Ni yang jadi malu.....

"Ini yang jadi malu, asyik makan tidur aje ni".

Itulah kata-kata yang saya suarakan tadi masa bersarapan bersama-sama dengan keluarga mentua. MIL asyik suruh tambah. Saya pun apa lagi, walaupun mulanya agak malu, dah habis sepinggan nasi goreng, sambil senyum senyum, pelan- pelan bangun ambil sekeping roti canai pula. Masa nak ambil roti canai tulah saya lontarkan kata-kata ala-ala malu-malu kucing tu..

Haha... Bila lagi ye? Kalau di rumah sendiri, masa makan pun macam lari dari polis selalunya. Sambil gendong anak, sambil itulah suap makanan. Dengan orang tu entah bila nak berangkat balik, baik saya enjoy dulu, kan? MIL tanya bila nak balik, dia boleh buat tak tahu je.. Saya pun apa lagi, senyum je buat-buay mimik muka seolah olah nak bagitahu, "saya ikut bos".

Mujurlah juga suami saya mintak separuh roti canai tu, tidaklah nampak bininya ni makan banyak sangat.

Comments

  1. Memang pun, kita menantu mmg ada perasaan mcm tu. Satu sifat yg positif sebenarnya... Kalau dah takde perasaan malu langsung asyik "makan tido2" tu yg "kes berat" dah tu.

    ReplyDelete
  2. menantu yg baik macam tu la..hehehe
    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. salam syawal aisy...

    sama je mcm akak masa kat umah mentua hari tu,asyik dok bersila makan je..keje apapun akak tak buat

    ReplyDelete
  4. haha akak kuat makan macam sy jugak habis ja sepinggan nasi mesti ada nak makan lagi hehe..

    salam aidilfitri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...biasanya akak ni segan nak makan kat umh org..dah kawin empat tahun pun biasanya malu malu nk makan.. Jenis takleh telan, kalau makan berebut ramai orang...kes makan banyak ni jarang je..

      Delete
  5. bukan selalu...sy sendiri boleh kira berapa kali makan kat rumah mentua..maklumle rumah dekat, kg sebelah je..sblm balik rumah mentua makan kenyang2 kat rumah sendiri...hihi

    ReplyDelete
  6. buat2 tak malu boleh... akakni jenis muka tak malu kalau bab makanni...
    akak kalau kat kampung akakler buat2 tak tak tanya bila nak balik... ha.. ha... boleh...

    ReplyDelete
  7. heehe... ada peluang buat muka tembok je AN.... tambah....hehe
    Kalau kat rumah berebut ngan anak....kat rumah MIL apa lagi! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts