Tak sabar nak balik ke rumah

Masih lagi bersiaran dari rumah MIL saya. Papa N dah di Cyberjaya, kena kerja dah... Dia tinggalkan saya dan anak-anak kat Temoh ni petang semalam.. Sedih bunyinya, padahal kami ni tinggal sini sebab alang alang nak balik sebab esok petang nak datang semula ke sini untuk majlis tahlil arwah Moyang pada hari Sabtu nanti.. jadi, redha jelah..

Rindu suami? tak ada maknanya.. Saya tak sabar nak balik ke rumah sendiri sebab nak masak telur itik yang diberi oleh mak saya. Eh, mak kita bela sendiri 8 ekor itik tau.. Teruja Naim balik kali ni bila tengok neneknya ada bela itik. Asyik asyik ajak tengok itik je.. Nazif pun macam suka juga bila dibawa tengok itik yang ada. Terenjut enjut kakinya masa tu..
                               
    
Lagi, risau juga saya lengkuas yang dibawa dari kampung tu selamat ke tidak. Papa N ni ingat tak pesanan saya suruh cucukkan lengkuas tu ke dalam pasu supaya tak kering benda tu..Nanti kalau nak masak sekali sekala yang menggunakan lengkuas, tak payahla nak beli. Guna bukan banyak pun, selebihnya kering macam tu je, membazir, kan?

Sabar ye, dua hari je lagi. Sabtu petang tu terus kita balik rumah....beraya kat rumah sendiri pula..

Comments

  1. rumah ayah akak kt kampung pun bkn main ramai itik yg dibela...telurnya buat telur asin...seronok tgk anak2 itik yg comel2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...itu yg buat naim dan nazif asyik nak keluar tgk itik je.. Telur masin pun sedap...

      Delete
  2. nampak sangat tak sabarnyer tu..
    memang kalau dah lama balik kampung hatta rumah mak sendiripun nak gak balik rumah kita yang comel lotetu.. tambah2 ingatkan banyak benda nak buat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau kat rumah sdiri lebih bebas...

      Delete
  3. hehe... moga2 papa igt la semua tu ye..
    sedapnyer telur itik..kalo masak lemak pon sedap..

    salam aidilfitri
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, memang pun plan nak buat masak lemak...sedapnya..tu yg rasa makin tak sabar nak balik ni..

      Delete
  4. sy penah tanam lengkuas tp mslhnya tanah tu keras
    satu keje nak menyangkul bila nak guna
    last2 beli kat kedai jugak
    yg di tanam x guna..lama2 mati gitu je

    ReplyDelete
  5. Yelah....mmg rindu ngan rumah sendirikan AN....kalau okje pun cenggitu....huhu
    Nak balik serbs salah pulakkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1