Satay Hunter



Sempena hari guru hari tu suami seorang rakan guru di sekolah telah membelanja semua warga sekolah makan satay.. banyak betul sataynya, selepas semua guru, staf, akak tukang cuci dan jaga makan pun masih ada yang berlebihan lagi. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Abg Zul dan Kak Engku yang baik hati belanja kami semua makan satay pada hari tersebut.

Semasa makan satay hari tu, saya teringat kat Naim di rumah. Maklumlah, ni makanan kegemaran Naim. Kebetulan ada lebih, Kak Engku bagi 10 cucuk satay untuk saya bawa balik. " Bawa balik, bagi anak awak, " katanya... maka adalah rezki untuk Naim pada hari tersebut.

Atuknya pun, kalau dari KLIA atau LCCT, selalu singgah di R n R Dengkil sebab nak belikan satay untuk Naim.. Seronok tengok Naim makan satay katanya.. Tapi, memang pun, kalau ok moodnya, pernah Naim habiskan sampai 10 cucuk satay. Tapi jangka masa dia makan tu 3-4 jam lah, dia main dan makan. Kalah mama, kalau bab ni. Mama kalau makan satay, 3 atau 4 cucuk je dah cukup..
Tengoklah dia tunjuk sedap dan muka yang comot setelah makan satay di Kuala Selangor dengan atuknya...

Comments

  1. Suka satay yer? Sedap pun satay :D:D
    Tu la kalau makan something yang anak suka, tak tertelan kita tingat dorang kan.

    ReplyDelete
  2. memang mamat satay si Naim ni Nas.... itulah, masa makan tu saya kena tegur dengan Kak Engku, kenapa tak habiskan satay, terus saya jawab, ni makanan kegemaran anak saya yang umo tiga tahun tu....mmg teringatkan Naim masa makan tu...

    ReplyDelete
  3. amboi, terangkat ibu jari dapat makan satay...
    semua anak2 saya pun suka makan satay... kalau buat sekilo daging tu, mmg kejap jer licin.. walaupun satay yg ummi mereka buat tak sesedap di kedai... hehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... Naim ni bab membodek mmg ada bakat semula jadi,.. tak diajar pun, dia sendir yang akan tunjuk sedap atau pun dengan kaat kata dai akan cakap sedap sesuatu yang dia suka bila dia makan... siap ucap terima kasih lagi kalau makan yg sedap...

      Delete
  4. bestnya dibelanja..:)
    anty pun suka satay Naim..boleh habis 10 cucuk mcm Naim..cedap kan..hehe..

    ReplyDelete
  5. Adam pun suka satay. Kalsu mkn nasi, 4 suap tu dah banyak. Kalo satay, mcm naim juga. 10 cucuk boleh habis. Tak masuk nasi impit lagi. Sampai jemu la MA tgk satay. Sbb, asal adam x lalu mkn nasi, kami beli satay =)

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat makan satay satu sekolah...
    suka ye naim makan satay,klau adam nak abiskan satu cucuk pun susah

    ReplyDelete
  7. Haiii AN...teringin pulak nak makan satay!!!

    ReplyDelete
  8. kak intan pon suka satay..especially satay daging..suka makan cucuk bawang dengan timun..fuh sedapnyaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?