Spa tawar rawatan muka guna najis burung


Macam macam cara orang nak cantik sekarang.

SEORANG pelanggan sedang mendapatkan rawatan kecantikan muka menggunakan sejenis krim rawatan berasaskan najis burung bulbul kelmarin.- AP


NEW YORK - Sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa mewah di sini menawarkan khidmat rawatan kecantikan muka menggunakan najis burung pada harga AS$180 (RM586).

Pemilik spa Shizuka New York itu, Shizuka Bernstein berkata, pusat kecantikannya menawarkan khidmat rawatan tradisional Jepun dengan menggunakan najis burung bulbul bersama dedak beras yang diimport khas.

Setiap bulan seramai 100 wanita dan lelaki datang ke salon kecantikan kulit Shizuka New York itu untuk mendapatkan rawatan. Salon itu terletak berdekatan Fifth Avenue Manhattan.

"Kesemua pelanggan datang ke situ untuk mendapatkan rawatan sebagai cara untuk memastikan kulit muka menjadi lembut dan licin," katanya yang telah menawarkan rawatan itu sejak lima tahun lalu.

Tambahnya, sejenis enzim di dalam tahi burung itu juga dipercayai mampu melakukan proses pengelupasan secara perlahan-lahan bagi mencantikkan kulit muka.

Ujarnya lagi, najis burung bulbul sahaja digunakan di spanya kerana spesies burung tersebut hanya memakan bijirin yang menghasilkan enzim semula jadi sebagai bahan aktifnya.



Hakcipta terpelihara 

Comments

  1. makin lama makin pelik perangai manusia hehe..

    ReplyDelete
  2. ish2.. macam2 betul cara org sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. Tak pelah tak cantik pun....hehe syukur dgn apa yg ada...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?