Perkahwinan : Proses mematangkan diri

Hari ni saya berjumpa dengan seseorang, dan sebenarnya saya dah melihat perkara ni beberapa kali. Individu yang sama, banyak bezanya sebelum dan selepas orang tu berkahwin. Matang. Itulah perkataan yang saya cari. Proses perkahwinan mematangkan seseorang.. baru je kahwin beberapa bulan yang lalu, tapi memang berbeza karektornya. Alhamdulillah...

Bersyukur dan beruntunglah orang yang mengikut hukum dan syariat yang Allah tentukan..jadi, bagi yang dah cuku syarat dan belum kahwin lagi tu, cepatlah kahwin..

Ha Dik...nangis je kerjanya, mama bagi kahwin baru tahu !! Ops..tak cukup umur lagi!!

Comments

  1. Salah tu bagi kahwin...bagi adik baru betul.

    ReplyDelete
  2. Awalnya mama nak cari menantu utk nazif, hehehe
    Betul tu AN, kalau dah cukup syarat baik kawin terus... Pahala pun dpt byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak perubahan yg baik nampaknya tu yg patut hok cukup syarat tu kawin..kan

      Delete
  3. Itu yang kita idamkan perkahwinan merubah kita ke sesuatu yang lebih baik ;)

    ReplyDelete
  4. betul tu kak.. Bila kahwin byk yg berubah.. Mcm sya, sblm kawen mmg kebudak bukakan sangat. Tp dah kawen ni matang lah sikit.. Hehe

    ReplyDelete
  5. sgt betul.
    bila da kawin, kita masuk fasa lain.
    so mostly kita akan jadi semakin matang dari hari ke hari :)
    bila da beranak ~ hmmmm lagi la matang, sebab da ada yg lom matang nak kena jaga kan hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. dah ada anak kecil nk kena jaga, lagi bertambah matang kita ni.. memang berubah banyak la..

      Delete
  6. sokong statement ummi ain.haha..

    mmg perkahwinan mematangkan..hidup sendiri tanpa mak bapak baru berakai sikit..lgpun perkahwinan tu satu tanggungjawab..

    faktor umur juga antara punca kita bertambah matang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi2 korang.. suka je nak tambah adik ya.. insyaAllah kalau ada rezeki lagi..

      PK, ada sesetengah orang, walaupun dah berusia yang rasanya patut matang, tapi memang tak matang orangnya.. dan memang yang tu orang bujang..

      Delete
    2. mmg yg bujang ni tanggungjawab tak besar,fikir diri sendiri je..takde anak biniiiii suami nk jaga..tu yg tak berapa matang.pengalaman hidup tak byk lagi..dhg kawen baru tau

      Delete
  7. dpt pahala beribadat berganda2 bg yg dah kawin..melampau la AN ni ank sekecik tu nak dikawinkan!!!kalau disunatkan tu ya la...hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melawak je Cik Ta.. nak sunat pun belum layak tu.. kecil pagi..

      Delete
  8. Biasalah AN, anak2 kecil, dorang nak perhatian kita

    ReplyDelete
  9. dulu masa sekolah cikgu akak ada berkata...seseorang perempuan atau lelaki hanya dikira sbg matang lps kawen...selagi tak kawen...dianggap mcm 'budak2' hehe

    ReplyDelete
  10. ad jodoh kahwin la nina. . hehe... skrg xcukup ilmu la akak. kena banyak belajar :)
    cuti skolah boleh la luangkan masa dgn ahmad2 ni

    ReplyDelete
  11. Betul..lebih matang...berfikir lebih panjang...

    ReplyDelete
  12. Ramai org cakap, tunggu dah bersedia dulu baru boleh kahwin, kalau dah cukup umur, dah de kerja, tak payah le nak tunggu tu semua kawin ajelah, automatik jadik bersedia hihi.... Tap kalau mcm Nazef tu mama dah suh kawen, mmg melampau tau haha...

    ReplyDelete
  13. Eh, kebetulan pulak bab perkahwinan ni mematangkan seseorang sama je macam entri saya hari ni. Kita tak WA kan sebelum nak post entry baru. Hahaha....

    Betul tu, AN contohnya macam Kak Tonlah. Kalau dulu hodoh perangai sekarang ni alhamdulillah, beransur-ansur menuju kebaikan. Eh, terlebih puji diri sendiri pulak! Masalah ni memang belum selesai lagi ^_^

    Adik nangis Mama nak kahwinkan buat apa.... Adik nak kawan baru yek???? Abang Naim dah besar yek???? Hmmm, hmmm, AN silalah faham. Adik pun dah besar tu!

    Bab suruh anak kahwin ni saya pernah tease Abang. Bila dia buat hal saya cakap nak kahwinkan aje, habis cerita. Pandai dia jawab balik dia sekolah lagi, mana nak cari duit! Aduh, pitam Mommy bila anak menjawab balik nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pitam sambil gelak tu. Pandainya Abang guna ayat masa menjawab.. nak marah pun tak jadi..

      Nazif ni memang sejak dah tak menyusu ni memang hobi dia menangis.. risau juga saya.

      MD dah banyak berubah bagusla tu. Saya pun harap saya makin baik juga, orang2 sekeliling saya harapnya fikir gitu.

      Delete
  14. alhamdulillah..
    betul tu akak.. [erkahwinan juga dpt mebentuk diri kita mjadi seorg y sangat matang n bijak berfikir utk mbuat keputusan terbaik. selain tu dpt mendidik hati kita utk saling menerima pndapat & kekurangan psangan kita/

    ReplyDelete
  15. Fasa baru... mmg akan mematangkan seseorg di mana lebih banyak tanggungjawab, perkongsian, keluarga menjadi lbh besar, kena prihatin dan macam2 lagilah!

    ReplyDelete
  16. sepatutnya memang begitu,perkahwinan dapat mengubah kita ke arah yg lebih baik dan positif

    ReplyDelete
  17. pahala pon dapat
    tak pasal pasal adik pulak kena erk??

    ReplyDelete
  18. saya setuju tu
    tapi perkahwinan bukan mengajar tu aje, banyak benda sebenarnya
    itulah manisnya perkahwinan kalau kena baja nya

    awat pula anak nangis nak dikahwinkan cikgu AN
    bagi adik aje, confirm senyap...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1