Awalnya balik mengundi

Hai semua..
Rasanya ramai yang tak sabar nak balik ke tempat mengundi masing masing hari ni ye?  Ke korang balik esok je? Apa balik Ahad?

Ha, tak kisahlah bila ye, asalkan balik dengan selamat ye.. Saya bukan apa, belum pun balik lagi, masih ada di bumi Selangor ni. Hari ni kerja lagi.. Semangat lagi rasanya nak ke sekolah walaupun ramai orang akan berpusu pusu balik ke kampung hari ni.

Siapa yang balik awal? Akak jual nasi lemak pagi di kawasan rumah saya ni yang balik kampung awal. Orang Kelantan dan Terenganu diorang ni. Pagi tadi kecewa saya. Ingatkan nak bersarapan dengan nasi kerabu dan solok lada serta daging bakar, tapi malangnya gerai akak ni tak ada pun.

Ramai yang nampaknya kecewa macam saya. Beberapa kereta lain pun melalui kawasan tu dengan perlahan dan tengok je tempat yang akak ni biasa berniaga..

Rasanya kalau musim macam ni, banyak kedai yang pekerjanya asal Kelantan pun tutup kan? Cuti kemain lama lak tu.. Ai, payah gini.. Kena rajin masaklah nampaknya...

Comments

  1. Awak mengundi kat mana? Selamat Mengundi yea!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mengundi utk huda juga.. Kawe pun org kelate

      Delete
  2. orang kelantan dan trengganu kebanyakan mengundi balik kampung... katanya meriah macam hari raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kak.. Seronok kalau balik kg musim ni

      Delete
  3. selamat memandu yer...hati2 dijalanan...

    ReplyDelete
  4. acik tak alik kemana pun..pusat mengundi pun dekat je dengan rumah

    ReplyDelete
  5. salam aisy...

    balik mengundi tak? akak esok pagi baru balik,hari ni keje lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.saya tak..
      Balik kg suami je.esok pagi juga

      Delete
  6. akak tu pun nak ngundi jugak...ke buka kedai kat pusat undi..kekekek..

    ReplyDelete
  7. hehe...sedap sangat ke AN nasi lemak dia? Mungkin ada yg specialkan.... tapi kat KL ni apa aje jual mmg laku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak biasa je, tapi kalau nasi kerabu, dia je yang jual di kawasan ni..rasa boleh tahanla

      Delete
  8. ahahah semangat ngundi dik
    5 tahun sekali .. nak raya x semangat mcm nie sangat ekeke ;)

    ReplyDelete
  9. org pantai timur mmg semangat nak mengundi. Ini kali lah!

    ReplyDelete
  10. ain tak balik ngundi ker? daftar mengundi ke tak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama daftar..yg kali ke 12 pun memgundi. Kali ni je tak..opps pecah rahsia

      Delete
  11. hehehe, kena masak sendiri la tu... macam saya kat sini... ekekkek

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1