Bertapa

Semalam kami sampai dari Pasir Mas dan kononnya nak singgah di Temoh ni dua malam sebelum bertolak balik semula ke BSP.  Luarannya nampak seronoklah dapat berehat kat rumah mentua, makan FIL yang masak, saya tunggu suap ke mulut je. Lagi, tak payah fikir kerja sekolah yang banyak ke susah ke. Bila lagi nak bermanja manja macam ni? 

Tapi, bukan itu hal yang terjadinya. Jenis orang yang tak senang duduk diam ni, ai, naik tensen pula bila tak ada apa perkara yang dibuat. Nak menonton tv pun rasa jemu. Yang seronok menonton tv bagi saya sejak ada dua orang anak ini ialah apabila pasang cerita drama korea kegemaran dalam versi alih suara dan saya dengar ke percakapan sambil melakukan kerja rumah. Sesekali jenguk tengok  riak wajah para pelakon korea tu terasa seronok sangat. Ini yang orang katakan, manusia ni tak pernah puas, kan? Lapang sangat pun rasa tak syok.

Suami saya lak buat tak faham je. Dia perasan masih anak manja agaknya. Dah diberi hint pun buat tak tahu je. Ai, kalau dapat keluar membeli belah sekarang ni kan bagus? haha... Tidak pun kalau dah balik ke rumah sendiri boleh juga saya buat sedikit sebanyak kerja sekolah yang ada tu.Entah iklhas tak tulis ni, tapi rasanya kalau balik sekarang ni, takkan nak buat kerja sekolah terus. haha, elok tengok rakaman cerita korea kegemaran dulu, kan? lagi menarik tu..

Anak anak pula, nampak seronok je..

                   

Seronok diorang main dan sepahkan rumah Opah ni.. Naim main dengan sepupunya yang berusia lima tahun, sementara Nazif nampak seronok meneroka ruangan yang ada. Maklumlah orang baru masuk  dua minggu berjalan ni, tengah dalam fasa gila stereng, kata Opahnya... mainla ye anak-anak....

Comments

  1. Hehehe dah dapat peluang berehat bermanjaan, tak senang duduk pulak yer. I faham sebab I sendiri pun jenis tak reti duk diam, so bila kat umah orang jadi serba salah sebab kang nak kemas lebih2 kang kata lawan tokey pulok hihi. Takper, yang penting anak2 gumbira kan. Hehhe Gila stereng yer sekarang dak kecik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..mmg pun..sengaja tak nak tunjuk bakat lebih2 sebab tak nak dikatakan lawan tokey... Berjalan saja si nazif ni sekarang...lenguh nak pungut..kejab ke dapur kejeb lagi entah ke mana

      Delete
  2. budak budak tengah membesar cenggitu lah.. ha3

    selamat hari raya aidilfitri kak. maap zahir batin :)

    ReplyDelete
  3. salam
    Ala lala comelnya...

    Terima kasih sudi doakan bonda ta.

    ReplyDelete
  4. Hehee, macam tu la budak2.. apapun asalkan diorang happy :D

    ReplyDelete
  5. budak2 jugak yg best sbb boleh main sepuas2nya..hehe

    ReplyDelete
  6. anak2 memang itulah keje nye..main aje la

    ReplyDelete
  7. Yelah An kalau dah lama sangat kat rumah orang walaupun mak sendiri ke MIL...teringat gak kat rumah sendirikan...macam2 boleh buat kat rumah sendiri tukan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1