Bila dah sampai

Seronok rasanya apabila akhirnya dah sampai ke rumah sendiri. Merantau hampir dua minggu ni nampaknya damai sekali apabila dah jejak kami ke rumah sendiri.

Kami sampai pun dah lewat tadi, hampir pukul 12. Anak-anak yang dah lena semasa di dalam kereta mulalah nak buat hal apabila sampai ke rumah. Adoi, risau kot-kot diorang ni tak nak tidur pula. Nampaknya tepat jangkaan saya, Naim je yang berjaya dipujuk supaya tidur semula, manakala Nazif pula sampai sekarang tak nak tidur, malah macam macam ragamnya ni. Mencabar betul, ingatkan dia lapar, maka saya sediakan makanan. Nazif makan kerepok yang saya goreng tu tapi sekarang ni menunjukkan tanda tanda nak main pula. Agaknya seronok dia sebab dapat balik ke rumah, itu yang dia tak nak tidur. Asyik senyum sengeh je masa main tu nampaknya..

Tadi masa nak masak kerepok tetiba bengang pulak. Dapur tak boleh guna. Tak naik api apabila ditekan butangnya. Ni baru tinggal dua minggu. Papa N kata esok jelah dia tengokkan. Kalau tidak nak kena rujuk kedai yang beli dululah, kot kot masih ada waranti. Ada waranti lagi ke untuk dapur kalau dah nak masuk dua tahun guna? Mujur juga masih lagi boleh guna dengan bantuan mancis tadi.

Comments

  1. dapur sy pon pernah jd cam tu. kalau tak nyala api tu mungkin bateri kat dlm dia dah habis. cuba buka n tukar bateri tu. lupa plk bateri saiz apa. tp cuba buka dulu tgk... harap dpt membantu

    ReplyDelete
  2. Bukan anak je yg seronok bila dah sampai rumah sendiri......hehe...
    Betul kata UA...biasanya warranty setahun je kan

    ReplyDelete
  3. tempat yg paling best adalah rumah sendirikan...

    ReplyDelete
  4. sama la kak intan..bila balik rumah sendiri..selesa sangat…kadang2 sampai baru tersedar baru rasa nak yak yak balik rumah sendiri..sebab selesa terlampau..eheh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1