Menerima duit raya

                

Tahun ni Naim dah mula pandai menerima duit raya. Dapat je sampul, dia tunjuk muka seronok dan senyum panjang. Pada hari pertama, Naim masih pakai baju melayu, jadi bila dia dapat je sampul duit raya tu, Naim terus renyukkan sampul untuk masukkan ke dalam poket baju melayunya. 

Tidaklah banyak sangat duit raya yang Naim dapat. Kami tak banyak jalan pun sebenarnya. Cuma sempat berjumpa sedara mara yang datang bertandang ke rumah ayah saya dan juga rumah nenek sqya. Tapi antara kejadian yang menjadi gelak ketawa ramai orang ialah semasa sedara mara dari KL datang, sekaligus Naim dapat tiga sampul duit raya. Naim terus cakap, " banyaknya duit raya Naim". Sedara yang memberi tu terus tanya dia, " Awak nak buat apa duit raya ni?" ... Pantas pula Naim menjawab, " Nak beli ais krim! "...

Comments

  1. Rezeki Naim lah tu.... Murah Rezeki. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  2. nak beli ais krim je...klu adam nak beli mainan besar katanya...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts