Allah menguji umat-Nya

Mak Cik AN ni tengah demam ya, kawan-kawan. Tapi di hari ketiga ni saya rasa gagah dah sikit. Tekak pun dah makin selesa, perut pun dah mula tunjuk tanda lapar bila bolrh dengar bunyi-bunyi lapar dari dalam tu. Dua hari sebelum ni, paksa diri telan sesuap dua roti sebelum makan ubat pun rasa seksa nak masuk.

Nazif dihantar ke taska, Naim je yang ada di rumah dengan saya. Itu pun Naim yang jaga diri sendiri sejak saya demam. Insaf. Allah bagi sakit untuk uji saya. Tak selamanya kita sihat. Tak semuanya berjalan lancar untuk saya. Sedih saya, rasanya orang yang menjadi mangsa banjir jauh lagi sedih dan banyak penderitaannya. Moga mangsa banjir kali ni banyak-banyak bersabar ya.. 

Comments

  1. alahai tak sihat ye...moga cepat sembuh ye aisy..
    itu la sedih pulak dengan perkhabaran kelantan teruk dilanda banjir,pusat operasi perangkaan kat kuala krai tu pun dah ditutup hari ini sebab banjir..moga banjir ini cepat surut dan semua negeri yg dilanda banjir akan pulih seperti biasa..

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh ye cikgu AN
    simpati juga kepada semua yang terlibat dengan banjir di pantai timur
    moga mereka tabah menghadapi ujian ni

    ReplyDelete
  3. Alahai, tak sihat rupanya! Semoga cepat sembuh ya, AN. Pelik juga kenapalah lama tak singgah. Ingatkan betullah nak mengundur diri daripada tersenarai sampai takut nak tinggal komen berbakul-bakul. Rupanya demam. Itulah tak boleh bersangka-sangka ni. Kena direct to the point je bertanya ^_^

    Harapnya cepat kebahlah demam tu tapi kalau tidak juga, kenalah pi jumpa doktor lagi ya. Jangan pi jumpa consultant yang ini, nanti lagi tak kebah demamnya!

    ReplyDelete
  4. betul2..kalau kita fikir macam awak fikir,InsyaAllah kita akan jadi hamba yang sentiasa bersyukur..

    ReplyDelete
  5. Alahai, jauhnya boleh berjangkit hingga ke AN.... semoga AN cepat sihat...
    Sedih tiap kali tgk gambar2 yg ada kat WA mahupun FB....

    ReplyDelete
  6. Akk demam? Sya pun tgh demam.. Ni rasa ok sikit, ambil kesempatan nak bw.. Sbb my hubby keje.. Kalau dia nampak ni mau kena leter.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Ooo demam rupanya Makcik Ann ni..
    Rajin2 mkn ubat ye.. moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. Semoga cpt sembuh , sakit ni penghapus dosa2 kecil kita , jangan lupa makan ubat , kg An banjir x?

    ReplyDelete
  9. alahai demam ke?moga cpt sembuh ya AN..

    ReplyDelete
  10. AN tak sihat rupanya..semoga cepat sembuh ye..sesekali diberi dugaan sakit ni mmg buat kita bersyukur selama ni kita sihat..

    ReplyDelete
  11. Semoga cepat sembuh akak.. skolah pun nk buka dh.. mangsa banjir lg banyak ujian dr kita. Insaf dan bersyukur nasib kita tak la seteruk mereka

    ReplyDelete
  12. betullah... setiap kali kita sakit kita kena pandang orang yg lebih sengsara lagi... mangsa banjir, mangsa perang di Syria... kita sebenarnya penuh dalam nikmat kan...

    semoga cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  13. dah sihat ke kak?
    semoga cepat sembuh ye.sklah pon dh nak buka x lama lagi

    ReplyDelete
  14. AN.....baru tau awak demam hari ni....sori tak datang menjenguk dan bertanya khabar...
    Seme dan batuk ke?...
    Syukurlah cuma 3 hari jer demamnya.....Tak pe lepas ni cover makan balik yeh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1