Dah besar baru nak cuba

Kedua- dua anak saya tidak dibiasakan tidur di dalam buai. Sama ada Naim ataupun Nazif sekarang ,   kedua-duanya akan lena tidur di bawah ketiak mamanya.. hihi, maksudnya tidur berkepit dengan mama di tilam sahaja. Kalau masa Naim kecil dulu, kami masih tinggal di Taman Tun Aminah, sedangkan Papa N berkerja di Shah Alam, maka kami selalu kena ulang alik, jadi Naim diajar tidur di tilam je supaya mudah sekiranya kena ulang-alik. Lagipun, semasa menyewa dengan rakan-rakan, rasanya Naim lagi selamat tidur di tilam dan di toto je berbanding tidur di dalam buaian. Tak nak menyusahkan rakan nak tengokkan anak saya kalau sesekali saya nak ke tandas semasa Naim tengah tidur.

Jadi, bila ada Nazif pun kami teruskan kaedah yang sama. Walaupun ramai yang cakap anak mudah tidur dengan buai, namun bila terbaca kesan tak baik akibat penggunaan buai, sekali lagi kami cuba lenakan Nazif dengan kaedah biasa. Dah nak masuk setahun pun, nampaknya agak menjadi, walaupun sejak tiga bulan kebelakangan ni Nazif macam agak payah nak tidur malam. Biasalah tu kan, sebab dia asyik nak main je bila waktu siang dah banyak tidur di taska.

                                

Tapi, yang jadi kelakarnya sejak dua hari ni, Naim pula yang nak tidur dalam buai. Walaupun dengan berat 14.5 kg ni, kain buai dah nak cecah lantai, beriaya dia nak tidur kat dalam ni. Padahal benda ni dah hampir dua bulan ada di rumah kami, Opah yang bagi, entah kenapa dua hari ni dia terasa nak cuba. Agaknya tetiba timbul perasaan ingin tahu...Ai, Naim ni...bukan benda main ni lah.. saya memang tengok selalu, dia dah lena, cepat cepat keluarkan dia. Risaulah lima spring tu tak kuat nak tampung berat Naim ni...
  

Comments

  1. alahai anak.. gamaknya dia nak tau gimana rasanya tido dlm buai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya macam tulah.. Skrg ni pun naim tgh layan upin ipin kat dalam buaian tu..aai, mcm2..

      Delete
  2. AN..naim nak merasa tu..seronok ke idak tido dalam buai..

    ReplyDelete
  3. X gayat ke? Maklumlah tak biasa kan. Adam pun tidur tilam. Saya kurang suka pakai buai. Susah nak berangkut ke sana sini

    ReplyDelete
  4. kesemua anak anak (4 org) tak tido dalam buaian..buaian tak pernah beli pun...pertamanya kesian tgk anak tido mcm dlm longkang..sempit...keduanya mmg tak elok utk otak bayi..pakar motivasi kata anak2 yg digoyang/goncang otaknya akan jadi sedikit 'keras hati'..susah mendengar kata..suka melawan..

    ReplyDelete
  5. anak2 akak pun tak tido buai aisy,diorg tido kat toto je,lg senang rasanya sbb tak perlu nak angkut buai kalu balik ke kg

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts