Ultraman dengan buku

Nampaknya berbaloi betul beli buku Thomas and Friends hari tu. Sampai hari ni, Naim masih lagi nak baca buku-buku ni. Maksud Naim nak baca ni korang tahulah, nak mama bacakan. Kan agak stress tu. Untuk korang yang memang rajin membaca pasti tak ada masalah ulang beribu kali pun kan? Saya ni, alahai pemaleh nau punya mak orang. Hari ni kira ok sikit sebab dah hari ke berapa. Kalau semalam dan hari sebelum ni,memang tak sempat buat apalah, disuruh baca dan baca lagi. Lagi dan lagi. 

Tadi Papa N belikan Naim ultraman yang baru. Yang ni sebenarnya ultraman dah kali ke berapa dibeli. Buat kali pertama saya tak marah Papa N belikan ultraman ni, biasanya saya bising juga. Apa taknya, kalau jumpa orang jual benda ultraman ni Naim nak beli. Padahal dia main tu kejap je, lepas tu dia rosakkan ataupun mungkin adik yang rosakkan. Tadi saya tak kata apa, sebab saya ingatkan kalau dah ada permainan baru ni, Naim akan lupa dengan buku Thomas and Friends tu.

Salah jangkaan saya rupanya. Masih lagi banyak kali juga, cuma kurang sikit dia minta saya bacakan buku ni. Layankan jelah, sian orang baru baik demam. Dah dua hari demam ni. Hari ni alhamdulillah dah ok macam biasa.

Bila saya usik dia, " Mama baca sekejap lagi la, Naim main dengan ultraman dulu ya? Tahu apa Naim jawap?

Ultraman tak hebat. Thomas lagi hebat.

Nampaknya kenalah ulang dialog yang sama. Tak payah tengok pun dah tahu kisahnya. Yang lagi panasnya, kalau saya baca selang-selang, Naim pula yang betulkan saya. Dia pun dah hafal isinya, saja nak minta mama bacakan!! Macam Naim baca komik Upin Ipi  dengan yakinnya, masa di Penang hari tu, sampaikan sepupunya yang enam tahun tanya sama ada Naim dah pandai membaca atau tidak. Dia hafal sebenarnya. Tapi kena setiap satu tu.

Comments

  1. bagus ni..
    mula2 kena la sabar sikit bacakan utk anak..
    lama2 dia dah pndai blh baca sdri..
    mcm time kak asya dulu..smpai kering tekak rsanya.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah kata Lya.. memang rasa kering tekak duk ulang baca buku Thomas ni.. ini kali pertama Naim minat sangat baca ulang2.. sebelum ni ada juga dia minta ulang2 baca, tapi taklah sebanyak bacaan buku Thomas ni. Sampai rasa alahai jemunya tengok kereta api ni.. elok pula bukunya, Naim jaga tak macam biasa, sehari dua dah ada kesan sana sini.

      Delete
  2. Sabar sabar.... tapi kalau tak sabar juga, dah kena start ajarkan dia membaca... bila dah pandai senang hati... hadiahkan satu lagi Otromen kalau dia lancar membaca

    ReplyDelete
  3. Jalan ceritanya yang menarik kot AN..

    ReplyDelete
  4. Ok le tu dia minat nak "baca". Tak ramai tau budak ada minat camtu Aisy. Lagi2 budak lelaki.

    ReplyDelete
  5. Hahaha, dah baca hingga hafal yer naim, kuat betul daya ingatan dia... Eh ke sebab dah beratus kali duk ulang, hihihi bykkan sabar yer mama... Boleh bawa dia beli buku lain pula tu...

    ReplyDelete
  6. Bagusnya dia minat nak bc... Sy ni agaknya kalau kena bc mesti lg mls. Hehe

    ReplyDelete
  7. eemmm..aryan pon bru beli ultaman gak kt giant..bising mulut nk..klu tak beli selamba badak dia nk jerit melalak kt situ...fuuh..

    ReplyDelete
  8. wah bagusnya naim..rajin membaca dn mudah mengingat.

    ReplyDelete
  9. hahah..siap dah hafal sebab selalu sangt mama bacakan..bagus jugak la..dia lebih minat buku dari mainan..walaupun kita yang kena bacakan tapi ni permulaan yang baik..

    ReplyDelete
  10. bagus tu..ada peningkatan tapi mamanya kenalah sabar sikit kan

    ReplyDelete
  11. Thomas masih di hati! Hihi sampai dia hafal la kena baca ye AN?

    ReplyDelete
  12. baguslah naim ada minat pada buku..mmg la ingatan budak ni cepat tangkap,.baca banyak kali dh boleh hafal keseluruhan jalan cerita..tp tulah mamanya kena rajin sikit..selagi benda yg baik2 dia minta apa salahnya layan..baca buku je kot..bukan buat sendiri buku cerita.hehe

    ReplyDelete
  13. bagus naim minat membaca...mama kenalah merajinkan dirikan,lama2 nanti mama pun hafal bila naim suruh baca,mama tak perlu tengok buku lagi terus je baca..haa kan hebat mesti naim kagum,mama boleh baca tanpa tengok buku..

    ReplyDelete
  14. Kalau anak bunda pulak masa kecik2 dulu...bila dibacakan buku cerita siap dengan gaya dan drama lagi..

    Kalau menangis kena lah buat nada menangis....kalau marah kena lah tinggikan suara sikit...kalau ada harimau kenalah mengaum macsm harimau ke atau kucing ke..

    Yang tak tahan tu kalau ada babak tembak menembak ke..berkuda ke atau melompat2 ke...kita kenalah ikut aksyen dalam babak tu jugak...sabo jerlah..

    ReplyDelete
  15. sgt bagus !!!
    alhamdulillah :)
    tak mudah nak attract anak dari mainan ke buku.
    bila dah gini, memang terbaik !!!

    ReplyDelete
  16. kalau saya membaca siap dengan gaya sekali
    tapi bila diorang suh buat lagi dah maleh..hehe
    ada masa saya bacakan jugalah, tapi kalau maleh, sori berlori =)
    wah ultraman tu kalau afif nampak, jealous dia!

    ReplyDelete
  17. Baguslah dia minat membaca cuma yang buat penat sebab dia belum boleh baca maybe. Nanti tahun depan bila dah mahir, mamanya takdalah penat. Anak-anak lelaki saya tak suka membaca, AN. Mereka suka mendengar cerita saja. Kalau suruh baca buku cerita, memang azablah nak sampai ke mukasurat terakhir. Sekarang ni tengah mengajar Adik tapi nampak gaya setiap kali buka buku, dia yang ajar saya membaca!

    ReplyDelete
  18. Lepas ni bila naim dh pandai baca buku boleh la relax sikit. Budak2 skrg suka membaca sambil bermain

    ReplyDelete
  19. Hihi....okje pun mls kalau nak layankan baca buku ni 'dasar sangat' ek hihi.....
    Tak laku otomen rupanya....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1