Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor 1435H

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul untuk semua.. Kembali bekerja ya kita, hari ni. Ada yang masih bercuti hari ni, jelesnya saya..Cuti panjang tu Acik Erna. Hari ni saya pula berada di sekolah dari 7.30 pagi ke 7 petang nanti.. Dah mula aktiviti kokurikulum memang macam ginilah nampaknya..

Nak ceritakan kisah semalam. Buat kali pertama saya sertai rombongan sekolah kami ke sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor. Alhamdulillah, tahun keempat di Selangor ni, semalam dapatlah juga menyertai sambutan ni.
Kontingen sekolah kami, semua jejaka kacak. Gigih para peserta ni, keluar awal dan bersolat subuh di sekolah, dibawa dengan bas dan  berada di Stadium Mini Malawati sejak pukul 7.10 pagi.

Masa berkumpul di Stadium Mini pun dah terasa cukup meriah. Saya yang kali pertama sertai sambutan macam ni, kagum betul dengan pakaian dan perhiasan kontingen lain. Lagi-lagi kontingen jabatan kerajaan, memang kelihatan meriah dan seragam pakaian diorang..
Suasana di Stadium Mini semasa semua kontingen sedang diadili dari segi pakaian. Suasana gelap lagi masa tu.


Gambar yang sempat diambil semasa perarakan Maulidur Rasul kali ni. Anak-anak murid dari sekolah seluruh Selangor kelihatan sungguh bersemangat walaupun jauh juga jaraknya. Laungan selawat nabi berkumandang sepanjang perjalanan, terasa syahdu sangat.

Lenguh juga kaki saya, berjalan dari Stadium Mini Ke Stadium Malawati Shah Alam. Dah la kain yang saya pakai semalam tu agak kecil bukaannya, terpaksa melangkah dengan sopan. Lain kali dah tahu tak boleh pakai kain macam ni kalau nak sertai lagi perarakan ni. Dah la pakai wedges, tengah berjalan tu tiba-tiba tergelincir...aii malu..

Alhamdulillah, ramai yang turut memeriahkan sambutan kali ni. Penuh Stadium Shah Alam semalam. Dari jauh dapat dilihat para peserta perarakan dan kakitangan bertugas yang berpakaian warna warni yang menggambarkan kegigihah dan perpaduan...Sebagaimana tema sambutan kali ni "Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

Comments

  1. sekarang takde dah mama dapat join macam ni, masa kat sekolah dulu meriah kot sambutannya..

    ReplyDelete
  2. wahh..Tahniah ! Berpeluang juga join majlis tu. tapi kita hmmm hehe

    ReplyDelete
  3. bestnyer dapat sertai..pengalaman tu... moga tahun depan kalau sertai lg pakai kasut sesuai ye ..nnt kalau terpelecok lagi..naya..

    salam maulidur rasul..

    ReplyDelete
  4. seronok kalu dapat sertai program macam ni, akak skrg ni duduk kat rumah je la

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt join..cantik gmbr no 2 tu

    ReplyDelete
  6. Takpa, AN. Pengalaman pertama menyertai perarakan Maulidur Rasul ya :) So next time jangan pakai kain ketat mahupun wedges atau tumit tinggi. Mahu nangis2 nanti. Bila terpelecok orang perasan tu, buat ajelah muka macam kita aje sorang dalam dunia yang luas ni.... hehehe.... Saya dah biasa terpelecok ni, dah tak heran pun! :)

    ReplyDelete
  7. pengalaman pertama yg best smp terpelecok jadinya.hehe.bagus sebenarnya klu setiap tahun dpt ikut perarakan camni..masa kita sekolah dulu2 meriah sambutannya, siap ada pertandingan haazan,nasyid,bacaan al-quran kan..sekolah skang tak pasti ada buat ke tak..klu ada pun peringkat negeri cmni la

    ReplyDelete
  8. saya last masa zaman sekolah
    pengalaman kan. lain kali jgn pakai wedges dah. pakai kasut flat je.
    meriahkan. saya tgk kat rumah je hari tu. tv1 live dr putrajaya

    ReplyDelete
  9. Dah katanya cikgu haruslah bergaya...hehe takkan nk pakai kadut flat pulak...tak vouge lew!....
    Okje kat rumah jer...tgk agong bagi hadiah kat tokoh Maulidurrasul hehe...

    ReplyDelete
  10. seronoknya, saya dah lupa last sy join perarakan bila..tp mmg best..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?