Tetamu mengejut: Ku tak ada sushi

Terkejut juga tadi bila sampai ke rumah lepas habis sekolah, saya dikhabarkan bahawa biras saya nak singgah dengan tetamunya dari Jepun.. Tak terkejut ko... Tetiba je kan? Mujur juga MIL yang sampai tengah hari tadi dah masak siap-siap. Tidakla saya kena sinsing lengan untuk tunjukkan bakat memasak yang ada. Mujur-mujur, lega tuh..


                                

Ha, ni dia tetamu dari Jepun. Pelajar universiti yang datang melawat selama tiga minggu ke Malaysia dengan biayaan Tourism Malaysia, best kan dia! Riki namanya.. Korang tengok gambar tu pun dah boleh teka yang mana satu Riki-san tu kan? Yang tengah sekali tulah biras saya, memang aktif lagi dengan Persatuan Bekas Pelajar Dari Jepun, itu yang dia dapat Riki sebagai anak angkatnya ni.. Saya tak sembang pun, saja senyum dan angguk angguk je dengan Riki tu semalam. Dia nampaknya berkali kali nak main dengan Nazif. Si Nazif ni pula setakat senyum je dengan dia..

Semalam, lauk yang dihidang cukup Malaysia. Ada ayam berlado, ikan goreng berlado, sup tulang, sayur tumis ikan masin dan ulam petai. Siap makan tambah lagi Riki ni. Mula-mula dia makan dengam sudu, lama sikit dah guna tangan untuk ratah daging yang ada pada tulang tu.
 
 
Riki, selamat datang ke Malaysia. Semoga pengalaman tiga minggu berada di bumi bertuah ni akan jadi detik yang menggembirakan. Datang lagi...
 
P/s : Alhamdulillah atas 56 tahun kemerdekaan tanah air kita yang berdaulat ni. Syukur dengan kebebasan yang ada, kita boleh ke mana sahaja tanpa rasa takut dan bimbang.




Comments

  1. Pandai pulak riki mkn smua menu tu. hihi

    ReplyDelete
  2. balance betol gambar ni. kiri kanan kain pelikat

    ReplyDelete
  3. Dia pun dah rasi dan selera org Malaysia ;)

    ReplyDelete
  4. wit wit.. comeynyer RIki-san. Opsss tergedik I di hari merdeka. Hehehe ala tak der sushi lagi bagus, depa pun dah jemu ngadap sushi hehe. See bertambah2 dia makan, lauk pauk kita mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...mmg comel nampaknya riki- san ni...

      orang yang makan tak cerewet ni baru sesuai travel, macam macam yang dia dapat rasa pengalaman dan makanan bru, kan?

      Delete
  5. Sesuai sgt dah menu2 tu utk pelancong, mcm kita jugak la kan...klu pegi ke negara org
    sekali sekala nak jugak merasa menu yg kita tak pernah rasa di tempat sendiri.

    ReplyDelete
  6. wah, terima kunjungan tetamu dari negara matahari terbit yg hemsem...
    Kelas saya masa sekolah menengah dulu ada pelajar pertukaran dari negara Jepun.. sampai skrang ingat nama dia, Akira Hattori...
    Pandai pula dia makan dgn tangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo gitu lagi best..lama boleh kenal dengan dia tu.,

      Delete
  7. Dofolow blog ni
    Wow. Kalau akak... terkedu kot lebih2 lg kalau dpt taw lpas balik keje, lepas ni boleh la amik alamat si riki tu, mana taw sesat kat jpoon

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tanya dengan biras kot, ada dia amik alamat agknya

      Delete
  8. patut bagi kain pelekat juga kat riki. hihi

    ReplyDelete
  9. Ohhh rajin jugak beranak angkat biras awak tu yeh AN..
    MIL ada kat rumah yeh...senang le kerja AN ... dapat mkan masakan tangan MIL hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat ada, semua boleh jadi, katanya... MIL saya dah balik dah, macam chipsmore, kejab ada kejap tak da, esok lusa ada lagi....

      Delete
  10. bagus la riki blh mkn makanan malaysia kan.

    ReplyDelete
  11. elok la bagi rasa makanan malaysia.... bila lagi nak rasa... mesti sedap kan!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1