Berakhirnya cuti raya

Panjang betul cuti raya kali ni. Dari BSP singgah ke Temoh, kemudian pergi ke Pasir Mas. Enam hari beraya di Pasir Mas, kami kembali ke Temoh. Akhirnya hari ni, barulah nak sampai semula ke BSP. Ngam ngam habis cuti dua minggu. Lamanya tinggalkan rumah sendiri. 

Hari ni di Temoh, adakan majlis tahlil untuk arwah Opah. Dari awal pagi dah mula masak, kali ni masakan siap cepat, pukul 10 pagi semua dah sedia. Tahlil mula pukul 12 dan lepas tu jamu tetamu dengan lauk pauk yang dimasak.

Menu kenduri tadi, jom kita tengok...

                              

     Rendang ayam kampung, ikan keli belado, ikan baung masak tempoyak dan udang dengan sambal petai... Paling laris nampaknya ikan keli, semua licin sampaikan anak beranak dalam rumah pun beberapa orang sahaja yang dapat rasa. Sambal udang petai pun sama. Lepas kenduri tu, kena masak lagi untuk dibawa balik ke rumah masing- masing. Permintaan daripada anak cucu yang datang. 

                             
Penambah selera pula ada ulam ulaman dan sambal belacan. Pencuci mulut pula buah tembikai dan anggur. Sesuai untuk cuaca panas pada waktu tengah hari tadi. Terpaksa ditambah buah tembikai memandangkan jumlah yang ada tak cukup untuk tetamu yang ada.

Sambil tolong saya sambil jaga dua hero ni. Tengah orang bertahlil tu, diorang ni sempat lagi main masak. Apa nak diherankan ye...bukan mengacau majlis pun kan?

                               
Naim, pakai baju hari raya tapi kemain comot jadinya lepas tu. Biarlah saja dia main asalkan tak meraung dan tak ganggu majlis ye. Nazif lak ada peminat kecil. Budak perempuan tu asyik ikut Nazif je, siap tak nak balik lagi masa maknya ajak balik. Ai dik, kecil-kecil lagi dah ada peminat perempuan...


Rancangan balik kami ni nak bergerak pada pukul tujuh. Harapnya jalan Tapah - KL taklah sesak.  Maka taklah kami lama dalam kereta nanti. Nak balik esok risau lagi sesak dengan orang yang nak perabis cuti raya dan nak hantar anak-anak ke asrama pulak.. Berakhirlah cuti raya dan episod makan tak berenti. Balik rumah sendiri, boleh mula makan ikut masa ye.. 




   
 

Comments

  1. selamat kembali..rasa macam tak puas jer cuti..wat open house ke tahun ni?

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedapnya AN..... keli tu yg kecur air liur sesangat .....
    Puas tak makan kenduri hari tu?

    ReplyDelete
  3. sambal udang petai tu...tak menahan akak menengoknya..tp tak leh nak makan petai dah skrg,takut kang bersalin awal terus bau petai satu labour room

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1