Belasah bukan cara mengajar anak

Saya ni makin malas nak menulis nampaknya..Adoi, kena penyakit M ni payah kan? Memang semata-mata malas, saya tak ada main game pun. Lepas postkan enty sebelum ni, saya berjinak-jinak lagi main game tu, tapi, bila dapat banyak komen yang nampaknya blogger ni terror main, kagum tul saya korang sampai level ratus! Tetiba lak rasa insaf diri. Tak nak saya teruskan main, takut akan jadi leka pulak.. Sekarang tahap tak leka pun asyik buat kerja tergesa-gesa, kalau dah lega entah apa jadi kerja-kerja saya....

Bercakap pasal tajuk ni, saya nak ceritakan kisah semalam. Kes pelajar saya . Tak sengaja nak menyibuk dalam kes murid saya yang kononnya cedera sebab jatuh. Saya bawa budak tu ke kaunselor sebab tak puas hati dengan jawapan dia. Lepas ditanya dalam bahasa dia baru dia mengaku kena pukul dengan ayah dia. Tak tahulah nak kelaskan kes dera ke tidak ni. Kalau korang tengok di tangan dia, kiri dan kanan, nampak macam kena cakar atau pun juga boleh kata kena rotan bertalu-talu. Bukan satu dua kesannya, macam berbelas-belas banyaknya. Lepas disoal lanjut, dapat pula tahu dia juga kena rotan di bahagian belakang badan. Nak menangis saya melihat kesan kesan di badannya tu. Saya syak ayah dia ada masalah. Takkan orang yang mentalnya normal buat macam tu semata-mata nak mengajar anak. Kalau setakat pukul adik, takkanlah sampai macam itu sekali kaedah menegurnya. Budak tu, tak nak membesarkan hal ni, katanya ayahnya baik orangnya. 

Mulalah saya rasa ," this is why i'm here".. masa tensen mengajar, selalu rasa nak tukar kerja. Tapi bila menghadapi masalah macam ni, saya rasa berbaloi masuk bidang ni. Tak banyak yang boleh saya sumbangkan dengan kudrat yang ada. Namun alhamdulillah, kekurangan saya ni, Allah juga selitkan dengan kelebihan yang mungkin banyak saya boleh kembangkan. Bukan gelaran yang dikejar, namun kepuasan hati bila dpat menghulurkan bantaun, meringankan beban. 

Para ibu bapa, walau apa pun masalah yang kita ada, rasanya nak janganlah kita babitkan anak kita dalam masalah kita. Nakal sangat pun seseorang anak tu, pasti membelasah bukan cara mendidik yang sepatutnya... janganlah kita amalkan kekerasan, semoga takkan jadi kes yang lebih menakutkan di kemudian hari nanti....tegas, itu yang perlu...

Comments

  1. aduhhh x tahulah dikk .. rasanya penekanan dgn memukup ini dah lapukkk .. skrg nie kita banyak nasihat anak2 kann ..
    memukul bukanlah jalan penyelesaiannye

    ReplyDelete
  2. Betul AN...kalau mentalnya waras takkan sanggup merotan sampai begitu sekali...mungkin betul jugak cakap anak dia, ayah dia baik tapi mungkin masa tu ada anasir luar yg diambik sampai macam tu....
    Entahlah ...kadang tu budak ni pun satu...mencabar mak bapak pun ye

    ReplyDelete
  3. Uishh kalau sampai bertalu2 bukan mengajar lagi dah, mendera namanya. Kami dulu adik beradik selalu jugak kena ugut dengan hangar rotan segala, tapi tak der la sampi berbekas, ala cuit2 manja gitu pun budak dah takut.. tak payah nak libas. Kesian kan.

    ReplyDelete
  4. Alahai, sedih pula baca kisah pelajar AN tu...
    Kalau kat sini, ada birat sikit pun dah boleh jadi kes... nak cubit anak2 pun rasa takut.. pihak sekolah sgt mengambil berat tentang perkembangan kanak-kanak... kalau terbukti yg ibu bapa cuai atau kes dera, akan ada pekerja sosial yg datang ke rumah utk soal selidik...

    ReplyDelete
  5. kesiannya. sanggup la ayah buat mcm gitu.mmg sakit mental tu

    ReplyDelete
  6. kesiannya.... anak kena belasah. kalau rajin membelasah, nanti anak memberontak, sapa yang susah?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?