Not yet end but mission accomplised

Tujuan nak merapatkan hubungan antara ahli keluarga yang ada. Masa cuti pasti tak sama, tinggal pun jauh-jauh antara satu sama lain.

Berjalan seharian, Atuk dah penat, jadi dapatkan perkhidmatan kerusi roda, cucu-cucu terutamanya berebut-rebut nak menolak Atuknya. Moga jadi ikutan buat kedua-dua Ahmad ni, anak mama yang mama sayang sangat ni, nanti mama dan papa dah tua bolehla bawa mama dan papa jalan-jalan macam ni. Kalau kena tolak, pun berlapangla dada ya anak-anak mama.. 

Bersama-sama menikmati pemandangan, tiada yang berkecuali..

Sesi paling seronok bila makan minum beramai-ramai. Semua benda terasa sedap dan bermakna. Inilah vending machine yang saya maksudkan dalam entry lepas. 

Sesuatu yang tak dapat dibeli atau ditempah.. kena mengalaminya baru la terhasil muka gembira seperti ini.
Baju hijau... tak nak letak apa-apa ayatla untuk gambar yang ni..

Comments

  1. salam kenal dan akak singgah sini..
    moment yg paling indah bila dapat pergi cuti bersama2 insan trsyg.....

    ReplyDelete
  2. Amboi, laju je Kak Ton terjah balik lepas approve komen! Okeylah, sesekali macam ni takpa letak gambar berdua-duaan. Kita faham gambar-gambar yang 'mengeratkan silaturrahim' macam ni. Hahaha....

    Tapi janganlah ikut style jiran saya nan satu tu. Hari-hari nak letak gambar kerlipan emas permatanya. Saya dari muntah kaler-kaler sampai takda kaler dah ni menahan perasaan. Eh, sebenarnya dia tak suruh tatap tapi saya tatap buat apa. Berdosa tengok suami orang! Hahaha...

    Okey, AN! Dah jauh tersasar komen nih ^_^

    Bestkan kumpul ramai-ramai macam ni. Bukan senang nak berkumpul. Kalau dapat, memang lenjan sampai lebam kaki! Naim dan Nazif tentu happy sangat dapat jalan-jalan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Okje tengok ni, orang ni muntah kaler katanya..

      Delete
  3. Kegembiraan dan kebahagiaan yg sudah tidak mampu diucap dengan kata-kata Aisy. Tapi terpancar dari setiap wajah yg ada...

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat kumpul dengan ipar duai cenggini kan AN.... Yg penting memasing sporting barulah best gi reramai.Kalau atok yg sponsor lagi best hihi....
    Pergh...tak tahanlah tengok jelingan orang pakai tudung hijau tu.....menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops.. menggoda ..mana ada, itu sebab baru nak belajar guna monopod..tak reti macam Okje yang terror berweefie

      Delete
    2. Eh, confusedlah! Tangan sebelah pegang lengan PapaN. Tangan mana yang pegang monopod tu? Kalau nak nampak lebih menggoda, kenalah belajar dari Mak awet muda tu. Dia bab-bab selfie ni juara bertahan!

      Delete
  5. bestnya cuti..hari ni baru abis jaga exam..i is jealous..huhu

    ReplyDelete
  6. I senyyyyyyum jer tengok gambar last... eh seua gambar la tapi yang last tu special :D:D tenang hati tengok uols happy happy gini :D

    ReplyDelete
  7. Seronok dapat luangkan masa bersama keluarga...
    Kadang2 bila adik2 duk update kat wassup gambar2 bawa mak jalan2, boleh nangis sorang2 tau kat sini... Rindunya ngan mereka semua.... Rindu nak luangkan masa bersama sama mereka...

    Saya nak tolong letak caption untuk gambar yang last tu pun tak pandai....
    Speechless tau... Sweet bedooh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sweet ke? Bimbang ada yang termuntah tgk gambar tu..

      Delete
  8. hihi..jarang dpt tgk pic akak n hubby..

    seronok jugak berjalan ramai2 mcm ni...
    merapatkan lg hubungan keke;uargaan..

    mudahan bila kita tua nanti, ditakdirkan kt berkerusi roda, moga ank2 kita tak serik nk jaga n tolak ke hulu hilir..

    ReplyDelete
  9. mmg best klu sesekali dpt kumpul camni.faham sangat perasaannya, yg mengaliminya je tahu..tak letak ayat apa2 pun takpe utk picca last tu sbb senyumannya manis sgt.haha

    ReplyDelete
  10. seronokkan dpt buat xtvt bersama..
    senyum tak perlu kata apa apa
    akak, saya harap harap la kan ,lps ni mommy MD akan terbuka pintu hatinya utk letak gbar beliau dlm salah satu entrynya buat tatapan kita kan.hihihi.

    ReplyDelete
  11. seronok sungguh hai dapat cuti ramai2 macam ni... seronok atok dapat cucu2 yg ringan tulang rajin nak menolak atok ye..bagus anak2 ni

    ReplyDelete
  12. gambar last sekali paling gorgeous lah cikgu! =)
    sweet sangat ye pasangan beranak dua ni
    tapi betullah, bila berkumpul reramai ni memang terasa keseronokkan dan kemeriahan
    lupa segala penat lelah berjalan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts