Romantik ke kedekut ni?

Hari ni MIL cheq buat rancangan ke Sunway Carnival Mall ye kawan-kawan. Abis, kenalah semuanya mengikut. Cheq ni tak minat mana masuk ke mall gini, sebab target kalau bercuti nak pergi ke tempat yang ada alam semula jadi. Eh, duk utara beberapa hari dah mula cakap utara ya?

Alang-alang dah masuk, cheq pun jalan-jalan la sorang diri, membawa diri katanya. Kesnya masa mula-mula masuk cheq melawak minta beg tangan baru, laki cheq kata "bukan datang nak shopping ni, nak habiskan masa sama-sama keluarga".

Mulanya merajuk gak, sambil saya jalan tu dah berniat nak beli juga beg tangan dengan duit sendiri. Amboi, merajuk macam pasangan baru kahwin gitu. Haha, padahal bukan apa sangat pun. Bila dah jalan-jalan seorang diri tu, saya mula rasa bosan. Tengok beg tangan pun rasa tak berapa menarik sampai nak beli.

Tak lama pun jalan sorang diri tu, lepas tu Papa N menelefon saya. Anak-anak dah selamat masuk ke tempat permainan, ada yang sudi menjaga budak-budak kat situ. Beriyalah kononnya Papa N ni nak ikut saya beli beg tangan katanya. Saya pun bagitahulah dah tak ada mood dah nak beli beg. Jalan-jalan sahajalah memandangkan orang tu dah mengikut.

Jalan -jalan, kami singgah makan ayam di Nando's. Nando's lagi ye? Tapi makan sikit je, ayam seketul, satu keping kek keju seperti yang saya makan hari tu dan air pun satu je berkongsi makan laki bini. Jangan nak bayangkan apa-apa, tak ada aksi romantik suap-suap, kes nak jimat ni. Nanti MIL dah merancang untuk makan tengah hari bersama-sama. Ini kiranya kami makan untuk alas perut sahaja.

Lepas makan, mood mula elok, maka kembalilah kami ke tempat beg tadi. Terbelilah satu beg murah je, cheq kesian nak suami cheq bayar mahal-mahal. Haha.. ke ini kes romantik? Entahla.. apa-apa sahajalah. Bolehla bawa ke sekolah, pakailah sampai lunyai.

Comments

  1. romantis pun ye..berjimat pun ye..tgh2 ekonomi melambung semuanya..ni elok sgt berjimat

    ReplyDelete
  2. Pelik cheq tau bila hang pa kata tak minat masuk mall.... Kalau cheq ok ja....sambil tengok alam semula jadi sambil tengok beg hihi.....

    Okje fahamnya ....dah lah time tuttt mmg le jiwa sensitif, lebih lagi tak dapat beli apa yg dihajati....mmg bini mithali sungguhlah walau duit ada dlm tangan, turut jugak kata laki... bagus....bagus....

    Apa lak kedekutnya kan dah dibelikan bag tu, belanja ayam lagi.....pandai jugak Papa N pujuk yer...hihj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak delah pandai sangat, dia malas tgk bininya masam je.. tapi kalau tal memasamkan diri, xdapatnyer..

      Delete
    2. Bagus idea tu AN....selalu selalulah masam kalau nak dpt beg baru apatah lagi kalau masam bila tgh berfamily day ngan kaum kerabat sebelah dia, mesti dia cepat pujuklah hihin...

      Delete
  3. Perut kenyang mood pun dah ok ye AN..acik pun gitu..tak kira mahal ke murah..janji baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul acik, asalkan baru.. dapat tukar tu rasa gembira

      Delete
  4. Tak murah mana lah kalau rm700 tu..saya plg mahal handbag rm20 untuk 2..sebab tu byk handbag saya..ajak beli harga rm20 tak pandang dia:)
    Romantiknya en azwan.. suami saya klu dia memang dah tak plan nk beli..mmg tak bl..merajuk macam mana pun..sedihkan!hentak2 kaki kat situ pn dia tak layan..hehe.klu dia kata ok,baru beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik...babap kan baru tahu?spekulasi ni tau..

      Beli yang rm10 utk 3 je.. yang longgok2 kat tepi pintu masuk tu je lah...

      Delete
  5. kita memang tka mintak lebih, tapi bila tengah hati nak.. jangan disekat. merajuk padahnya hahaha. ini kira romantik la ni... ;)

    ReplyDelete
  6. Serampang dua mata lah tu.... Itu yang dikatakan makan sepinggan, tidur sebantal :)
    Alahai, kesian pula.... tapi part yg best bila si dia pujuk.... kan kan kan? Mula mula jual mahal, tapi akhirnya beli jugak satu.... si dia pun macam dah tahu mcm mana nak pujuk isteri yg sedang merajuk.... both of you sgt suwit okey :)

    ReplyDelete
  7. merajuk manja la kalau gini ye??hheheh

    ReplyDelete
  8. phewittt.. tunjuk gamabr beg lagi sweet.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. setakat beg murah xpayah la tunjuk kat sini.

      Delete
  9. Aih, awat kita tak tau pun Sunway Carnival Mall ni kat mana? Ni citer utagha lagi ka? Cer cerita sikit beg murah tu lagu mana? Akak nak skodeng sikit... Nasib baiklah PapaN ni berjiwa romantik juga. Walaupun murah katanya (macam tak percaya je ni, ada komen kat atas kata beg RM700 tu....cikgu sekolah sama tu, kan... *_*) tetap dibelikan untuk isteri tersayang. Kalau HD ni, boleh jalanlah. Kalau nak beli, keluar duit sendiri. Kalau nak suruh beli juga, buat perangai dulu. Baru datang sayang! Hahaha....

    Saya pun kan kalau tengah makan angin niat nak jalan-jalan je, kalau dah berkenan beli juga walaupun kat KL ni lagi ohsem pilihannya. Balik kampung sepurnama sekali pun saya gi shopping barang dapur kat AeonBig bawa balik KL. Havoc tak? Pencinta soppinglah katakan.....

    Wah, takut ke kita muntah kaler-kaler sampaikan adegan romantik kat Nando's kena sensored nih???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kat Penang juga na...

      Haha..itulah pasal, risau ada orang muntah kaler2 tu yang tak nak cerita banyak2 pasal adegan romantik yang ada tu..

      Memang tabik spring ler kalau MD jenis gitu.. saya beli juga tapi tak g beli di supermarket, kalau balik kg ni, saya suka pegi pasar dan beli benda yang saya rasa payah nk jumpa di KL..

      Delete
  10. hehehe..sweetnya. Romantik la ni Aisy..^^

    ReplyDelete
  11. Nampak tak hati seorg isteri, dlm rajuk ada simpati, dalam simpati ada romantik.
    Lelaki/suami dalam menghalang ada kesian, dalam kesian terus memberi...

    ps: jadi isteri yg disayangi..

    ReplyDelete
  12. Itu bukan jimat tapi islamik (membazir makanan, saudara syaiton ye puan2). Kitorang pun kdg2 camtu Aisy, kalau jalan berdua. I plak jenis tak mkn byk, somi plak mmg diet. Mmg oder sepinggan kongsi berdua je la. Tapi kalau jln dgn anak2 mmg oder byk sbb gerenti habis.

    ReplyDelete
  13. mauu tak sentap kene tegur mcm tu yeak aisy heheeheh tapi mujur ade sesi memujuk tu heheheehehe.... die pun serba salah tu dah tercakap mcm tu heheeheh...anak2 ade org jaga tu die heret pi berdua jek...ade gak la unsur2 romantik di situuuu...auwwww!!

    seronok cikgu2 cuti sekolah ni jalan sakan...lieya gak dok tekial2 ni nak gi mane cuti ni heheheheeheh

    ReplyDelete
  14. hahaha...
    akhirnya dapat jugak sambar handbeg tu ye..

    ReplyDelete
  15. amboi kemain lagi dating dengan adengan merajuk2 takde mood makan minum berkongsi pastu alih2 terbeli jugak beg..yg kt atas tu semua intro ja..konon la kan..yg penting puas hati dpt beg baru..:)

    ReplyDelete
  16. merajuk kejap je kan.dpt makan,siap dpt beg lagi tu.murah ke mhal x kisah kak.asal blh pakai kan :)

    ReplyDelete
  17. phewiiit!!so sweet gitu AN..!!!tak nak ngaku kata kedekut la...hihi

    ReplyDelete
  18. haii..seronoknya merajuk2 dapat makan ayam dan handbag..

    ReplyDelete
  19. kalau tanya saya, kira romantiklah tu dapat spend masa berdua =)
    merajuk2 pun dapat banyak juga tu, dapat ayam, dapat beg! hehe

    ReplyDelete
  20. ppsstt: akak, tungku besi tu mmg sedap pakai. masa mula mula tu saya ada jga guna batu sungai yg mil bawakan tapi saya kureng suka sbb susah nak pegang. tungku best sbb sng dipegang, panasnya pon lama.
    masa bakar just buka api slow.biar dalam 20 minit gitu. kalau tungku besi mak saya yg 2 kilo tu..fuhhh. mmg sedap. nak nak kena time hujan.. layann :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts