Sedih di hari raya

Mood raya masih belum habis lagi, jadi boleh lagi tulis entry pasal raya kan? Balik raya kali ni nampaknya semua seronok dan gembira. Tentulah suka dapat makan sedap, jumpa sanak saudara yang jarang bersua dan yang paling penting dapat duduk bawah ketiak mak..haha..normal kan?

Selain gembira tu, saya rasa sedih tau. Bersalah juga sama. Mungkin juga sebab sebelum balik ke Pasir Mas hari tu kami dikejutkan dengan kes kematian Opah Papa N. Bila balik ke Pasir Mas, dan lebih tepat lagi bila beraya di rumah nenek saya terasa sedih sangat. Nenek yang dah nyanyuk semakin nampak tak terurus kalau tiada anak cucu 24 jam di sisinya. Makanan yang diletakkan di telapak tangan pun tak tahu nak suapkan ke mulut. Tiada seorang pun anak cucu yang masih dikenali, namun mulutnya sentiasa senyum...sedih wei tengok macam tu. Takut pula kalau pulang lagi sekali dah tak dapat bersua muka macam ni. Dahla saya tinggal jauh..kalau jadi apa-apa bukan boleh terus sampai ke kampung.

Anaknya, mak saya pun bukanlah sihat sangat sekarang ni. Penyakit gout yang dihadapi sejak beberapa tahun nampaknya memang beri kesan kepada lulut mak. Cara jalan dah semakin nampak lain daripada sebelum ni. Paling sayu bila mak jatuh sehari sebelum hari raya, sehingga lebam di dahi dan kaki mak. Naluri ibu, walaupun tak berapa sihat, gigih lagi mak minta Kak Long saya masakkan makanan kegemaran saya, Papa N dan Naim. Terasa bersalah pula macam tu. Sekali lagi rasa bersalah sebab jarang balik jumpa mak.. Kalau boleh nak je pindah balik tinggal di kampung, boleh jaga mak..

Ya Allah, Ya Latiff, Ya Rahim... Panjangkanlah hayat orang orang yang kami sayang... Berikanlah kesihatan yang baik untuk ahli keluarga kami yang sangat kami sayang ni..

Comments

  1. ntah la aisy mcm akak ni,mmg setiap kali hari raya mesti rasa sedih punya, arwah mak ngan ayah akak pergi pun dekat2 nak raya dah, mmg terasa sgt la...

    harap2 mak aisy diberi kesihatan yg baik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak...
      kita sama sama doakan ibu bapa kita k... Harapnya Allah sentiasa berkati diorang, di dunia dan akhirat.

      Delete
  2. salam singgah dan selamat hari raya. Semoga Allah permudahkan segala nya.

    ReplyDelete
  3. AISY NASIHA..
    betul tu,sy pun terasa yg sama
    kat kg cuma ada ayah,mak dan adik lelaki
    baru 2 tahun ni anak saya duk sana,tp tahun depan dah balik sini

    bila dgr mak ayah sakit demam,rasa nak terbang balik
    perjalanan bukan dekat.naik keta 7 jam
    xde sapa yg dewasa nak teman mak ayah kt kg
    sy ni dah kawen..ikut suami la
    adik2 lelaki sorang pun xdpt keje di kelantan lagi
    dah banyk kali mintak lom ada rezki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau ada salah seorang adik beradik yg tgk dekat ibu bapa pun dh lega sikit..adalah yg leh tgokkan bila sakit demam mgejut..

      Delete
  4. mudah2an niat aisy dipermudahkanNya, aamiin..

    ReplyDelete
  5. Memang la Aisy..... hari tu pun I bersayu2 hati di pagi raya, rasa mcm... Ya Allah kalau la waktu ni I
    masih kanak2 lg, bestnya arwah ayah masih ada lg, emak masih muda lg. Tgh snap gambo rumah kat tepi tangga, boleh pulak tersentap jiwa raga terbayang2 muka arwah time raya2 pegi mesjid. Nasib baik tak berlinangan air mata, cuma ingsap je la.... ingsap yg diri I dah makin tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak banyak kita doakan ye.. Nak ulang masa, tak mungkin..makin sedih jadinya bila baca komen sam ni.. Harap sgt usia mak saya panjang lagi..boleh bermanja lama lagi

      Delete
  6. InsyaAllah aminnn, mudah-mudahan Allah lanjutkan usia mereka yang kita semua sayangi ;D

    ReplyDelete
  7. Lumrah kehidupan ini Aisy, ada yg sihat dan sebaliknya. Begitu juga ada yg tua dan muda. Ada yg baru lahir dan akan ada yg lama pergi. Namun sebagai manusia kita tak lari dari terus berdoa mahu yg terbaik semuanya melingkari kehidupan harian kita..

    ReplyDelete
  8. Ye la Aisy.. hiba tengok orang² yang pernah kita sayang pergi meninggalkan kita & semakin uzur dimamah usia. Buat kita terdetik... bila kita tua nanti bagaimana pula? Tahniah sbb Aisy still concern about your nenek & mom... org zaman sekarang banyak yg pentingkan diri dulu..

    ReplyDelete
  9. Hari tu mssa melawat atok Arjuna, okje pun sedih gak AN....sangat uzur...tulahkan....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1