WW : Contoh yang menjadi ikutan anak-anak

"Mama, Naim ada dua tangan je"

Dalam dua hari ni, Naim suka sebut macam tu. Masih lagi saya rasa lain macam bila dengar ayat ni keluar dari mulut Naim. Bila saya suruh sesuatu di saat Naim nak main atau ada benda yang dibuatnya, maka Naim pun keluarkan ayat macam tu. Baru tadi Naim ni guna ayat tu untuk minta saya angkat mainannya yang banyak. Grrrrr!!

Pagi ni baru saya terfikir yang Naim dah pandai sebut ayat tu sebab dia mencontohi papanya. Ha, abang tengok ni, anak dah mula ikut. Papa N ni, kalau diminta buat sesuatu di saat ada benda lain yang dibuatnya, itulah ayat popular yang disebutnya. Ha.. anak pun dah pandai sebut gitu!!

Comments

  1. Hahaha...
    So clever abg naim..
    Mmg anak2 akn ikut apa y slalu kita buat n katakan...mula2 tu mmg rsa geram jgk kan..tp lama kelamaan.. mcm kelakar pom ada.. y pasti ank kt bljar drp persekitarannya

    ReplyDelete
  2. Tak boleh komplenlah AN dah Papa N yang mengajarnya. Hahaha... Samalah dengan anak-anak di rumah ni. Bapaknya selalu cakap lagu haramkan, so bila HD on radio dalam kereta, dua-dua anak sibuk nak beritahu bapaknya 'lagu ha-gham' Guling-guling nangis pun tak guna, sendiri ajar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. grrr!!!! sebab tak boleh komplen kan...

      Delete
  3. xpe AN kita ajar yg elok2 jer..hehe

    ReplyDelete
  4. Selagi dia nak membantu takpe.. dan asalkan penggunaan bahasa yang baik2 untuk pendengaran anak2.. ;)

    ReplyDelete
  5. hahahahha..rasakan...bijak betul naim ni..nak marah tak boleh sebab ayah pun guna ayat tu..kan??lepas ni tak sebut dah gitu..heheh

    ReplyDelete
  6. Pandai naim ajuk ayat papanya..hehe..

    ReplyDelete
  7. Bapak borek anak rintik ek......Anak anak memang suka betul mengikut perbuatan kita sebenarnya. Yelah sapa lagi nak ditiru, kitalah idolanya ek...

    Bukan cakap org kadang kadang tu okje tgk anak sendiri, perangainya mirip dengan perangai kita..... Sapa nak dipersalahkan? Tentulah diri sendiri hihi... selalunya doa jer dlm moga dgn ujian anak anak tu, Allah gugurkan dosa dosa kita yg lepas... Eh? macam tak de kaitan jer.... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa. Pernah juga saya terfikir macam yg Okje kata ni.. kot zama kecil saya banyak dosa, itu yg diuji oleh Allah macam ni.. nak habuskan dosa saya.. minta2 apa yang diuji ni sesuatu yg memang kita mampu nak tanggungnya kan?

      Delete
  8. tu laa bahaye kan kalo salah cakap...anak dengar die ikut....mcm lieya laa dulu suke cakap "adoiii..mampus laa mcm nie"...dayyan ikuttttttt ckp mcm tu....takut dengar..sejak tu tak berani dah ckp bukan2....laju jek budak2 ni mengikutnye huhuhuhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya kan.. memang kena beringat sentiasa.. barulah tak rasa baling batu kena ke muka sendiri

      Delete
  9. pandai abg naim ni ye...itu la kan anak2 ni mudah mengikut apa yg kita ckp dan apa yg kita buat,kdg2 tu bukan apa kita tak sedar apa yg kita ckp tu

    ReplyDelete
  10. Hahaha, mama pun.... Naim sibuk main tu, jangan lah suruh buat benda lain....
    Pandai dia guna ayat papa at the right situation....
    Lagi sekali nak komen, "Naim memang bijak!".. (walau dah komen dalam entry sebelum ni).... hehehhe

    AN, papa perasan tak yg naim tiru dan guna ayat dia?

    ReplyDelete
  11. hehe pandai yae naim tu hikhik..

    ReplyDelete
  12. hehe pandai naim.like father like son..:)

    ReplyDelete
  13. hehe...budak memang gitulah
    dia ikut contoh terdekat sebagai role model
    tu yang bahaya kalau tak kena gaya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1