Padah kalau sembarangan terjah

Al kisahnya pada minggu lepas dua kali saya buat pembelian melalui atas talian. Haha, dah lama tak beli secara online sebenarnya.. Ni yang nak cerita ni..

Kali pertama tu saya beli sehelai baju. Mulanya saya pilih dua, malang sekali kedua duanya tak ada stok dah, barangan yang ramai orang  berkenan kot ni. Tapi akhirnya saya beli juga satu, tapi corak yang lain.

Maka, bila dah dapat tu saya pun hantarlah baju tu ke kedai jahit untuk dipotong sikit, maklumlah tuannya taklah tinggi. Mulanya saya nak hantar ke kedai akak Melayu yang saya pernah jumpa kalau ada aktiviti Yassin kat kawasan perumahan kami. Rasanya akak ni bagus jahitannya. Tapi, hari yang saya pergi tu rupanya dia tutup kedai.

Saya pun tak fikir panjang, nampak kedai kat hujung deretan kedai tu ada yang buka, selamba je saya hantarkan baju tu ke situ untuk dipotong. Mamat Pakistan ni masa saya terangkan macam mana nak potong ni, gayanya kemain yakin.

Hasilnya, aduh! Dah jadi lain baju saya. Baju yang sepatutnya bahagian belakang lebih panjang daripada bahagian depan dah jadi terbalik. Dapat tu, bahagian depan lagi pendek daripada yang belakang. Ai, nak marah pun tak guna kan? Dah terpotong, nak sambung balik pun tak lawa jadinya. Tapi mujur tak ketara beza panjangnya, cuma kesalkan fesyen yang dah jadi lain. Dia pun cakap pelat pelat, tentulah kefahaman dia pun lebih kurang je.. Salah sayalah juga..

Selain tu, saya rasa pelik juga sebab perhatikan kedai runcit, kedai makan dan kedai jahit di kawasan BSP ni, ada pemiliknya bukan warganegara. Mungkin ke diorang ni berniaga atas lesen pinjaman dari warganegara? ke memang bukan warganegara pun boleh berniaga, dengan ada syarat syarat tertentu. Nak katakan diorang ni cuma pekerja je, rasanya saya macam tak pernah jumpa orang yang berstatus warganegara kat kedai diorang ni. Apa pun, ni pendapat peribadi saya. Mungkin juga perkara ni cuma menunjukkan kejahilan ilmu saya. Kawan kawan yang arif bab ni, tolonglah bagi komen.

Comments

  1. memang kecewa kalau dpaat hasil yang tak diharapkan..

    banyak sgt skrg bangsa asing yang berniaga kat cnie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur satu, selesa sangat pakai baju ni...

      Delete
  2. Nape tak tunjuk gambar baju..teringin jugak nk tengok!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry la...buat entry masa malas ginilah jadinya.

      Delete
  3. adeh..sungguh mengeciwakan..hasil yg bukan diharapkan

    ReplyDelete
  4. adeh akak n tgh nak tempah baju ni..tetiba rasa takut lak..nak tempah dua pasang baju..semua sedondon satu family sebab nanti ada kenduri ..dua kenduri..pak saudara satu..kazen satu..mintak2 bukan mat bangla yg amek ukuran..koh koh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1