Dah namanya budak

Masa kita suruh, dia tak nak buat, bila kita tak suruh pulak, beriya-iya dia nak.





Sekarang ni kalau kami keluar, mesti Naim yang akan ingatkan , "Papa, amik kerusi adik"... Jadi, bila keluar, Naim yang duduk kat situ. Dah jadi terbalik pula. Masa dia kecil dulu, memang tak nak duduk, ni jadi tempat letak barang beli belah kami je. Dah ada adik ni, dia pula yang tak izinkan adik duduk, sebaliknya dia pulak yang nak duduk. Siap panjat sendiri lagi tu.... dari segi keselamatan rasanya hal ni baik juga.. Taklah kami risau lagi, sebab Naim dah tak berlari-lari lagi bila sampai ke tempat orang ramai. Kalau dulu, masa dia dua tahun, sampai ke shopping mall, mulalah dia tunjuk keterujaan dia  berlari-lari riang bila jejak je kaki.. Kini, dia nak ditolak, kami dah lega tak payah kejar dia..


Bab ni pun satu lagi. BEDAK..Pantang jumpa, habisla bersalji rumah... Macam semalam, mamanya update blog sekejab je. Sambil tu saya biarkan Nazif main kat tepi saya.. Tetiba dia datang, main main kat belakang, bercakap-cakap dengan adik. Tup tup bila saya pusing tengok dua hero ni, terkejut mama..... Nazif dah jadi mangsa bedak. Muka, kepala dan baju dia putih... Sekeliling tempat dia duduk  tu lagilah, memang nampak putih.. Naim punya kerja, cepat je dia tabur....patutla dia diam je masa sebelum tu. 

Apa nak dikata, dah namanya budak, kan? Tunggulah kematangan dia nanti...


Comments

  1. Aisy, apa kata beli stroller berkembar, skrg dah mcm2 patern yg cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi ke? Nazif tak nak duduk.. usia macam ni dia lagi suka orang pegang...

      Delete
  2. Hahaha dorang ni mmg, much better pun kalau dia suka duk lam stroller,, tak penat dukung hihi. Adik nyer jadi hantu tepung dibuat abang yer.

    ReplyDelete
  3. hihihi... memang dah namanya budak. haha...

    ReplyDelete
  4. haha.. budak2 memang begitu. kalau rajin mesti macam2 benda yg dibuat :)

    ReplyDelete
  5. budak2 memang mcm tu kan,sama je anak2 kita ni aisy

    ReplyDelete
  6. Haha...budak2 mmg cam tu pantang jumpa bedak...anak2 OKje pun gitu gak AN...tak heranlah!

    ReplyDelete
  7. hehehe..alahai Naim..terbalik la pula..bukan adik yg naik..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts