Bila mama yang jaga

Dah hampir dua minggu hero berdua ni berada dalam jagaan saya sepenuhnya. Makin manjalah diorang nampaknya. Minggu depan mesti meraung sakan kedua-duanya bila nak dihantar ke taska. Selalunya macam itulah yang terjadi...

Sebelum ni, diorang ni kalau malam, tidurnya pada pukul 12-1 pagi. Bayangkan budak setahun dan tiga tahun yang aktif bermain, walaupun dah lewat. Tapi sejak berkepit dengan mamanya sendiri dalam dua minggu ni, nampaknya ada perubahan paten. Masuk pukul 10 malam je mata Nazif mula kuyu. Naim pun sama, banyak kali juga dia tidur awal, malah yang dianggap lewat pun taklah sehingga pada pukul 12 tengah malam.
                                
   
Jadi, kalau hari biasa, nak salahkan siapa? Di taska pada siangnya diorang dah tidur banyak, jadi tak hairanlah kalau balik rumah diorang nak bermain sehingga lewat malam jadinya. Mamanya lah yang kena kawal perasaan dan banyak banyak bersabar nak layan karenah anak-anak ni... relax dulu sementara ada masa relax ni tak gitu....

P/s : Tahniah buat sahabat lama saya ketika di Taman Tun Aminah di atas kehadiran cahaya mata keempat, putera yang ditunggu-tunggu. Buat Cikgu Anita, selamat berpantang.. Dah ada anak lelaki ni, rasanya umi akan makin kurus. Sempat pula Anita ni suruh saya bersalin lagi, katanya entah entah kali ketiga dan empat nanti dapat pulak anak perempuan. Haha, tengok dululah..

Comments

  1. Ya la Aisy, I meramalkan pun.. mungkin anak ketiga you nanti gigurl plak kot. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...banyak ramalan ni, amin..kalau beryl bestla, boleh beli baju pink banyak banyak..tapi, kalau ada plan pun bukan sekarang kot...

      Delete
  2. Kat Taska mmg puaslah mereka tidur siang ...tu yang cerlang je bijik mata bila balik rumah .... emaklah yang letihkan...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1