Cendol Bakar @ Dengkil

Rancangan mengejut petang tadi akhirnya membawa kami jalan-jalan cari makan di Cendol Bakar @ Dengkil. Tak jauh rupanya tempat cendol ini dari BSP. Tak sampai setengah jam kami dah sampai di Jalan Dengkil- KLIA ni. Sebelum ni Papa N pernah makan cendol bakar di Kuala Selangor tapi saya tak ikut sama sebab merasakan tempatnya agak jauh.

Masa kami datang tadi, memang ramai pelanggannya. Tapi servisnya sangat cepat, tak sempat duduk dah sampai cendolnya ! Bayar dulu masa order ye..Kami sampai pukul 5, elok sangatlah tu, kan? Gerai jualan cendol ni nampak biasa-biasa je, tapi bila makan cendolnya memang sedap.
Satu untuk saya

Satu untuk papa N. 
 Sama je sebenarnya pilihan kami tadi Cendol Pulut Durian, RM 3.50 semangkuk. Sedap, manis dan lemak rasanya, memang licin kami makan. Kuantiti duriannya pun ok dan rasa sedap, sesuai sangat dengan saya yang tak gemar sangat dengan durian. Nazif pun tumpang sekaki tadi. Tak padan kecil, seronok dia bila diberi hirup ais yang mencair, siap mintak lagi.

Hidangan sampingan, cucur udang, RM 1 sekeping. Sosnya sedap..Makan berebut dengan Nazif.
Naim je tak merasa sebab masa dalam perjalanan Naim mula tidur dan cuma bangun bila kami dah sampai ke rumah. Rasuah dia dengan nugget ayam je.. Lain kalilah kita pergi lagi ye... Lain kali kena order empat mangkuk nampaknya..

Comments

  1. dah lame tak pekena cendol..nampak sedap sangat tu :)

    ReplyDelete
  2. Pernah makan dkt kuala slgr tue , yg dengkil ni baru buka je kan , abg sy dok impian putra ada cite ms blk kg raya baru ni

    Psst yg hijau tu mcm Cheese jugak tp tak tau la selama ni ada colour hijau

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Aisy...... gerainya pun nampak klasik.
    Siang tadi ada gak merengek ngan Cik Abg nk mkn cendol durian kat Jusco tapi
    tak kesampaian sbb last2 kita mkn aiskrim baskin robin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai kalau kes mcm sam ni lagi bagus. Dapat gantian yg lagi best tu....

      Delete
  4. Okje kalau makan cendol suka cendol kacang merah... sedap ke AN? Harus try ni!

    ReplyDelete
  5. wahhh ramai cakap cendol bakar sedap
    tapi di ktn akk x jumpe layie

    ReplyDelete
  6. hamboi...sedapnyeee.
    cendol bakar yg kuala selangor tu pernah makan. Tapi biasa2 jer

    ReplyDelete
  7. alamak sedapnyer.. buat akak terasa2 jer tau...
    yang kuala selangor akak dah cuba..

    ReplyDelete
  8. serius terliur tgk cendol tu..huhu...

    yg kat kuala selangor tu tak terpergi2 lagi padahal dekat je dgn rumah...malas nak pegi sbb asal pegi je memanjang ramai org...nyammmmpahhhh....

    ReplyDelete
  9. Laling ajak singgah byk kali sy yg berlagak xmo. Haha skrg terliur tgk gmbr

    ReplyDelete
  10. sedapnya cendol..yg dekat kuala selangor tu tak penah rasa pun

    ReplyDelete
  11. terliur la pla Aisy hehe..
    tering pula nak makan cendol tu

    ReplyDelete
  12. sedap n...lama x makan cendol org melayu buat..asyik cendol mamak ja yg juai tepi jalan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1