Ayam penyet home made

Tengah hari ni kami makan nasi dengan ayam penyet dimasak sendiri oleh chef dari Medan, Indonesia.. Dapatlah saya belajar sikit cara nak membuatnya. Ini yang nak dikongsikan ni.

Bahan perapan ayam

bawang putih
bawang merah
halia
serai
masako( kiub pati daging)
kunyit hidup

sambal 

bawang besar
bawang putih
cili padi merah
cili merah
Tomato
Ikan bilis
belacan
gula melaka/ gula kabung
cuka
Garam
bahan perasa

Cara memasak:

1. Mula-mula kisar semua bahan kisar sehingga lumat dan perapkan ayam.

Sementara menunggu ayam sedang sebati dengan bahan perapannya, kita boleh sediakan sambal dahulu.

2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing.

3. Gorengkan bawang, cili padi, cili merah dan tomato sehingga masak.

4. Tambahkan belacan bakar ke dalam kuali. Goreng lagi untuk beberapa minit kemudian tutupkan api.

5. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi, termasuk ikan bilis dan juga minyak menggoreng tersebut ke dalam blender dan kisarkan semua bahan tersebut dengan ditambah juga kiub pati daging dan cuka, kisar separuh hancur.

6. Hasilnya macam inilah. Masukkan ke dalam pinggan dan perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
 
7. Dah siap sambalnya ni maka bolehla kita goreng ayam penyet. Wangi bau ayam ni ..

Sepatutnya ayam ni bersaiz besar dan diketuk untuk memenuhi nama penyetnya, tapi, sebab makan kat rumah je, ayam tadi siap potong kecil dan tak diketuk.. Sedap juga jadinya..



Comments

  1. Terliur pulak malam2 buta tengok pic2 ni Aisy.... jap lg nak menyelongkar dapur la I jawabnya cari apa2 yg boleh dimakan.

    Sapa pulak la Chef dari Medan tu?. Bibik baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...bukan bibik baru.. Bekas pembantu lama, dia datang untuk tlg majlis tahlil arwah opah, dulu2 dia penah jaga arwah...

      Delete
  2. nampak sedap pulak ayam penyet ni,paling tak tahan akak tengok sambal tu mcm best jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun kak, sambal ni sedap.. Ayam tak habis tapi sambal licin...

      Delete
  3. pandai masak ;)
    nak makan ayam penyet gi kedai je.huhu

    ReplyDelete
  4. Okje suka jugak ayam penyet ni....sambal dia pedas tp sedapkan!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1