Tak semudah disangka

Memang saya dah agak kalau saya yang jaga kedua-dua Ahmad ni, saya yang 'masak'. Tapi Papa N dah beriya, seolah-olah mencabar saya bila dikatanya "takkanla anak sendiri pun takut nak jaga?"

Amboi.. bukan takut, tahu tak? Tapi budak-budak ni yang tak takut mama diorang ni. Terutamanya si Ahmad kecil ni. Alahai, sepanjang hari ni memang mencabar kesabaran mamanya.

Merengek dan bergayut di kaki mama tu dibuatnya pada awal pagi. Memang saya tak dapat nak buat apa masa tu. Sekali sekala rasa tak tahan, saya biar je si Ahmad kecil ni meraung sehingga selesai apa yang saya nak buat.  Kalau tak, mahu lapar kami bertiga tak sempat nak sediakan apa-apa makanan. Di saat Ahmad kecil ni betul-betul meraung, sempat saya ambil satu video dan segera saya kirimkan kepada bapaknya. Sebagai bukti anaknya buat hal.

Ditambah pula dengan MIL yang nak singgah lagi sekali hari ni. Mengenangkan rumah yang patut dikemas, saya mencari helah beberapa kali supaya kedua Ahmad ni beri saya ruang untuk menyapu, mengvakum dan mengemop. Mujur juga masa tu Naim berperanan baik sangat. Tahu dia nasihatkan adiknya yang mama kena kemas rumah sebab opah nak datang. Kelakar juga bila dengar Naim ulang balik ayat saya kepada adiknya, " Adik, Opah nak datang. Nanti Opah cakap rumah Naim selerak. Jadi, bagi mama kemas ya. Jom kita main kat atas, boleh?"

Maka macam lipas kudungla masa tu, kemas mainan diorang kat ruang tamu dan buat yang lain sampai kemas sikit ruang tamu dan dapur tu. Sebenarnya taklah kemas mana, tapi sekurang-kurangnya kalau saya sendiri jadi tetamu, taklah saya rasa terkejut masuk ke rumah macam tu. Haha, itu benchmark saya masa mengemas sampai berpeluh ketiak tadi. Baru kemas ruang tamu tu. Kalau satu rumah kena kemas, dengan dua Ahmad 'membantu', mau pitam jadinya mak kamu ni..

Sambung entry ni bila Opah dan Atuk diorang dah sampai. Tahu tak, pandai betul Si Ahmad kecil ni main-main bila ada Opahnya. Mamanya bersembang dengan Opah, dia sibuk cakap macam-macam, lepas tu tak ada dia nak berkepit dengan mama pun. Opahnya pun apa lagi, memujilah mulut Ahmad kecil yang tak diam ni. Jenis peramah kata Opahnya. Padahal, sejam sebelum Opah sampai tadi, saya je yang tahu keadaan dalam rumah macam mana. Tak reti nak pujuk dah Nazif ni. Setengah jam menangis tak berhenti tau. Sebelum kena strok atau jadi kes mendera anak,saya bawa budak berdua ni ke kedai, belika ais krim dan mainan murah, barulah elok mood Nazif ni. Adoi..

Meh selitkan sekeping dua gamba budak yang bikin panas hari ni. Memang tabik spring la dengan suri rumah sepenuh masa yang jaga sendiri anak-anak sepanjang hari. Tetiba saya terkenangkan sepupu saya yang dah ambil keputusan berhenti kerja demi menjaga sendiri ketiga-tiga anaknya. Keputusan yang cukup berani tu. Kot ada sesiapa yang teringat lagi kes sepupu saya ni, alhamdulillah luka tak payah dijahit kali kedua, namun parutnya agak tak lawa mengikut kata dia, sebab sembuh dengan sendiri selepas dibuang sedikit isi yang tak elok.

Itu sahajalah update hari ni. Rasanya kalau gini, memang tak banyak aktiviti berblog dapat saya lakukan sepanjang Disember ni. Semput akak wei..

Comments

  1. diorang nak uji tahap kesabaran mama diorang.. heheh ^__^

    ReplyDelete
  2. Biasa budak2 dengan mama dia camtu la AN..kalau orang jaga elok je dia kan.
    Saja Nazif nak manja2 ngan mama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. agaknya gitulah acik, masa Opahnya tanya tadi.. 'adik buat apa?" Tahu dia jawab apa?

      - " Adik ikut mama".... jawapan dia..mmg pun sepanjang hari bergantung je kat kaki mama dia..masa opah sampai je tetiba pandai berdikari..

      Delete
  3. hahahaha pandai betul kedua Ahmad ni yer...mesti orang tak percaya dorang buat hal dengan mama nya sebab elok sangat depan orang kan. hahahaha
    Haishh...itu lah aktiviti kami seharian, ni ok lagi bila Jelita kat Kita, cuba time dia cuti... huuuuuu mendayu I melolong sorang2 hahahaha tu yang mamanya ni jam 9mlm terus out. berlarian dalam umah sendiri seharian hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. entahla budak2 ni memang pandai betul kan.. itu yg saya memang rekod masa Nazif mengamuk tu.. tunjuk kat bapak dia.. bagi dia tahu perangai anak dia..

      Delete
    2. bijak tindakan u tu, sebagai bukti. and boleh tunjuk kat dorang jugak suruh tengok perangai sendiri macam mana hehehehe. tapi I bet dia tak selalu buat kan, tu yang once jadi, berhabisan dia. The ahmads are good boy :D

      Delete
  4. diorang nak adik pompuan tu... ada adik pompuan baru tau hilang kemanjaan diorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ini dua macam ni, kalau 3 kang entah macam mana?

      Delete
  5. same kes dgn kite...bila jaga dua2 org sorang diri sehari suntuk sy pon akan tak tentu arah..pastu sila hb naik antu gak..hahah..mcm ne la nk jadi surirumah tangga sepenuh masa kan..eemm..
    kite pon tabik spring pd suri rumah yg jaga anak 4,5 org ni..nak2 anak lelaki...huhuhu

    ReplyDelete
  6. itulah pengorbanan namanya AN..anak dan harta adalah ujian dariNYA..

    cantik je umh AN,kemas jer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. jangan terpedaya kak.. itu pastu yang bahagian kemas yang saya tunjuk, hasil berpeluh ketiak mengemas.. gambar yang selerak pasti takkan tayang kat sini punya..haha.. lepas ni, tahun depan la pula masuk gambar rumah sebagai background gini.. haha

      Delete
  7. Pandai berlakon ya si Nazif ni. Kalaulah Mamanya banyak komplen, memang Mamalah yang kena, dikata tak pandai jaga anak. Padahal anak-anak okey je depan orang. Saya faham benarlah keadaan AN ni sebab kita serupa -ada dua anak lelaki yang sedang membesar baya ni. Memang kena banyak bersabar. Kalau tidak mahu meletus-letus mulut macam bertih goreng, sambil buat kerja sambil membebel. Anak saya si kecil tu sekarang dah pandai komplen tau! Dikatakannya saya ni macam Kak Ghos (Ros) dalam Upin Ipin tu - asyik mayah (marah) jerk! Semua tak bleh, semua tak bleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. samalah, Naim pun ada kata mama ni macam kak ros , suka marah..

      Moga anak2 kita ni nanti jadi anak soleh dan bijak2 ya.. boleh kita nk menumpang bila dah tua nati

      Delete
  8. Alahai sayang auntie tengok awak duduk atas kereta mainan tu pun dah tahu tak payah mama describe betapa ligatnya awak hihi... Sebenarnya kan Aisy anak ligat dan tak nak berenggang ni biasa anak yg manja lebih. Apa lagi yg susu badan laaaagilah kalau boleh nak melekap kat dada sepanjang masa. Tapi bagusnya mereka besar kelak sentiasa ingat pada mamanya... tunggulah belasan tahun akan datang bila Aisy dah tua macam kakak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. duduk kat atas kereta mainan kan? Anak orang lain kemain sayang kereta, dia boleh duduk selamba je..

      Delete
  9. Haha.... baru okje dapat kaitkan komen awak dlm entri okje ni dengan entry awak ni...
    Dah namanya budak memang gitulah AN, sebenarnya ada mak lagilah depa mengada ngada manjanya betul tak.... OKje dah lupa dah macamana kes OKje dulu masa ank anak kecik. Tp masa tu OKje ada maid jadi kuranglah sikit tensionnya.... Pandailah pulak abang Naim memujuk adik dia....

    Lama ke tak mereka kat situ ? Nak kena masak jugak tu yek..... hihi.... sabau aje le....hihi

    ReplyDelete
  10. Dapat saya bayangkan..kalau seharian dgn anak2 mmglah sangat menguji kesabaran dn keimanan..

    ReplyDelete
  11. saya jaga anak sepenuh masa..memang pening..sebab tu kadang2 kena acah2 garang..hhehehhe..kalau tiidak bengkok dah saya nih..ahhaha

    ReplyDelete
  12. gitu le anak lelaki...
    meriah rumah...ni dh bear2 pun gaduh sana gaduh sini...berebut bola...

    ReplyDelete
  13. Salam...
    Anak2 tu saja nak tarik perhatian mamalah tu....Bukan selalu mama boleh jaga dorang sepenuh masa...

    Sabo jerlah...

    ReplyDelete
  14. hihi.ahmad kecil nk manja manja lettew
    alahai letih kan. hihi.

    ReplyDelete
  15. macam2 kerenah dua hero ni ye,saja la tu nak buli mama ni kan..
    ruamh ni kalau ada anak2 memang macam tongkang pecah lah,akak respek betul dekat orang yg ada anak kecik tp rumahnya kemas siap ada perhiasan lagi..tak dikacau pulak oleh anak2,kalau anak akak..hmmm jgn harap la nak ada perhiasan semua tu..ada yg dah pecah pun dikerjakan anak2..bertabah je la

    ReplyDelete
  16. mak saya yang ada pengalaman berpuluh tahun jaga anak orang
    selalu dok kata, budak ni depan mak bapak diorang aje suka buat perangai
    dekat belakang, elok aje
    anak-anak saya pun katanya kalau dengan mak saya, elok aje
    tiba saya ada, mulalah masing-masing buat mama diorang jadi rimau
    lagilah kalau ada orang datang, teruji betul kesabaran =)

    apapun, semoga successlah sepanjang disember ni ye =)
    saya pula besok cuti sampai ahad, mudahan eloklah perangai bebudak

    ReplyDelete
  17. boleh tahan juga dua ahmad ni buat perangai ye..biasalah tu dh namanya budak2.mama pulak lembut orangnya,klu sy anak buat perangai sebut je nama abahnya..takut depa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yang buat perangai Ahmad Nazif je... Naim alhamdulillah makin ok rasanya

      Delete
  18. Eh.. Ingatkan saya aje rasa susah nak handle anak2. Ye lah.. Full time housewife tapi rumah tunggang langgang. Tapi memang tak terkejar, kalau sibuk kemas rumah, anak plak xleh main, sibuk masak, xde masa.plak nak lyn anak. sometimes rasa saya ni ibu yg lousy sgt.. Mungkin semua ibu alami benda yg sama kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kot.. kita nak buat semua perkara dengan perfect mungkin payah juag, jadi asalkan anak2 tak mengamuk, cukup makan, cukup pakai, selamat dah kira bagus tu.. kan?? suami memahami ok sangat....

      Delete
  19. pandai abg naim pujuk adiknya..
    mmg salute la kat suri rumah..bekerja 24hrs sebenarnya kak..
    fasya y besar ni pon, sesekali dia buat peel sampai tahap nak nangis jugak ni. huhu..tp kita mmg kena sabarlah, sbb kita msa kecik pon mcm tu..ntah2 lagi teruk. mcm mama lya bgtau, lya masa kecil nakal terover drp fasya..tu pon dh mgeluh.. huhu

    ReplyDelete
  20. aida dr dulu kala tabik spring kpd suri rumah.
    kita yg keje ni sebeno nyer tak boleh lawan suri rumah...
    non stop!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1