Feeling anak empat

Saya memang kagum dengan kawan-kawan yang dalam usaha membesarkan keluarga. Maksud saya, rakan-rakan yang bercita-cita nak ada 5 orang anak atau lebih. Bukan satu tugas yang mudah tu nak jaga anak yang ramai, kan? Hari Sabtu hari tu, saya cubalah nak feeling feeling kalau ada empat orang anak. Kebetulan ada dua orang anak buah tidur di rumah saya, maka kami bawa kedua-duanya berjalan-jalan sama dengan kami. Masa dalam perjalanan pun dah beberapa kali tersenyum saya dengan gelagat 'anak-anak' bertiga kat belakang. Mirul @ Abang Long hari tu, yang pakai baju merah tu mulanya mengajak ke Toy's R Us, ada mainan yang nak dibeli katanya. Kami pujuk, katakan kepada Mirul yang selepas berjalan baru nak bawanya ke tempat impiannya.

Sampai ke ke depan kawasan Muzium TUDM tu, mulalah tunjukkan seronok masing-masing. Jarang sekali dapat tengok helikopter kat depan macam ni, buruk tu lain kira katanya si Mirul.

Masuk lagi kat ruang pameran tu, mulalah tunjuk minat masing-masing. Abang Long, mentang-mentang dia tinggi, seronok main-main dengan pistol besar ni..

Mujur satu ni je kapal terbang yang dibuka untuk pelancong masuk, tengoklah anak yang berempat orang ni macam mana. Kecoh betul. Berebut nak mengendalikan kapal terbang tu.

Yang ni pula pesawat yang ada di bahagian pameran luar. Walaupun hari tu panas terik dan padang basah, beriya diorang jelajah sampai ke hujung kerana tak nak lepaskan peluang tengok semua yang ada. Masa kat sini, Hani ( yang berbaju pink) komen pasal panas, Abang Long komen pasal buruk la,  dan Naim pula duk mengikut apa yang abang dan kakak sepupu dia kata ni. Mama dah mula berpeluh ketiak ya anak-anak. Ikut korang sambil mendukung adik bongsu pulak tu. 

Masa nak balik pun sempat lagi nak bergambar. Layankan sahajalah, bukan selalu.

Alang-alang dah tak jauh mana, dan masa pun awal lagi, kami singgah di Muzium Negara. Sebelum masuk, semua dijamu dengan makanan permintaan masing-masing. Yang bongsu pun masa ni kecoh nak makan sama-sama. Sebelum terlupa, masa nak mendapatkan tempat letak kereta di kawasan Muzium Negara ni kemain susahnya. Papa N pusing sana sini beberapa kali barulah akhirnya dapat parking. Masa tengah pusing-pusing tu, Mirul mengajar masing-masing membaca doa makan untuk mendapatkan tempat parking. Kecoh la masa tu. Kata Mirul, cikgunya bagitahu macam tu. Adoi.. macam-macam la bila dah ramai ni.


Kat luar muzium ada benda ni, maka masing-masing naklah mencuba. "Aunty, sini-sini, ambil gambar Hani"..

Yang kecil ni pula, asyik minta nak beli air. Itu yang dia tunjukkan duit seringgit tu..

Masa dah masuk muzium, Mirul dan Hani kemain teruja, Naim pula merajuk kat tepi. Kesnya, masa lalu kat depan tu ada dia nampak jualan macam-macam mainan, dia pun apa lagi, mulalah nak beli dan papanya kata beli selepas keluar dari Muzium, jadi dia mogokla tu..

Hai, macam-macam.. Empat orang-empat ragam nak kena layan. Tapi apa pun anak ramai ni seronok dan meriah. Kalau kawan lama saya Ida ada baca entry ni, 'Maje, i tumpang gembira u nak tambah anak lagi. Makin meriah la rumah u nanti". 

Kalau korang nak tahu pasal Muzium TUDM tu boleh baca entry MD ni ya..memang teliti penerangannya, sampai saya rasa teruja nak bawa anak ke sini juga. Yang Muzium Negara pun sama, baca sini ya, bapak budak @ Papa N pun teruja masuk muzium, rupanya tak pernah sampai ke sini.. haha, mujur ada bini yang bawa papa ke muzium ya..


Comments

  1. acik dulu2 rajin ke muzium ni AN..tapi sekarang ni malas sangat dengan jem jalan dari seremban nak ke KL..cuti sekolah ni hari2 jem..sungguh acik tak sanggup

    ReplyDelete
  2. Wah makin meriah la bila dah feeling2 anak 4... mmg banyak la ragamnya...

    ReplyDelete
  3. kalau dah besar sikit okei je kot..mase kecik2 ni yg fikir 2,3 kali nak tambah ahli hihihi

    ReplyDelete
  4. waah..berjln sakan AN.!amik peluang ct sekolah ya..so apa plan AN? jd ke tak nak tambah ank???hiiii...

    ReplyDelete
  5. Hai, dah feeling-feeling anak empat pulak! Dah dekatlah tu masanya untuk 'membesarkan keluarga'. Kalau dapat kembar, memang tercapai hasrat nak feeling-feeling anak empat tu, AN. Hahaha...

    Saya ni bawa dua tu pun dah banyak surrender. Kalau suruh bawa lebih memang saya kot yang terlebih merengek! Tapi masa sebelum kahwin dulu, semua anak-anak saudara rapat dengan saya sebab boleh minta apa jerk...

    Eh, Nazif tak menangis ke masuk pameran gelap gelita tu? Kan kena cuba dulu baru tahu reaksi anak-anak. Anak masing-masing tak sama, right? Saya pun dah kena pow bab mainan kat luar tu. Itulah sebab dapat 2 binokular yang sama dok melaram kat Taman Rama-Rama tempohari. Hancur berkecai sebaik sampai rumah. Hayat toys si Adik ni memanglah pendek dikerjakan si kecil nih....

    Psstt... Papa N tak mengeluh panas ke? Sayang kelenjar peluh merembes lebih masa ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membesar badan masa cuti ni itu pasti! Membesar keluarga belum lagi. Feeling je tak salah kan? Hihi.. jaga anak orang rasa best je..kalau anak sendiri pasti lain situasinya..

      nazif memang menangis masa dlm muzium negara tu. Itu yg xbanyak gambar kat situ.. dia nak dukung je..penat la juga, dgn papanya tak nak. Bab beli barang pulak, naim beli 1 je, mirul beli sampai 4 barang, risau pulak saya kot maknya marah.

      Haha.. tak ada pulak Papa N mengeluh hari tu. Orang baru pergi kali pertama, seronok katanya..

      Delete
  6. Salam Aisy..ehhh..dah lain blog ni.

    InshaAllah ada rezeki boleh tambah sampai 4 nanti,seronoknya jalan2,tengok2 anak2 seronok macam ni kita pun gembirakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat kot.. setakat ni xda plan nk 4 pun.. lg pun dua Ahmad tu keluar kot tingkap..

      Delete
  7. syok jugak eh feelin2 anak ramai nih
    bestnya jalan-jalan macam ni dapat banyak info untuk anak-anak comel ni kan :)

    ReplyDelete
  8. kite pon dah pernah pergi sini..almaklum ar, anak minat giler dengan aeroplane....
    Baik si abang or adik..dua2 teruja kalau nampak aeroplane..

    ReplyDelete
  9. makin ramai anak....makin meriah rumahtangga...cubalah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... cuba 3 dulu ya kak... tgk macam mana meriahnya

      Delete
  10. meriah sekeluarga jalan2... tapi bestnya tengok kapalterbang tu kan.. kalau lah ada sebijik kan best

    ReplyDelete
  11. Ok .Sy klu bab rmi anak, mmg ade ngeri sket. Hahahah! Bukan ngeri apa, ngeri penat tu. Nak2 masa kecik. Klu bsr2 mcm ni, mg sonok gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...setuju sangat dengan Fara.. kalau la boleh besar terus kan? Ini dua orang pun rasa tercekik sokmo masa makan, ai....

      Delete
  12. rmh knor pun ada seorang anak buah... ni.
    apa lgi mmd main tk berentilh..
    knor 4 ckup dua girl dua boy..
    tk larat dh..

    ReplyDelete
  13. Anak buah yg dua tu dah besar dah boleh dengar kata Aisy. Cuma adik N aje yg kena lebih perhatian. Tengoklah masa dlm heli tu dia mogok kenapalah tu menangis. Adalah yg tak kena tu:)

    Memang seronok anak ramai tapi kadang hajat tak kesampaian macam kakak ni. Dulu target kakak nak 4-5 tapi dapatnya 3 jadilah..

    ReplyDelete
  14. Anak2 saya pun suka betul masuk muzium..klau namanya muzium dan2 nak masuk..hahah

    ReplyDelete
  15. sy pun kagum org yg ada ramai anak..sbb sy tak mampu rasanya nak buat anak byk2.hehe..baru je tgok bubbly abang n adik cute kt muzium hari tu.skang ni dua ahmad dengan sepupunya pulak..tempat yg best untuk bawak anak2 kan AN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. PK kan muda lagi.. sempat lagi 2 atau 3 orang!!
      Terpengaruh dengan MD lah ni..

      Delete
  16. apa lagi kak, sempat lg kot nk 4... proses cepat2... hihii.. ;p

    sy mmg nk sgt ank ramai, dr ank dara lg target, minimum 4... maksimum setakat yg Tuhan bg,... hihii,...

    puncanya saya seronok tgk jiran dkt rumah arwah opah saya, bila cuti sek or raya, penuh kawasan rumah dgn kereta ank2.. so, saya pun berangan nk camgitu jugaklah bila tua2 nanti... muahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ina jelah teruskan ada anak ramai..
      Kami paling banyak pun 3 je.. feeling2 je lebih..

      Delete
  17. seronok kan tgk org beranak ramai ni.
    akak pulak sampai ke sana ye.hri tu MD.
    saya jga yg x sampai2 lagi.cik abe ada aak juga pergi to mcm x best je.kalau ada anak anak kecil best la kan..
    in shaa Allah nti dh blh la pergi bawa permata hati jenjalan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala berjalan masa cuti sekolah ni, nak gembirakan anak-anak.. kalau tak, banyak ke mall je.. mak yang seronok kalau macam tu

      Delete
  18. Ok laa tu..
    Blh jugak feeling ank ramai..
    Sama la mcm lya..sesekalu bwk.sekali.ank.sedara jln2.. dpt la jugak feeling ank ramai

    ReplyDelete
  19. Ohhhh ni pun entri terpengaruh jugak ni rasanya..... Jiran mak ni mmg pandai betul buat org terpengaruh ek...

    Eloklah jugak ke sini boleh tambah ilmu pengetahuan.... kalau okje bawak anak dara OKje sure dia tak minat ni... rasanya lebih sesuai bawak anak jantan ke sini kan AN... So kalau dah berangan angan nak anak 6, proseslah cepat cepat , so dah boleh beranak akhir tahun depan hihii

    ReplyDelete
  20. Mesti havoc habis dengan karenah 4 orang... Nazif pun tiba2 nampak dah besar sgt bila keluar dgn abang/kakak yg lebih besar....

    Dah dapat pengalaman handle anak 4 orang tu AN, jadi nak tambah berapa lagi adik utk Naim? hehehehe

    ReplyDelete
  21. hehe..happy tengok diorang gembira dan senyum je

    ReplyDelete
  22. saya ni suka keluarga besar
    ada juga berhasrat membesarkan keluarga, tapi macam saya kata sebelum ni
    suami saya berhaluan kiri, payah sikit tu
    saya okay aje bab tambah anak ni...hehe

    best aje nampak tempatnya tu, rasa macam nak pergi juga
    tapi sekali lagi payah sebab suami berhaluan kiri =)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1