ok la..

    ReplyDelete
  9. usia macam naim tu normallah tulis terbalik sekali sekala.sy dulu pun risau takut aiman dislexia..aritu dh dajah satu pun tulis nama kawan dia e terbalik.hehe..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah pulak saya tengok anak saya tulis abjad terbalik. Tapi si Adik ni memang selalu sangat pakai selipar terbalik! Bila ada lebih daripada satu anak, memang perhatian tu tak sama. Bukan kita nak tapi memang kena tumpuan lebih pada yang kecil. Abang pun dulu selalu komplen. Dulu nak sangat adik cepat besar, cepat bercakap. Sekarang ni asyik bergaduh dengan adik. Adik pulak paling iri dengan abangnya. Suka-suka je nak pukul abang. Time dia baik, siap tanya lagi kat saya boleh tak dia nak pukul abangnya!

    Saya pernah terdengar Abang kata kat Adik - Masa Adik takda dulu lagi best! Takda siapa nak kacau Abanglah!

    Uhuh....sedih pulak. Nampak sangat dia rasa terabai masa tu! Mehlah anak-anak, Mommy hug sampai kecut ^_^

    ReplyDelete
  11. betul tu kak..
    walau kecik2 pon kita risau melebihi segalanya..pdahal kdg2 perkara tu normal je buat anak2 kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts