Bila dah mula sekolah

Assalamualaikum semua. Dah tidur ke?
Saya sebenarnya dah baring, kononnya nak tidur dah. Tapi, perut saya ni nampaknya kemain manja, amboi-amboi, tak nak membiasakan diri dengan rutin lama ye? Seronok dijamu dengan makanan tak berhenti-henti sampai mata tutup ye? Malam ni, setakat makan nasi dan lepas tu jamu mata dengan citer Korea, nampaknya perut rasa tak kemah. Itu yang asyik menyanyi-nyanyi je walaupun dah sepatutnya masa tidur.

Ai perut.. Kena tahan, kalau tak nak jadi gemuk ye. Sekali sekala makan tak berhenti masa balik kampung tak pe tapi seterusnya bila dah balik ke rumah sendiri kena disiplin. Jadi, nak melalikan diri dan mendidik perut kita update blog dulu ye.

Hari pertama ke taska setelah lama bercuti, Nazif tak nak minum susu formula yang diberikan. Terkejut juga saya mendengar laporan daripada Papa N tadi. Dalam hati saya berkata, ai anakku ni mogok ke? Tahan dia tak nak minum susu yang disuakan dari pukul 11 pagi hingga pukul 6 petang? Tapi, jangan buat apa-apa andaian dulu ye, kita tengok apa akan berlaku esok lusa.

Nazif  dah boleh makan jadi saya tak risau sangat kalau betul dia tak nak minum susu formula. Selama dua minggu asyik selak baju mamanya je, tentulah payah dia nak minum selain susu badan.

Naim pula nampak seronok sahaja. Tak risau sangat pasal Naim ni. Makan nasi dengan ayam kicap malam ni siap minta tambah lagi! Lega mamanya.. Alhamdulillah Naim makin menunjukkan kematangan dan kecerdikan dari hari ke sehari.

Oklah ye, tak dapat nak sambung sebab perut ni dah mula rasa masuk angin. Nak kena tidur cepatlah nampaknya. Naim pun baru kiss Nazif dan saya ni, bagitahu yang dia dah nak tidur tu. Ai, pandai betul anak mama ni ye... Mama pun nak tidur jugalah Naim. Tidur lena ye sayang, esok boleh main lagi..u


 

Comments

  1. Betul tu AN semakin malam semakin laju je perut kita berkeroncong mintak diisi, mmg kena kejamkan mata tu paksa tidur hehe...
    Semakin cerdik yeh budak tecik tu... dia makan nasi so kuranglah laponya tu walaupun tak minum susu!

    ReplyDelete
  2. hai...dh bangun ker ????
    hihihi

    ReplyDelete
  3. tuler pasalkan.. puasa dulu okjer.. lepas raya perutni asyik nak makanjer ...
    betoi anak kalau tak lalu makan rasa susah hati gak...

    ReplyDelete
  4. itu la sama dgn akak ni asyik nak makan je,tp risau pulak berat naik berkilo2..kena kontrol makan nih

    ReplyDelete
  5. skrg perut asyik lapar je walaupun dh makan... hehe

    ReplyDelete
  6. hehe…peot tu nak manje2 kot…nazif dia mungkin ambil masa nak kembali kepada rutin biasa dia…wah naim sweet nya..kiss nazif dan mama ya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?