Sepetang di Setia City Mall

Balik dari Stadium Shah Alam haritu, satu badan saya rasa sakit. Nak dukung budak 8kg ni pun terasa berat sangat jadinya. Lenguh kaki pastinya. Hihi..dah lama tak bersenam rasanya, itu yang rasa tegang je urat kaki tengah hari tu. Sesuailah nampaknya saya sertai perarakan sebegitu di usia 33 tahun ni.. Dah masuk 50an nanti tak daya rasanya..

Dalam perjalanan balik lagi saya dah bercita-cita nak tidur siang. Mujur juga setelah dipujuk Nazif pun akhirnya tidur siang, maka saya pun tumpang lena bersama dengan Nazif, hampir dua jam.  Hilang lenguh kaki ini akhirnya.

Petangnya pula, sempat lagi keluarga kecil kami ni keluar. Papa N beriya kejutkan saya, katanya kesian tak bawa anak-anak berjalan di hari cuti. Naim dah beberapa kali mengajak. Saya pun gagahkanlah diri bersiap untuk keluar. Betul, anak pun kena diutamakan, sian diorang kalau tak ada apa-apa aktiviti.

Jadi, sesampai di Setia City Mall, memang kami tuju ke kawasan padang. Bagi Naim dan Nazif main puas-puas. Kebetulan cuaca pada hari tersebut memang sesuai, tak panas dan tak pula hujan. Dapatlah dua beradik ni main dengan seronok.


Paling teruja petang tu bila kami duduk di padang. Meriah betul dengan belon-belon sabun yang ramai pengunjung lain sedang main.
Korang nampak tak belon besar tu? Yang dewasa kebanyakannya main benda ni. Guna kayu dan tali panjang. Angin kawasan ni, memang sesuailah untuk aktiviti macam ni.
Menjerit-jerit Naim bila tengok belon yang banyak di sekeliling. Sedangkan dia main dengan pistol belon sabun yang kecil je. Tapi, sebab dia tak minta, jadi kami taklah belikan untuk dia, set belon yang besar tu. Haha.. itu pun Naim dan Nazif dah cukup seronok..
Lama juga kami duduk di kawasan padang ni sebelum masuk semula ke kompleks membeli belahnya. Memang sengaja bawa diorang ke sini untuk main-main sahaja pun niatnya. 

Sebelum balik, kami singgah makan malam di Kluang Station, bijak tak? Memang niat bila balik dah nak rehat je. Budak dua beradik ni biasalah, mana nak makan dengan sopan di meja. Dibuatnya macam di rumah dia, duduk kat tepi tu, angkut ayam seketul sorang, makan... 
Naim pula puas hati betul dapat makan telur separuh masak dengan roti bakar. Bab makan telur separuh masak ni, memang dua beradik ni pandai betul, saya kagum betul. Mama tak makan langsung, diorang yang kecil ni selamba je telan telur ni...Apa pun alhamdulillah anak-anak gembira petang tu.

Mamanya pula, dah alang-alang terpergi ke tempat macam tu, masa nak balik tu, saya singgah sekejap ke salah sebuah butik. Menjamu mata je, tak beli apa pun. Haha..itu pun bolehla, dapat masuk pun lega..

Comments

  1. budak dapat bebas..suka la dia.
    boleh lari2 sepuas hati..
    sukanya kalau boleh baring2 kat padang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..masa kami pergi tu ada juga budak2 yg baring kat padang...seronok tgk

      Delete
  2. tak pernah sampai lagi kat setia city mall ni...kemain lawo bila ader bubble bebanyak tu...sedap nengok naim makan telo separuh masak tu..fav anak saya juga nih..

    ReplyDelete
  3. akak tak pernah sampai ke setia mall ini..walaupun dok klang je... teringin sangat nak pergi nnt..

    ReplyDelete
  4. betul2 aisy....lieya pun setuju....ape2 hal aktiviti anak2 kite dahulukan ...kalo dok umah jek sian tgk....at least bawak belari kat padang permainan pun dah nampak dieorg hepi.....wahhhhh tu giant ballon tu...pemes skrang bendealah tu....lieya tak penah le main...tgk jek org main hahahaahah tangan ni tak reti kang lain jadinye kang ......

    amboi pandai masing2 makan telor....tapi budak2 ni mmg suke makan telor kan...lagi2 kalo telo ngan kicap...licin jek bedal .....anak2 lieya pun same hah...stok telo tu mmg kene ade dlm esbok jek .....tapi lieya suke gak sbb tu lauk paling senang nak masak kakakaakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam tu kan.. kita senang masak ... jenis yg memilih je oayah.. mujur telur ni kegemaran ramai

      Delete
  5. as-salam
    wah syoknya. sy tak pernah terlepas ke sana lg ni. mcm best je tgk suasana padang tu.

    sy pon tak makan telur separuh masak. tak leh nak telan la. hihi

    dpt window shopping pon jd kan kak. cuci cuci mata :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.. benda yg lembik lembik ni ai... kalau tak terpaksa mmg tak telan

      Delete
  6. Salam kenal, AN... Best bawak anak2 berjalan di hari cuti...
    Hehe, biasalah pempuan... wajib tengok2 je walau x beli pun... jamu mata ;)

    ReplyDelete
  7. X pnh pegi Setia City Mall. Balik-balik, Sunway Pyramid. Dah tu je yg plg dekat. Hahahaha! Comel tgk 2 beradik ni.

    ReplyDelete
  8. Besar dah si bongsu..^_^..
    Terapy mata ke Aisy hehehe..sama lah tu..sllu masuk jamu mata..keluar..satu pn x da beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah setahun setengah ni si bongsu... haha si bongsu ya..

      terapi mata selalu.. kalau terbeli kan jadi terapi purse pulak..

      Delete
  9. Teringin nak ke Setia City Mall ni. Katanya ada air pancut warna-warni pukul 7 petang, ya ke? Oh, ada kawasan lapang untuk bermain ya... Mak-mak biasalah kalau namanya shopping mall tu, apalagi yang boleh buat untuk menggembirakan hati...shoppinglah...eh tak... window shopping aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Saya tak perasan pula ada air pancut warna warni.. haha.. kami bertolak keluar sblm pukul 7...mana nak tgk.. kalau tahu awal kami tgu je kul 7

      Delete
  10. Seronok main big baloon tu. Ari tu sekolah Cik Bieha ada bt xtvt main big baloon tu. Lama sy tak ber blog. Alhamdulillah hari ni ada kelapangan. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... kena update byk2 ni.. dah lama tak menulia..ramai yg rindu

      Delete
  11. best jugak kat sini ye,dpt tgk org main belon macam tu...anak2 mmg suka la, akak tak penah sampai lg kat setia city mall nih

    ReplyDelete
  12. sekali sekala memang patut ada aktiviti kat luar,asyik dok perap kat umah bosan juga dorang ni :) haa mak bapak pon boleh tumpang sekaki hehe :D

    salam kenal..follow sini..

    ReplyDelete
  13. Mlm tadi dah dtg tp tak sempat komen...
    Betul tu....walau penat macamana pun gagahkan jugaklah badan tu demi anak anak kan AN....
    Pernah gi sini sekali jer...perssan gak padang ni masa duk makan kat Foodcourt tu....
    Malam tu sure bebudak lenakan AN kepenatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga Okje.. mama yg tido dulu.. anak2 dah tido siang makanya lambatla..

      Delete
  14. seronoknya tgk anak2 happy..bakpo tak main belon bsr tu mama naim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat.. kalau beli mama dan papa pun nak juga main.. haha

      Delete
  15. buat aktiviti simple camni pun asal anak2 happy.masa bersama anak2 tu yg penting.good boy naim tak mintak belon besar..si nazif tu kejor belon abg tiuplah ye?

    seronok tgok naim nazif..pndai makan telur separuh msk.budak2 mmg suka telur.. kt rumah ni stok telur habis sepapan, beli sepapan..si chubby peminat telur..nasik +telur+kicap jalan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..nazif ingat belon abang tu benda yg boleh dipegang kot..seronok dia kejarnya

      Delete
  16. singgah malam.
    esok cuti kan. selamat beristirehat :-)

    ReplyDelete
  17. Ada juga beberapa kawan update kat FB gambar main belon tu… mesti seronok main belon buih :)
    Betul tu AN… sekali sekala bawa budak2 berjalan tgk dunia luar… bagus utk perkembangan mereka secara tak langsung…
    AN tak makan telur masak separuh ke? boleh geng dgn hubby saya…. Saya mmg suka sgt dgn telur masak separuh.. letak kicap sikit, nikmatnya bila hirup tu... tiga2 anak masuk geng saya…. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. terbalik pulak ye...sini saya yg tak makan

      Delete
  18. Assalamualaikum Aisy... lama tak "bercakap2" ngan adik blogger I yg sorang ni..
    I busy!!!. :'(

    *Baru 33?. Muda sgt tu nak dibanding ngan I ni.
    *Nampak best la tempat ni... menghijau. I loikeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, orang lama bercuti di oversea balik ni taknak jenguk kawan pun.....

      muda ke? Taklah dah tua la tu.. banyak dah yg dialami rasanya ...

      Delete
  19. Dah besar kedua ni, macam lama sangat jer I rasa. oh suka telur separuh masak yer, budak2 kalau dari kecik dah biasa makan, depa jadi suka la kan. Saya pun tak suka telur macam ni hehehe, sebab tak biasa la kot.

    ReplyDelete
  20. seronok dorang dapat keluar..lagi2 ada aktiviti mcm ni..budak2 seronok sgt..

    ReplyDelete
  21. setiap kali balik kampung, mama akan singgah sini, sekarang tak tahu bila nak balik lagi sebab anak dah sekolah.... payah sikit, terbatas...

    ReplyDelete
  22. Oh wow it seems like a fun outing session ^^
    Glad you had a good time

    ReplyDelete
  23. xpernah shopping sini lg.. nampak best tempatnya. kalau ada padang ni boleh buat photoshoot. hehe. org kata terapi mata tu walaupun xbeli apa. slmt berhujung minggu akak

    ReplyDelete
  24. seronoknya ank2 lepas bebas bermain mcm tu...belon buih tu...akak pun kdg2 join jugak bila anak2 main hehe

    ReplyDelete
  25. Lega dapat berehat kat tempat macam ni kan kak.. especially budak2 la yg paling happy :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?