Chichi dan Chacha

Semenjak cuti ni, banyak juga rancangan kanak-kanak yang saya tonton sama ada secara sengaja atau tak sengaja. Antara yang tak sengajanya ialah rancangan Chichi dan Chacha ni. Entah macam mana Naim mengganggap saya suka rancangan ni, jadi kalau ada je keudara rancangan ni, cepat-cepat Naim akan paksa saya tonton rancangan ni. Cerita mama, katanya... Bila pula mama kamu suka cerita ni entahla. Tapi saya layankan je, bukan lama pun rancangan ni.

Tapi nampaknya bagus juga rancangan ni. Sesuai kalau nak ditonton oleh anak-anak dan ibu bapa. Konsep rancangan ni ala-ala High-5, yang rancangan luar negara tu. Ada lima orang pengacara yang ada sekali-sekala menyanyikan apa yang dibincangkan dalam rancangan tu. Isu yang dibincangkan pun sesuailah untuk usia kanak-kanak seperti isu pencemaran alam. Kalau Naim naik syok dengan lagu hari tu, maka mamanya pun dipaksa bergedik bersama-sama. Konsep rancangan pendidikan yang baik ni. Ada juga segmen kraf, diorang tunjukkan kraftangan mudah yang sesuailah anak-anak kecil lakukan. Mujur juga bab ni, Naim belum menunjukkan minat nak cuba, selamat saya.

Bagus, kan? Ada usaha daripada penerbit tempatan untuk menghasilkan rancangan pendidikan untuk kanak-kanak yang berfaedah dan menarik. Jadual tayangannya ialah pada pukul 10.30 pagi setiap hari Sabtu. Tapi setiap hari Isnin hingga Jumaat pun ada ulangannya..yang ni pada pukul 1.30 tengah hari, di saat mata mama mula nak tutup. Layan cerita ni sambil baring, kemudian lena terus.


Kata nak awet muda, kenalah banyak bersenam. Jadi, bersenam sikit kat dalam rumah sambil tonton cerita ni. Tak payah nak pakai baju khas, apa yang ada pun ok. Lupa bagitahu, di Astro Ceria ya, untuk kita ajer!

Comments

  1. Btl tu Bgs jugak rancangan ni ,, mcm high 5 tp ni versi Malaysia , adib n amni pun suka , ;)

    ReplyDelete
  2. Aloh..tak cekak nak layan dah citer ni..sampai umi pun boleh ingat lagu dia..huhu..

    ReplyDelete
  3. betul tu..bagus rancangan ni,yg high 5 tu pun bagus untuk tontonan anak2

    ReplyDelete
  4. a'ah aisy!!! rancangan peberet mia mija gak nie..... syok le dieorg cuti sekolah melayan rancangan tv...heheeheheh... bagus laa ade rancangan nie, kalo tak balik2 tgk katun memanjangggg....tapi lieya pun kdg2 layan same hahaahah katun budak2 skrang ni best2 plak kan aisy hahaahahah...tapi katun dayyan tak best laaa...balik2 tgk otomen...bosan gile kot haahahahahahaah

    ReplyDelete
  5. Alamak!. Betapa tertinggal keretapinya I bila bab2 tv program ni..
    Nt nk ckp dgn Qistina.. kot2 mengundang minat dia nk menonton.. (wakilkan mama tgk..sbb mama busy).

    ReplyDelete
  6. anak-anak mama pun suka sangat cerita ni.. joget2 kalau tengok..

    ReplyDelete
  7. Anak saya yang umur 2 tahun pun suka..kadang2 macam siri Hi5 pun ada..kan??

    ReplyDelete
  8. Pernah tertengok dulu tp ntah dah lupa best ke X.. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam Jumaat....
    bunda pun pernah tertengok promo kartun2 baharu macam ni kat tv....sekarang dah banyak rancangan kartun yang bermotivasi, ala2 Upin dan Ipin...seperti slot 'bananana'... bagus juga ditayangkan pada musim cuti sekolah begini.

    ReplyDelete
  10. Saya tak tahu maknanya memang anak-anak saya tak pernah menonton. Mereka kalau buka channel Astro ni, memang 616 je. Kartun memanjang. Sesekali adalah tengok abang tengok macam rancangan sains tu, apa ya namanya lupa pulak. Kalau hari Sabtu pukul 10 pagi ni sama ada kami dah menghalau diri dari rumah ataupun budak berdua ni tengah bergasak main air sementara tunggu Mommy siapkan breakfast, eh bukan brunch!

    ReplyDelete
  11. Dah katanya cikgu ye......Jadi mama pun la ala berilmiah gitu hihi, ini tidak main belasah jer ngajar anak tu okjelah tu.... Pernah perasan cerita ni masa kat Iklan TV tapi tak delah layan, tak de anak kecik dah...hihi

    ReplyDelete
  12. hihi.best kan layan
    tapi saya tak tgk chicci n cacha
    saya tgk tv3
    citer barbie
    seronok pulak layan.hihi
    mcm mcm ada ;)

    ReplyDelete
  13. Bdk2 ni kayan jgk tp lagu x brp sedap la. Haha... Mak plk yg ober.

    ReplyDelete
  14. Baru tahu ada rancangan tv chichi dan chacha.... Bagus juga dari duk layan upin ipin jer, sesakali layan rancangan yv ilimiah :)

    ReplyDelete
  15. citer febret fasya jugak ni..
    buka je tv asyik tanya bila chi cha2..
    satu lg y asya suka y bahagian segmen craft/art tu..

    ReplyDelete
  16. hee.. hanya tau tajuk je.. belum pernah layan lagi.

    ReplyDelete
  17. Anak2 LM pun kalau ada cerita ni kemain marah kita tukar cerita lain

    ReplyDelete
  18. aiman semua cerita kt ceria tu dia hafal..sy ada juga terlayan cerita ni sekali sekala..mmg bagus juga kan..ada nyanyi2 berkenaan tajuk hari tersebut..masa sy tgok tu pasal cita2 kot..

    ReplyDelete
  19. anak-anak saya pun suka dok tengok cite tu
    siap ikut menyanyi lagi. memang macam hi-5
    lepas tu ada satu channel zoo moo 619
    saya baru tahu channel tu, tapi afif dan aisy suka
    sebab cite kartun binatang

    ReplyDelete
  20. Baru tau kartun ni akak.. dh jarang tgk kartun. Kalau barbie ada la tgk cd. Huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?