Kembali ceria

Assalamualaikum semua...apa khabar hari ni? Saya bercuti di rumah, tengok tv dan melepak dengan Naim dan Nazif je. Maklumlah papa demo ni kerja...nak saya sorang bawa anak-anak keluar? Oh,tidak. Melainkan ada hal penting, barulah akan terjadi agaknya..

Hari ni Naim dah kembali ceria nampaknya. Suara pun kuat nampaknya tu. Bangun je terus tanya mana papanya, walaupun dia bangun pada pukul 11.50 tadi. amboi, mengalahkan orang yang kerja je,macamlah seronok sangat hari ni dapat bercuti kat rumah. Semalam pagi dan malam kemarin, Naim sebenarnya tak berapa sihat. Dia demam sikit dan cirit-birit. Suara pun pelan je semalam. Adik usik mainan dia dibiarkan je, jarang berlaku tu.. Haha, lain macam..

Memang terasa lain bila Naim kurang aktif macam semalam... Dia tengok orang pun dengan pandangan letih dan sayu.. Bila ditanya apa yang dia nak, dai menggelengkan kepala je.. Haha, ni belum lagi anak masuk ke sekolah asrama, kan? mamanya dah mula rasa lain..

Mujur tak lama keadaan Naim macam tu. Rasanya ubat yang dia makan tu cepat juga berkesan. Menjelang malam semalam, Naim dah mula nampak cergas dan ceria semula. Hari ni lagi lah, bangun je terus minta macam- macam.. Ini baru betul Ahmad Naim....

Comments

  1. ya..alhamdulillah..the hero is back already...yo mama...watch up ya..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sangat komen cik azue yang ala ala rap ni..
      Naim sedang tonton gangster celop, sambil makan yee mee goreng kicap dan nak aplle lagi.. ai,,

      Delete
  2. Alhamdulillah, dah dapat Naim yg sebenar :)
    Ibu mana yg tak risau bila anak2 tak sihat, kan?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ..Naim ceria semula..

    ReplyDelete
  4. Takut kan bila anak melepek... baik la dia buas. Walau penat, sekurang kurangnya kita tau dia sihat

    ReplyDelete
  5. Betullah AN...kita sendiri kalau kena ceri beri tu mmg tak selesa....nafsu makan semua tak de...tak gitu?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts