Bekal hari ini.

Sekarang ni ramai rakan guru yang bawa bekal ke sekolah. Saya yang 'rajin' ni pada mulanya tetap je ke kantin macam biasa... Namun, bila dah beberapa kali terkena dengan 'layanan mesra' staf kantin tu, mulalah berjinak jinak bawa bekal juga ke sekolah. 

Nasi tetap makan untuk tengah hari. Penting dapat makanan berat untuk mengawal dan mengajar murid. Tapi, bila ada masa selang tu, duduk di meja dan hawa sejuk di dalam bilik guru tu memang buat perut ni lapar. Korang pernah makan kuih ni tak? ke nak panggil biskut? saya pun tak tahu namanya, akak saya bagi kelmarin. Kuih yang dah lama tak makan, nanti kongsi dengan rakan rakan tentu sedap..

Tambah pula dengan air suam dari termis ni, memang terasa lega tak payah ke kantin dan tetap dapat isi perut. Kalau boleh ngam dengan kopi, dah lama saya bancuh kopi dengan air termis ni, ramai rakan lain yang buat gitu... baguslah termos ni Kak Intan, tahan juga kepanasan airnya untuk 5-6 jam. Sesuai dibawa ke tempat kerja.


p/ s : Kalau nak maju perniagaan, servis dan khidmat pelanggan kena bagus, kan? 

Comments

  1. Saya jarang bw bekal... sbb rajin. Insya allah lepas ni, kena rajin2 bw bekal. Breakfast aje la. Lunch tetap beli. Hihi...

    Kalau teh o x suka? Tapi, saya selalu minum milo. Apa-apa pun, cicah milo. Mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... saya pun mula kurangkan rajin tu, sebab menyampah dgn budak kantin yang 'mesra'. Sekali selala pergi juga makan, cuba kurangkan. Milo dan susu dah saya minum, untuk malam, susu anlene campur milo.. teh o, tak gemar sangat.. haha... mungkin boleh pertimbangkan bawa milo juga lepas ni...

      Delete
  2. hari2 akak bawa bekal tapi sejak ada kedai makan kat sebelah yg baru dibuka, tiba2 xder selera nak makan bekal, tergoda kot sbb sepanjang masa terbau masakan dari sebelah..

    ha'aaaahhhhh dah lama akak tak makan kuih tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini betul namanya rajin, rajin akak... takpe, akak bagi bekal tu kat saya, akak makan di kedai makan sebelah tu....haha, boleh?

      Delete
  3. kuih sagu kan tu? baru beli baru2 ni kat kuala terengganu... rasa rugi beli sikit... sedap rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. Rasanya betul nama kuih sagu.. Sedap kan? Daripada chipsmore, ni lagi sedap rasanya bila dah umo 30an ni.m

      Delete
  4. biskut apa tu Aisy..

    rajin Aisy bawa bekal..tapi lagi bagus kan drpd dapat layanan mesra dr kantin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..rajin terpaksa..
      Tahla, budak kantin tu mlas nk komen byk la

      Delete
  5. Senang dah bawa dari rumah Aisy... tak payah ke kantin.

    Kakak ni Aisy dah terbiasa dari dulu memang bawa bekal. Anak-anak kakak pun sama walau duduk asrama sebab dah biasa dari di rumah so sekarang ni pun bawa bekal biskut (asrama nak bawa apalah yg ada) walau dah sarapan sebelum ke sekolah...

    ReplyDelete
  6. Rajin nya bawak bekal. Comel sangat termos ni.

    ReplyDelete
  7. thanz..sedap sangat.lama dah tak makan.

    ReplyDelete
  8. ayu pun skrg ni mmg bawak bekal je sbb lunch dah takde geng nak makan..

    ReplyDelete
  9. kena rajin2 lah kan ..
    bagus juga tarmos nie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun bagus termos ni.. sesiapa yng berminat boleh beli dengan pemilik BLOG CIK INTAN BERLIAN ye

      Delete
  10. sponge bob square pants! Adam ngan adik sure suka tu :)

    ReplyDelete
  11. saya pun suka 'biskut' tu... tapi tak tahu nama juga :)
    wah, termos spongebob... tu naim punya ke, mama punya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama punya..haha, pattern kesukaan naim..

      Delete
  12. salam ainnn..wah wah siap buat entry lagi..tima kasih banyak2 ain..terharu lak...tetiba tgk ain bawak kak intan lak rasa nak bawak bekal termos bancuh kopi esok lak..ehhehe...ain...tima kasih ya..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang boleh je....

      mmg mudah dengan ada termos ni...warna pun menarik

      Delete
  13. errr nak ambil wat testimoni boleh tak ain?? nak minta izin dulu..huhu

    ReplyDelete
  14. setujuuuuuuuuuuuu sangat2 dengan ayat last tu.....ni ler orang kita, servis tak leh lawan orang cina...

    ReplyDelete
  15. Biskut apa tu? Kurang jelas rupanya.

    Apa yg penting jimat dan kenyang. Kalau org layan x okey lapar pun jd kenyang. X selera nk mkn

    ReplyDelete
  16. kuih apa tu ? hehe btwn mmg bawa bekal kat dr rumah mmg terbaek..

    ReplyDelete
  17. mcm pernah kumakan itu biskut...

    akak hari2 bawa bekal,sbb malas nak kuar opis pegi beli makanan,kalu ada pun sekali sekala je

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts