Bila mula cuti

Mula-mula kita tinjau daripada aspek maknya.. bila mula cuti ni, saya mulalah pening kepala fikir menu nak dimasak. Korang mesti cakap, tu dah biasa dah, semua isteri kat luar sana pun sama kalau dah berada di rumah, memang risau memikirkan menu yang nak dimasak.. Yelah, samalah masalah kita ni.

Seterusnya, bila dah cuti, bermulalah episod saya jadi mak kolar bear. Hai, comel.... Nak berduet aja dengan mamanya. Pantang jauh sikit, bergemalah suara dia.. Part ni saya hairan betul, kedua dua anak saya ni memang kalau meraung kuat suara diorang. Jeles betul, saya ni suara kemain dipaksa kalau nak dikuatkan, lagi-lagi masa di dalam kelas yang muridnya lemah, rasa macam nak terkeluar anak tekak ni bila menjerit, sebabnya kalau tidak macam tu, suara diorang yang lagi kuat. Jadi, faktor kelantangan suara ni bukan satu warisan genetiklah nampaknya.. Jadi, kesimpulannya, mama dan Nazif memang kena sentiasa berkepitlah di masa cuti ni..

Tambahan lagi, kalau bercuti ni pula, anak anak jadi lebih manja, kan? Naim ke Nazif ke, sama aja. Dengan papanya tak berapa nak, apa apa mesti mintak dengan mama juga. Ini yang membuatkan kadang kala mamanya mandi bila dah tinggi matahari.. Apa taknya, macam macam karenah diorang ni..

Lagj satu, bila duduk je jaga anak sepanjang hari, kalau papa ajak keluar, wah.....memang cepat je boleh siap.. Kalau hari biasa, nak siapkan semua perlu sejam lebih...macam-macam, kan?

Comments

  1. akakpn nak cuti gak tp xbleh.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Takpe, akak siapkan kerja dulu n amik cuti ye...

      Akak kan bos, mana blh cuti byk2.. Saya kuli je takpe..

      Delete
  2. Biarlah mengulek manja Aisy.. masa inilah mereka nak manja lebih-lebih. Untung juga mama mereka cikgu. Ada peluang bercuti panjang. Nanti bila mereka dah besar Aisy akan rindu situasi macam ini tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak.. Saya yang tertekan bila kerja selalu duk fikir, mujur juga cikgu kejenya.. Byk cuti blh jaga anak sdiri...

      Delete
  3. Anak suka bermanja-manja..selalu nak tumpuan..

    ReplyDelete
  4. biala lagi anak nak extra bermanja... masa inilah...kan...

    ReplyDelete
  5. Seronok kan bercuti. Kadang2 kita nak berehat di rumah. Tp, bila anak clingy sangat, bw keluar jln2 lebih senang

    ReplyDelete
  6. Tu mama kasi hint kat papa nak kleuar la tu... hihihi, jgn marah :)
    Tapi masa cuti la seronok bawa anak2 jalan2... masa utk perkenalkan anak2 dgn dunia/alam sekitar :)

    ReplyDelete
  7. memang kalu fikirkan hari2 nak masak apa,mmg letih dibuatnya..sama la mcm akak.

    apapun selamat bercuti aisy

    ReplyDelete
  8. Budak2 tu kalau mama depan mata mmg gitulah.... sok sok kalau dah berbini ke berlaki dah tak cari mama pulak hehe

    ReplyDelete
  9. mak koala bear? hehehe..cute nyer bunyinya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts