Syawal tanpamu

Benarlah kata kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Perancangan asal kami nak bergerak balik ke Pasir Mas pagi esok terpaksa ditunda akibat mendapat berita kematian Opah (nenek Papa N) pukul 6.30 petang tadi.

Kini kami dalam perjalanan balik ke Temoh untuk urusan pengebumian arwah yang dijangka dibuat awal pagi esok.

Sebak menerima berita sedih ini petang tadi. Walaupun semasa kami balik cuti Nuzul Quran hari tu arwah dah memang nampak tak bermaya, namun pemergiannya di saat umat Islam nak menyambut Syawal ni rasanya terlalu mengejut. Arwah bagai kepala keluarga. Selalunya bila raya, anak cucu yang berjumlah lebih 50 orang akan berkumpul di tempat yang arwah berada.

Semoga Allah merahmati roh arwah..Tempatkanlah Opah kami bersama-sama orang yang beriman...amin

Comments

  1. takziah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..amin..

    ReplyDelete
  2. Takziah Aisy.. semoga Aisy bersabar & tabah menghadapi kehilangan insan yang disayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Al fatihah...sabarlah menerima berita sedih begini...

    ReplyDelete
  4. Takziah. moga terus tabah dengan dugaan ini..

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya dari Dia kita datang,kepada Dia kita kembali..alfatihah..

    ReplyDelete
  6. So bila balik Pasir Mas AN? Akhirnya beraya Temoh dululah yeh!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts