Tarikan baru di Melaka : Upside Down House

Teruja tak korang tengok gambar ni? Nampak real tak gambar ni semua? 
Saya baru tahu tentang kewujudan rumah terbalik atau The Upside Down House di Melaka ni pagi semalam. Kebetulan masa tu saya mendengar perbualan antara abang ipar dan isterinya yang bermalam di rumah saya tentang tempat ni. Lalu, segera saya mengajak Papa N ke Melaka semata-mata untuk pergi ke tempat ni sahaja. Ingatkan tak jadi mulanya, sebab masa kali pertama saya sebutkan pasa tempat ni, Papa N menjawab dengan nada tinggi. " Ha?" 
Mulalah buat muka sedih saya ni, tapi sebab ada orang lain di dalam rumah masa tu, saya kononnya nak cover lalu cakap lagi, "Melawak je, tak nak pergi tak pe".
Papa N tanya lagi, " bila?"
Acuh-acuh saya menjawab lagi," sekaranglah".
Maka itulah kisahnya. Sampailah kami ke Melaka dua jam setengah kemudian. 

Mujur model kecil tu sudi masuk dalam gambar.

Saya paling suka gambar yang ni. Nampak ada kisah di dalamnya. 

Masa kami mula-mula masuk, ada staf yang akan menerangkan cara untuk mengambil gambar dan beraksi supaya gambar kita menjadi lawa. 

Yang ni pulak macam Papa N nak selamatkan Nazif daripada terjatuh,kan? 

Macam kat angkasa lepas pulak..melayang turun dari atas untuk tutup pintu peti sejuk. Kemasnya benda-benda kat dalam peti sejuk tu.

Ini gambar orang lain, kebetulan masa menunggu nak bergambar kat sini diorang ada, saya pun snap sekali.. nampak menarik juga cara diorang buat aksi.. 

Amboi, turun dari atas nak makan kuih ya papa? Nazif apa lagi, pantang nampak kuih..
Selain daripada gambar-gambar yang saya tunjukkan ni, ada beberapa lagi, tapi berapa cantik gambar saya ambil. Kalau korang nak pergi ke tempat ni boleh cari Seri Cosa Hotel, rumah terbalik ni sebenarnya ialah sebahagian unit rumah kedai yang terletak di belakang hotel tersebut. Ingat tu. Waze je, memang akan jumpa. Lagipun, korang boleh cam tempat ni bila tengok ramai orang beratur nak menunggu masuk ke sini. Mungkin sebab kami pergi pada hari Ahad, kami kena beratur lebih setengah jam baru dapat masuk. Pemiliknya menghadkan 35 orang untuk sekali masuk


Tiket masuknya. Sempena cuti sekolah ni ada promosi ya, RM 13.50 untuk dewasa dan RM9 untuk kanak-kanak yang ketinggian melebih 90cm. Alamat pun ada tertulis kat situ. 
Kepada pemiliknya, sila tambahkan lagi atau besarkan tempat ini, menarik bendanya, bergelak ketawa masa nak snap semua gambar tapi keadaa di dalam dua bilik tu agak padat bila nak bergambar. Beratur pulak lama tadi..alahai..


Ok,dah habis dah gamba kita.. asyik adik je jadi model,,Naim tak masuk dalam gambar sebab itulah, dia dah letih kena beratur lama.

Comments

  1. bestnya... kat Sabah ni pun ada lama rumah terbalik ni... tak tahu siapa yg mula dulu dan jadi tempat pelancongan pulak siap ada tshirt lah fridge magnet lah... dan siap ada pemandu pelancong lagi... rumah biasa je kan...

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. kt melaka pun dh ada. Beratur panjang yg xbest tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang stress beratur panjang.. lagi2 dgn dua Ahmad ni..kalau xbawa anak ok je kot

      Delete
  3. Menarik ni, boleh menjadi salah satu lagi tempat kunjungan pelancong. Bunda pun baru tahu, setahu bunda yang kat Sabah tu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Agaknya tiru konsep kat sabah tu, cuma rumah deko moden

      Delete
  4. mcm syiok je..dh lama rasa nyer x gmelaka..lasr masa pregnantkn arfan xsilap..

    ReplyDelete
  5. Wahhhhhh dah tukar kulit yek? hihi.....Ingatkan masuk salah blog tadi, nasiblah ada muka 2 orang hero hensem tu.....

    Weyh menariklah AN.....Pak Jilap mesti nak pergi ni....bukan mak hokay...hiihi
    Pening ar.... nak kena terbalikkan laptop tau huhu.... Sure suka hero bertiga tu kan....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur kenal dua Ahmad ni ya.. dah rasa bosan rupa lama blog.. itu yg ejas2 sikit. Tapi mcm banyak kombinasi warna pulak..lantak la ya.. blog sdiri citarasa sendiri bak kata Kak Kamsiah..

      Ha, Okje pegi la temankan Pak Jilap masuk ni. Lepas tu Pak Jilap lak temankan ke tempat yg Okje suka..

      Delete
  6. peliknya pic kita je yg terbalik tp benda2 tu xterbalik lak..ajaib ni!

    ReplyDelete
  7. boleh jalan sini jugak senang2 nanti...

    ReplyDelete
  8. Eh... kakak betul tak tahu ada di Melaka. Yg kakak tahu di Sabah tu adalah. Menarik jugalah Aisy.. Lain kali kalau lalu boleh jugalah kakak nak singgah.

    pd: header baru menariklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Zakie.. header gambar dua Ahmad ni je.. dah bosan yang lama..

      Delete
  9. First comment - Wah, jealousnya dia dah tukar header! Jealous! Jealous! Jealous! Teruja nak tukar takut ada yang kena WA lagi sebab blog buat songeh *__*

    Second comment - Baru tau tentang upside down house di Melaka ni, AN. Terima kasihlah sebab kongsi cerita. Menarik ni. Kalau HD pergi without promo memang RM20lah tu. Kesian bapaknya *__* Nanti kalau ke Melaka boleh juga cari rumah ni tapi kalau queue panjang tu masalah sikit. Bukan sebab superheroes tapi bapak superhero yang bermasalah; tak suka menunggu lama.

    Macam mana ek boleh gambar semua terbalik. Curiousity kills the meow betullah saya sekarang ni dok fikir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi sampai 3 kali jealous tu. Takla lawa mana pun, saya edit sikit gambar ahmad berdua ni, buh tulisan kuning tu. Publish beberapa kali untuk dapatkan saiz yang saya rasa ok..

      Aalah..kalau HD kena bayar mahal sikit la. Adik belum 90cm lagi kot. Free lagi, ok la.
      ..
      Haha.. bab gambar terbalik tu, rahsianya..... ?haha. Kena pergilah baru tahu..

      Delete
  10. Baru tau ni.. ;)
    Ok.. dah amik butiran tempat tu.. nanti balik kampung boleh singgah kat situ.. ;)

    ReplyDelete
  11. lya pon baru tahu tempat ni dari grup FB deko-deko rumah...
    insyallah.. klo ke melaka ni salah 1 tempat y wajib dilawati

    ReplyDelete
  12. wow..best ny...melaka pun dah ada rumah terbalik...

    ReplyDelete
  13. ala nk tgok pun mcm nk tonggeng kpla jer..
    mmg kretip sgt..




    ReplyDelete
  14. Menarik la.. Tp kalau bab kena beratur tu X menarik.. Mmg sy cabut dulu la... Hehe

    ReplyDelete
  15. La... saya tak tau pun melaka ada upside down gallery ni... sebelum pindah kl, sempat lg ni nak jenjalan...

    ReplyDelete
  16. menarik nih...agak2 kalau ajak en.azmi pergi dlm satu hari je mau ke dia tu? hehehe

    ReplyDelete
  17. Insya Allah nak pergi klu ada kesempatan....

    ReplyDelete
  18. sy tahu kt sabah je ada rumah terbalik.kt melaka pun ada ye..bestnya..nti klu ke melaka bolehlah masuk dlm listing..nmpk menarik sgt tempatnya

    ReplyDelete
  19. menarik
    tp kan kak saya dh oening tau tgk gambar terbalik ni..

    ReplyDelete
  20. Nampaknya tempat ni boleh masuk check list utk cuti2 malaysia tahun 2016... Eh, lambat lagi tu... huhuhu
    Menarik sangat AN... Pandai pulak si tukang ambil gambar dan model yang beraksi...

    ReplyDelete
  21. wah menariknya!
    tapi tak tahulah dapat pergi ke idak tempat ni
    payah sikit bila suami berhaluan kiri...hehe

    ReplyDelete
  22. First time dgr klu de masa lapang blh g usha2 pe yg best.....;-)

    ReplyDelete
  23. Dkat Sabah pun ada juga macam ni..

    ReplyDelete
  24. Selalu ke melaka, tapi x pernah pegi lagi Upside Down House nie...
    Jom Singgah Sini

    ReplyDelete
  25. ooo baru tau... gitu yerk... cam takde promosini...
    takperler tak ramai orang tahupun dah beratur panjang..
    bayangkan kalau orang dah taukan....

    ReplyDelete
  26. lama dah tak singgah melaka,, walhal bila tiap kali balik johor melalui melaka,, last bercuti di melaka pada tahun 2011,, mesti ada benda2 baru lagi selain rumah terbalik ni,, insha allah ada kelapangan boleh pergi sana,,tq kak sharing kat sini,,

    ReplyDelete
  27. saya orang melaka, tapi tak pernah sampai lagi tempat ni. nampak macam manarik. :)

    ReplyDelete
  28. salam. hee menarik upside downhouse nih ;p

    ReplyDelete
  29. Wahhhh.....menarik.....tak puas hati la tgk gambar je...dia mcm mana sebenarnya

    ReplyDelete
  30. Kami menyediakan penginapan berkonsepkan Apartment dan Hostel dengan harga yang berpatutan di Bandar Melaka dan Klebang, Melaka. Sesuai untuk rombongan dan pelajar sekolah. Lawati http://www.indahkembara.com

    Untuk penginapan homestay yang selesa dan sesuai untuk keluarga sila kunjungi http://www.homestaymelaka.com.my

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1