Menyambut kedatangan

Lega dah siap kemaskan ruang bawah. Ruang bawah je tau.. Haha, itupun siap dengan bertungkus-lumus saya membanting tulang pagi ni ye..memandangkan MIL semalam bagi notis nak singgah solat kat sini sementara meneruskan perjalanan ke Muar, kenalah buat sesuatu ye.. Nanti terkejut pula MIL tengok rumah anaknya tak terurus..

Yang penting bahagian bawah dah nampak ok. Kat atas kita usahakan hujung minggu ni pulak. Haha. Dilema ibu bekerja kan? Ibu yang tak rajin macam sayalah. Selalunya kemas rumah pada hujung minggu sahaja, kalau hari bekerja sapu-sapu sikit-sikit je biasanya. Asyik letih lemah je kalau dah balik rumah lepas kerja. Jadi, masa malam yang ada gunakan untuk bersama sama dengan anak-anak. Dah lebih dua bulan kami dapat rutin macam tu sebab tak ada tetamu yang datang. Memang seronok dan tak stres bila balik rumah. Rumah selerak lain kira, yang buat tak stressnya maksud saya ialah bila kami rasa bebas nak buat apa di rumah.


Hari ni, saya siap sapu, vakum dan mop lagi. Mainan anak semua saya simpan dalam stor. Baru rasa lega nak terima kedatangan tetamu kalau nampak macam ni. Hujung minggu ni bolehla jalan jalan sebab rumah dah kemas, bagus juga kan? Ada yang nak ajak datang ke rumah tak? Saya banyak masa lapang ni...

Lagi satu, kena positifkan diri selalu. Jangan fikir kalau ada rumah di kawasan tengah macam ni membebankan kita. Tetamu tu datang dengan rahmat,, kan? Amin...

P/s : sedih saya awal pagi tadi sebab dua akak saya batalkan rancangan nak datang beraya di rumah saya hujung minggu ni. Aritu dah seronok dah fikirkan dah setahun akak saya tak datang ke mari, nanti dia datang leh masak dan makan sama-sama.

Comments

  1. salam aisy..
    betul tu..tetamu dtg bwk rahmat..
    sama la kita, kemas rumah time hujung minggu je.
    bila ada org nk dtg, baru kelam kabut nk kemas. hehe..
    rasanya sama je ibu bekerja mmg gitu melainkan mereka yg ada maid la.

    ReplyDelete
  2. Hehe....ada hikmahnya tu kan AN org nk datang, kalau tidak kita bertangguh le nk mengemas...bika dah kemas barulah bersedia menerima tetamu dgn senang hati!
    Biasalah benda dpt pahalakan mmg berat nk melunaskannya.... tp kadang tu, mula mula je... bila dah berkumpul, datang pulak seronoknya.... okje pun cenggitu gak

    ReplyDelete
  3. nasib baik MIL bagi notis dulu... sempat juga kita nak kemas apa yg patut...
    saya pun macam tu la... sampaikan kalau anak2 tgk saya beria duk mengemas, mereka akan tanya, "Ummi, ada orang nak datang ker?"... hahahha, anak2 pun dah faham perangai ummi dia.... tu orang kata tetamu ni bawa rezeki, salah satunya rumah automatik jadi kemas.. mata pun dah tak sakit bila rumah kemas :)

    ReplyDelete
  4. Walaupun mungkin tetamu jenis tak kisah, tapi kita pun kena jugak jaga imej kita kan Aisy?.
    Tidak la nanti org akan kata, muka je cantik, tapi...................!!. Haha.

    Walau mcm mana pun, buat la mana yg terdaya, org tgh BERanak kecik, mmg tak boleh la
    nak dibanding dgn org yg dah BERanak dara, sepah sikit2 tu adat la... lain la klu sampai
    spe***r, br* segala bagai pun tersadai kat ruang tamu.. yg tu mmg boleh jadi umpatan org la. Keh3.




    ReplyDelete
  5. terbaik....sokong dengan entri nie

    ReplyDelete
  6. betul tu..tetamu yg datang mmg bawa seribu rahmat ain…laa xjadi la ya jumpa akak ain?

    ReplyDelete
  7. Bagi notis awal2 senang la, buatnya notis 24 jam, terjelepuk uols nak ngemas satu umah.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts